Thursday, August 13, 2009

dari rumah agam itu..

Rumah kami diapit di tengah. Kami berjiran dengan tok imam sekeluarga dan di sebelah lagi keluarga buruh kasar majlis daerah . Ada enam pintu sebenarnya rumah sewa kecil ini. tiga pintu lagi didiami keluarga askar yang terletak di baris belakang menjadikan rumah besar tuan rumah berada di tengah2 seperti pusat kawalan. Sekelilingnya dipagar. Rumah sewa ini semuanya berbilik air di dalam rumah tetapi tandas curah hanya sebuah, terletak di hujung dan dikongsi bersama2 penyewa lain. Ya! Macam dalam cerita Seniman Bujang Lapok.

Bilik air yang dinding bawahnya terlopong (diperbuat daripada zink) adalah laluan keluar masuk ular atau biawak. Kadang2 dari tingkap, apak menunjuk kepadaku ular sedang melintas. Pernah juga aku lihat katak hijau yang cukup besar melompat di kawasan belakang rumah yang berlimbah. Pernah juga apak mengangkat kami adik beradik yang sedang nyenyak tidur dari atas katil ke ruang depan di tengah malam kerana terlihat dari remang cahaya malam ada seekor lipan sedang merangkak dalam kelambu.


Aku masih kecil dan tak tahu itu. Ruang tamu 8 kaki x 8 kaki besar bagi aku. Aku mana tahu gaji apak sebagai pemandu traktor jabatan pertanian bertaraf kontrak hanya 3 ringgit sehari, aku mana faham mengapa mak aku akan singgah di sebuah rumah waktu pulang dari pasar dan memberus,membilas dan menjemur kain yang sudah direndam. Apahal basuh kain di rumah orang? Berapa upahnya aku tak tahu..

sebab aku tak pernah kelaparan. Dua kakakku dan seorang adik bongsuku cukup makan pakai.


Yang aku tahu aku suka dengar lagu-lagu yang berkumandang dari radio rumah agam itu, rumah tuan rumah. Aku akan berjoget mendengar "One Way ticket, one way ticket, one way ticket to the blues!" atau aku akan melompat mendengar "Daddy Cool" atau "its holli holliday"..ya! Boney M dan disco meletup masa tu..Aku suka tengok Donny and Marie Osmond Show macamlah aku faham...Sha Na Na dengan Bowser totoritoto..

Aku khayal mendengar Rindu Bayangan atau Si Baju Hijau dan suka mendengar mak mendodoikan adik dengan lagu Uji Rashid.

Masa tu aku tiada masalah untuk difikirkan, hidup hanya pesta mainan. Hanya perlu berbaring sebelah apak selepas makan tengahari sambil mendengar drama sandiwara dari radio transistor yang selalu perlu ditukar bateri.

6 comments:

Pyanhabib said...

`si baju hijau
sedang bertugas
di perbatasan
peluru tak bermata
harus waspada.....'
(tih tih tih!)

Reformis Jalanan said...

salam sdr. cerita nostalgia yg menarik. em pertama kali saya datang ke blog ini saya lihat wajah sdr, mcm pernah nampak. lepastu barulah saya ingat waktu kempen pilihanraya umum lalu, ada gambar sdr bersama isteri dan anak-anak dalam pamplet kempen PKR. Gambar sdr tengah memegang sepanduk, seingat saya ia tertulis "Tol Rampas Duit Susu dan Ubat Kami". hehehe


=)

binjidan said...

ahhh kenangan lalu memang menyuntik perasaan............siapa pemilik rumah agam tu ye..heermm?

kulupSakah said...

bro pyan,
la obe satu!

reformis,
ya! pamplet yang kami tak dibayar royaltinya hihi!

binjidan,
pemilik asalnya mungkin dah meninggal, kini dimiliki warisnya yang juga akan meninggal satu hari nanti..aku kadang2 tertanya2 maksud "pemilik" tu..siapa yang mutlak sebenarnya selain Dia?

Anonymous said...

Kita mungkin sezaman... tapi pasal si baju hijau tu... dah nak habis sekolah baru saya tahu itu bukan lagu dia... teringat lagi tengok konsert Carefree kat Padang Daerah Kuala Pilah tahun 1979... masa tu darjah lima...

Den Budak Pilah

lempentalam said...

Kulup!Aku dapat bil api tadi, bulan ni tarif dah naik .dulu bil rm80-90 je,sekarang dah rm117.Nampaknya selogan 1 malaysia ,rakyat didahulukan menjadi kenyataan.