Tuesday, August 25, 2009

Dia sebenarnya hebat!


Aku dah kata dan aku dah saksikan sendiri. Dia memang hebat. Zunar adalah satu-satunya kartunis yang berani dan kritis. Seperti kata seorang penganalisis, tiada kartunis politik Malaysia seperti Zunar. Aku meminati Zunar sejak sekolah lagi dalam majalah Gila-Gila. Siapa yang tak kenal watak Sifar, Kaduk dan Liza, Gebang-gebang, Papa dan Kedana juga Ofis Korner. Sejak dulu lagi kartunnya pedas dan lantang.
Aku selalu lihatnya di Creative Enterprise pejabat Gila-Gila pada 1990-1991 waktu aku berguru dengan Rejabhad (Allahyarham) dulu tapi tidak berani menegurnya yang berwajah serius sentiasa itu. Namanya mendadak naik semula sewaktu era reformasi dengan karya2 'hidung besar'nya. Aku semakin kagum sewaktu melihat dalam Harakah gambarnya, Hishamuddin Rais dan beberapa kawan lagi mengangkat tangan dengan pakaian lokap kerana menyertai demonstrasi.
Sewaktu perhimpunan bantah kenaikan tol di Gombak 2006, aku berkenalan dengan Zunar(isteri aku yang tegur dan mengatakan padanya yang aku juga kartunis). Dia mempelawa aku melukis di Suara Keadilan dan seterusnya itulah yang berlaku.
pegawai KDN gugup bila Zunar berang dan meminta penjelasan dengan betul apabila mereka mendakwa kami menaruh nombor permit palsu di cover majalah. Akibatnya pegawai bertopeng itu menarik balik kata-katanya

"Why pinch when you can punch?" kata-kata Zunar membakar semangat. Bersama Jonos, anak muda kartunis yang bersopan santun mereka merancang sesuatu yang lebih besar untuk menyediakan platform bagi kartunis menyatakan pendirian dalam sesuatu isu kerana tidak mahu melihat kartunis Malaysia hanya bikin orang ketawa kosong saja. Aku dipanggil dan berlangsunglah pertemuan demi pertemuan dengan beberapa kartunis lain.
Masa bagai menyebelahi kami. Zunar keluar dari menjadi editor Suara Keadilan setelah ia 'dirompak' oleh puak-puak elit dalam PKR dan mengajak kami bersama saki-baki staf SK yang setia seperti Naza dan Syafiqsunny untuk meneruskan majalah ini. Berpindah-randahlah kami dari satu ofis ke satu ofis mencari markas dan akhirnya pulang semula ke Brickfields. Dengan Jasmine menguruskan pentadbiran, semuanya berjalan lancar sehinggalah satu demi satu dugaan melanda. Azzam turun naik KDN melayan birokrasi. Naza Grafik jatuh sakit dan memerlukan pembedahan kecil dan kemudian agak terganggu fikiran pula apabila adiknya meninggal dunia kemalangan. Jonos, aku, Azzam, Maisuri, Ira, Israq kemudian bergilir-gilir sakit. Gedung Kartun lahir sepatutnya lebih baik dari ini tetapi kami terpaksa juga walaupun dalam keadaan sakit.
Lihatlah apabila semua ini terjadi. Sekejap saja facebook dan panggilan telefon, emel bertalu-talu menyatakan sokongan padanya. Aku salute Zunar dan orang-orang yang tak melihatnya harus melihat wira ini. Dia living legend!

19 comments:

Pemancing Jagoan said...

salam

sabar banyak bro and team..
Zunar mmg hebat. aku cukup suka tgk karya sinisnya dalam kartun ..

haha..
org KDN ni semua pak turut..hantar pompuan suruh talk.gila tak gentle..mana ketuanya? bodoh KDN !

sEmut said...

bro, ade stok lagi tak? nak order online bleh? ramai nak ni.

MS said...

Sampaikan salam aku pada Zunar dan kawan-kawan seperjuangan. Harap PKR fikirkan tentang konsep kebajikan yang dilaung-laungkan. Terutama pada otai setengah mati yang berjuang dalam parti.

Anonymous said...

Salam,

sabar le lop.. nak buat camana. pemerintah sejenis ngan yahudi/AS. tak boleh cetak, cuba onlinekan nukilan tu. we all akan sokong, insyaAllah...

diorang semua bukan takut ngan kartun je. tapi takut ngan bayang2 diorang sendiri.

yang ketua KDN tu pun macam lembek je, sebab tu la dia hantar orang pompuan.

mamai said...

aku respect kau orang...dugaan datang dan pergi kita tetap disini

muraisenja said...

Sabar bro Zunar... sesungguhnya perjuangan masih belum berakhir... teruskan berkarya teruskan perjuangan mempertahankan keadilan selangkah kaki menapak jgn sekali berundur kebelakang dan jika perlu pandanglah kebelakang sejenak melalui melalui mata nurani kan kau lihat betapa ramai penyokong dan pendokong yg bersamamu. sesungguhnya mata penamu lebih tajam dari mata sebilah pedang. Sebenarnya itulah yg merak gentar, itulah yg mereka risau, gundah gulana sehingga tak dapat nak lena.

Anonymous said...

bro.. gambar lu kat atas tu tak pakai baju cam gambar ala2 laman web gay la..haha..

Tunsiber said...

Yang hebat....tetap terserlah hebat.Walau diasak secara hebat.

uncle gedek said...

Zunar is ZUNAR!

OLY said...

btul la gurauan kite ms memule meeting dlu,keluaran ptama lg dh kene rampas!kih3!ko lupa taruk kat depan EDISI RAMPASAN tu.

nita said...

aderr jual online ke..? nak beli laa..

sang kegelapan said...

yang hebat tetap hebat..yang tersungkur itu kerajaan!

Bikir Perak said...

Berani kerana benar dan takut NYA kerajaan gerombolan NAZAK & the Geng kerana kebodohan dan bangang NYA..lepas ni jualan meningkat gila ..di sebabkan NAZAK Mongolia tolong iklankan secara besar-besaran.

Mekasih eje Nazak...oiiii

( wahai orang dalam suara keadilan hampa buat apa dengan wira ISA, Hilang permata yang berbakat besar di sebabkan tamak dan dengki tak gitu..weh )

Labu said...

Jap lagi aku nak pergi carik kalau ada jual lagi Edisi Rampasan ni. Jual 10-20 hinggit pun aku beli jugak.

Anonymous said...

Bro, aku dh cb cr area ipoh ni, kt mane nk cr?? Gua sggp byr ni bp rega pn.. Tlg bgtau ye..

ubilepih said...

Salute untuk boss and the gang.Dulu dlm blog wa ada lukis KDN ini mcam keldai...ha..ha.

Sabor bro...dakwat menconteng terus.

sukun said...

kmi tetap menyokong anda dan rakan-rakan seperjuangan anda.

Roti Kacang Merah said...

kalau lah pompuan-pompuan KDN tu tahu yang Zunar ni bukan pemarah orangnya, mesti diorang lagi takut. kan Fendi kan?

apa-apa pun, SYABAS kepada kalian. betapa kentalnya semangat kalian -- you lot are real legend, lah...!

Anonymous said...

Biasanya Tuan, orang-orang yang hebat ni ujian Nya juga hebat