Friday, August 21, 2009

sebenarnya puasa..

puasa adalah ibadah yang paling ikhlas dilakukan ramai muslim kerana majoritinya berpuasa. tak macam solat, ada yang maleh, berpura2 dan macam2 niat- terpaksa pun ada. Jarang orang terpaksa puasa, kalau ada pun depa pi makan senyap2..ramai gembira menyambutnya. Ibadah yang kurang riya' jika dilakukan. solat kekadang ada juga riya', ujub dan sam'ah..

ada yang kata puasa sebenarnya ibadah utk mengenang dan menginsafi apa rasanya orang miskin yang selalunya kelaparan. Itu bohong sebab dekat2 nak raya ramai memborong macam orang kaya berlagak..ada yang kata nak bagi perut rehat..ah! macam2 teori dari segi sains dan kesihatannya..
semuanya ada logika dan betul juga!

Bagi aku yang lebih melihat dari sudut batin, ia adalah proses penyucian jiwa sama seperti ibadah 5 rukun yang lain. "Penyucian"..
Melakonkan watak kita semasa masih suci tiada dosa di dalam kandungan ibu yang tiada makan minum dengan sendiri. Masa itu tiada kehendak dan sangat ikhlas.. Ramadhan adalah bulan ke9 dalam Islam simbolik kepada 9 bulan kita berpuasa dalam kandungan ibu dan apabila bulan ke 10 lahirlah insan itu ke bumi ini dan bayi itu sudah tidak berpuasa lagi dan bolehlah ia makan. Sebab itu 1 Syawal HARAM berpuasa. Kanak2 yang suci di dalam perut itu lahir juga ke bumi dalam keadaan bersih. Itulah FITRAH, maka ia dinamakan Eidul FITRI- kembali bersih seperti fitrahnya. Jika kita bermaaf2an hari itu maka Allah mengangkat martabat kita sebagai insan yang suci seperti kanak2 semula.
Itulah hakikat Eidul Fitri dan puasa dari sudut 'roh'nya.
Ia bukan sekadar tahan makan minum, ia proses penyucian! Sebab itu 'mengidam'nya orang yg berpuasa untuk makan apa waktu berbuka nanti macam ibu yang mengidam nak makan sesuatu walhal jika bulan2 lain, kalau lapar kita nak cari nasi aje atau apa2..takdelah tengok cendol nak, nampak murtabak meleleh air liur, tengok roti john menggelupur..
paham dak maksud aku?

* berbalik isu kandungan biasanya akan dilahirkan bulan ke10 itu adalah kebiasaan bagi manusia, hanya special kes terhadap insan yang terpilih saja yang luar biasa seperti Imam Ghazali r.a yang lahir setelah lebih 20 bulan dalam kandungan..

9 comments:

Reformis Jalanan said...

Salam Ramadhan..


Terima kasih atas penjelasan yang begitu baik mengenai bulan puasa ini.

aku said...

aku ingat lagi spt yg penah kao critekan..
salam ramadhan..

ku2 said...

salam.
kemas cite.

kulupSakah said...

tak kemas lagi..ada lagi!

maun said...

Bulan Ramadhan umpama Islam, Puasa umpama Iman, hasilnya taqwa rahsia syariat, Eidul Fitri itulah makrifatnya.....

Anonymous said...

paham boss...selamat berpuasa tuk boss...

kulupSakah said...

tarawikh tu ertinya solat sambil rehat2, tenang2..bukan gelojoh terburu2 nak ngabihkan bebanyak tu wehh!!

ubilepih said...

Selamat menjaga puasa...ha..ha..ha TQ bro

ubilepih said...

Sambung sikittt lagiii sebab itu keh kekadang tak berapa gemor gi terawikh...maaf2 cakap sesetengah tempat sembahyang depa macam road runner n speedy gonzales