tingkatan 1 kami sekolah petang..aku dan kawan2 pada pagi puase tu melepaklah dekat sebuah surau usang yang tinggal..tiba2 sebuah motosikal berhenti dan terlihatlah kelibat seorang polis trafik. Dia meninjau kiri kanan dan mengeluarkan nasi bungkus. Sedap tul mentedarah waktu siang. Kami kenal sebab dia ni bapak kawan-kawan kami jugak.
Seorang kawan aku bertanya kepadanya, "mengapa pak cik tak puasa?
Dia yang agak terkejut menjawab,"pak cik lupa baca niat nak!"
..sejak tu aku belajar, setiap perbuatan mestilah "berniat"..pak cik tu lupa 'baca' niat nak puase hari tu tapi teringat untuk "berniat" tak puase ..
paham dak?
camnilah..
korang tak bagi duit kat mak bapak sebab lupa 'baca' niat nak bagi walaupun berniat nak bagi..maka tak dapatlah nak bagi walaupun berniat nak bagi hanya kerana lupa membaca niat tu..hisy! hik! hik!
selamat berniat!
6 comments:
salam ramadhan..mana mau dapat gedung kartun?
blogging pon kena ada niat jugak bro... baru ada isi.
Salam Bro dan keluarga,
Selamat memasang niat puasa dan menunaikan ibadat puasa, jangan jadi macam pak cik kawan ko tu.
Bro, tolong buat kartun banyak polis trafik dan polis baju biru melepak kat dapur kedai mamak sepanjang bulan puasa ni.
Spot paling baik di Banting... ha..ha..ha... banyak tuuuuu... kat kajang ada takkk..?
'lupe bace niat' tu niat org yg xmo puase...hahha
gua pun byk kali lupa niat nak bayar hutang
jangan tengok nasik,
tuhan tengok lu!
Post a Comment