run Nora run! run for your life!
Ini siri pertama aku dengan kawan-kawan. Kali ini aku akan menulis pasal Norazimah Md Noor, diva reformasi.
Klip video di atas akan aku kenang sampai mati. Betapa beraninya wanita bertubuh kecil ini. Aku ingat lagi waktu FRU, SB mengganas dan menangkap reformis dan pemimpin seperti Pak Abu (Saari Sungib), Nora, Lau Teck Hai dan aku sekeluarga berundur ke dalam kompleks membeli belah tersebut. Polis, FRU dan SB mengerumuni dan mengekori kami. Kami sama-sama menjerit memarahi mereka kerana berasa tidak bebas bergerak dan mengapa sibuk mengikut kami. Salahuddin Ayub di sisi hanya tersenyum tenang. Ceh! Patutlah aku tak mampu jadi pemimpin sepertinya yang memang cool walaupun kesabaran sedang diuji. Nora kemudiannya ditangkap dan di bawa ke Balai Polis Subang Jaya yang terletak di Seri Kembangan. Tangkapan entah ke berapa kali baginya. Kami semua bergerak dan berkumpul di depan balai polis sehingga kawan-kawan kami bebas.
Itulah Nora. Jika ada sedikit kecut di hati sewaktu hendak berdemo aku termalu apabila teringatkan keberanian Nora dan semangat itu kembali pulih apabila mengenangkan kecilnya aku dibandingkan dengan kejantanan Nora. Rupa-rupanya Nora juga berkata jika hendak berdemo semangatnya akan berganda-ganda membara apabila mengenangkan anak-anak aku yang selalu kami usung bersama. Baru-baru ni Nora hadir menyokong kami mengadakan persembahan di Shah Alam sebagaimana dia datang ke Malam Seni Rakyat di Kajang bulan lalu. Sebelum itu agak lama tak bersua. "Tak ada demo, tak jumpalah!" kata dia.
Nora, jika anda rajin menyelongkar gambar-gambar lama sewaktu era reformasi menggulung akan terlihatlah kelibatnya. Gambar dia memimpin arwah Mak Yan, bonda Anwar, gambar dia di mahkamah. Paling gila apabila dia didera ketuk ketampi dalam keadaan berbogel sewaktu di dalam tahanan. Pernah dia dilokap seminggu dan anak-anaknya yang masih kecil tinggal di rumah begitu saja. Kawan-kawan seperti Nasir Isa, Gobalakrishnan (YB) lah yang menengok-nengokkan anaknya.
Aku kenal anak-anak gadisnya yang berdikari, pandai membantu ibunya mencari rezeki. Anak-anak ini akan mencium tangan kami suami isteri jika bertemu.
Kemudian heboh cerita Nora masuk UMNO. Aku tak hairan. Nora yang bermentorkan Ezam Mohd Noor kusangkakan mengikut jejak sifunya itu. kami ada di pejabat GERAK sewaktu Ezam baru keluar PKR untuk mendengar penjelasan. Tapi Nora hanya keluar PKR dan masuk PAS. Dia tak ikut. Dia ada prinsipnya. Apa yang orang tak kata pasal Nora. Dia seksilah, rambut peranglah. Tapi dia tak tunduk dengan manusia sebaliknya yang bertudung labuh atau berjubah ada yang takut ke jalanraya melebihi takut kepada Allah. Takut bisnes terjejas. Tapi Nora hanya penjual tudung dan selendang yang peduli hapa bisnesnya terjejas. Dia yakin sesungguhnya Allah pemberi rezeki.
Mengapa bising dan tuduh Nora masuk Umno? Nora hanya bekerja sebagai pencuci jamban (katanya padaku tadi) di pejabat seorang ahli UMNO. Aku kenal orang itu. Anuar Mohd Noor yang pernah mengusahakan laman web Umno Reform dan majalah Suara. Aku kenal dan pernah berbual dengannya. Memang dia Umno tetapi kami boleh berbual dan bertukar-tukar fikiran dengan cukup terbuka. Aku nampak semangat melayu Anuar Mohd Noor (entah kebetulan apa, Nora, Anuar dan Ezam sama nama bapa mereka) malah lelaki inilah yang menyumbangkan amplifier untuk pengamen Nik bin Jidan mengamen dengan lebih berkualiti lagi. Mana orang-orang yang kutuk itu? Mengapa tak beri Nora kerja atau menegur mulutnya yang capoi memaki polis. Mengapa bersungut di belakang saja? Kami sekeluarga tidak kisah siapa Nora kerana dia adik kami. Senakal-nakal Nora dia pernah membantu memberikan selendang dan tudung-tudungnya untuk kami mulakan sebuah perniagaan. Ketika rezekinya murah dan ketika kami kesempitan, dia membantu. Kami terhutang budi yang pastinya dibawa mati.
Nora! REFORMASI!!
14 comments:
Hebat...
susah nak jumpa org mcm ni...
sungguh luar biasa kalian semua...
sampaikan salam aku pada nora bro...aku juga malu bila lari bersembunyi dalam sogo...bila cakap berkobar akhirnya terkubur dalam sogo...
hEBAT APE JADAHNYER..
ROSAKKAN HARTA BENDA,..
ITU CAKAP HEBAT.. BODOHNYER..
Nora, otai demonstrasi...kehadirannya memberi sebuah pengalaman kepada anak muda bagaimana untuk berdemonstrasi..gua pun tak berani macam lu..tengok Nora, skillnya masih ada, tapi tak selincah dulu..
Malu aku dengan Nora ni...aku ni macam ayam jantan , kokok aje kuat...bila demo aku nyorok..tak tahan beb....aku dah serik pedih mata ... tapi Nora tak pernah serik-serik .....Nora ni memang cun...
I love U , Nora
Reformasi 3x
Memang hebat! pejuang rakyat sejati
masa tu ummuasiah sedang mengandungkan adik asiah baru 10 minggu so tak leh lasak sgt. beberapa hari selepas tu masa menemankan Pak Abu buat repot polis di balai sentul, ummuasiah mula bleeding dan keesokan harinya ummuasiah kena d & c. dah tak ada rezeki untuk asiah ada adik.
tapi ummuasiah dari jauh sempat juga jerit polis bodoh masa tu sebb geram sgt..cuba dengar betul2 dlm clip tu masa pak abu ditarik.
masa depan truck ummuasiah dgn abah asiah dan asiah sekali 'berdrama' bergaduh dengan polis.
mmg terlalu bnyk kenangan.
UMMUASIAH,
MEMANG INGAT AKAK DAN ABG BAD GADUH. KESIAN PAK ABU SELEPAS DIBEBASKAN PADA MALAM TU TERUS CARI MINYAK ANGIN. CALAR BALAR BADAN DIA. MASA TU ABG BAD MMG DAH NAIK ANGIN.
DEMO TOL WALAUPUN TAK RAMAI TAPI ADA KESANNYA APATIDAKNYA TIAP2 MINGGU KITA TURUN.
ummuasiah,
abg bad dan ummuasiah gaduh dng polis..... jgn salah faham.
ha..ha..ha..itu lah pentingnya ilmu Wak Jono aok tu..supaya kita lebih mengenal...sebelum menghukum...ha..ha.wallahuallam.Bravo untuk nora...keh pun tak mampu untuk sehebat dia...
MERAK kita pun telah pulang ke padang lapang bro...Al-fatihah
ummu asiah,
hari tu abang bad mengamuk- selalunya dia hanya tersenyum
ubilepih,
merak pulang ke kayangan
satu2..nya wanita dalam malaysia yang disaman dimahkamah kerana memaki-hamun penjilat politikus.
nota: respect arr..
salam buat semua teman
aku sedih gak bila baca kisah hidup nora ni dalam BLOG NORA.banyak yang dia lalui dan kita xsedar yang dia pun berdepan dengan masalah dalam hidup dia demi membesarkan anak2 tapi nora nampak cool je mcm xda apa2 yang berlaku.
tahniah buat nora kerana masih terus berjuang tanpa jemu.
regards to NORA
APAKAH ENGKAU INGAT AKU SETUJU
DGN KEZALIMAN?
APAKAH ENGKAU ANGGAP AKU TIDAK BERJUANG MENENTANG KEZALIMAN?
JANGAN2 DGN IZIN ALLAH AKU LEBIH MENENTANG.
CUMA JALAN & CARAKU BERLAINAN DGN CARAMU.
MUNGKIN CARAKU LEBIH BENAR DR CARAMU.
ENGKAU MELEPASKAN KEMARAHAN
SEDANGKAN ISLAM MENYURUH MENYEMBUNYIKAN KEMARAHAN.
AKU MARAHKAN DIRI SENDIRI,
KERANA DOSA2KU & ORG LAIN ADALAH
SEBAB ALLAH DATANGKAN PEMIMPIN
YG ZALIM. KERANA ITULAH AKU MELAWAN
KEZALIMAN DGN MEMBAIKI DIRI, MENEBUS DOSA, BERTAUBAT, SERTA
MENGAJAK PENGIKUT2 KU MELAKUKAN PERKARA YG SAMA.
AKU MENDOAKAN MEREKA YG ZALIM. BUKAN DGN MEMAKI HAMUN @ BERDEMONSTRASI. TIDAKKAH KAMU TAHU DIDALAM KITAB ADA MENYATAKAN BAHAWA
APABILA RAKYAT SUDAH JAHAT MAKA
ALLAH AKAN MENDATANGKAN PEMIMPIN YG JAHAT.
ERTINYA ALLAH MENGHUKUM MEREKA DENGAN MENDATANGKAN PEMIMPIN YG JAHAT & ZALIM. ERTINYA KEJAHATAN PEMIMPIN ITU ADALAH KERANA KEJAHATAN KITA. MUNGKIN CARAKU INI NAFSUMU TIDAK SETUJU. TETAPI JIWA
YG MURNI PASTI MENERIMANYA.
YG LEBIH BAIK IALAH BAIKILAH DIRI.
KALAU MAMPU NASIHAT, NASIHATLAH
DGN BAIK. DISAMPING DOAKAN MEREKA DGN KEBAIKAN. BUKANNYA MELEPASKAN
MARAH & GERAM. JGNLAH KEJAHATAN DIBALAS DGN KEJAHATAN. JGNLAH MEMBUAT DOSA DIATAS DOSA ORG LAIN.
JGNLAH DENDAM DIBALAS DGN DENDAM.
BIARLAH PENZALIM ITU MENGORBANKAN AKHLAKNYA.
TAPI KITA MENEGAKKAN AKHLAK.
NANTI ORG RAMAI AKAN MENILAI.
ALLAH & RASUL PASTI MENILAI.
BILA BUNGA DIRI ADA PD KITA, INSYA-ALLAH, RAKYAT AKAN MENOLAK MEREKA & MENERIMA KITA.
BEGITILAH CARANYA BERHADAPAN DGN
PENZALAIM.
MEMANG NAFSU & SYAITAN TIDAK BLH MENERIMA, TETAPI ORG YG MURNI
JIWANYA PASTI MENERIMA.
(SAJAK DIPETIK DR SYEIKH ASHAARI MUHAMMAD-ORG YG PALING LAMA DLM "ISA" MALAYSIA)
Post a Comment