Saturday, August 8, 2009

mencari Tuhan dalam diri atau bertuhankan diri?

Manusia dijadikan Allah sebaik2 kejadian dan sesempurna mungkin lahir batinnya. Berbeza dengan iblis, jin, haiwan mahu pun tumbuh-tumbuhan, manusia sanggup memikul amanah mentadbir bumi ini. Makhluk lain tidak sanggup, mereka lebih rela membuat kerja mereka saja- menjadi cermin kepada manusia. Haiwan, jin, iblis dan tumbuh-tumbuhan tidak ada yang boleh menyerupai manusia sebaliknya manusia bisa saja jadi haiwan, iblis, jin dan tumbuh-tumbuhan. Jin terpaksa masuk ke dalam tubuh manusia untuk menonjolkan dirinya akan tetapi jika manusi a itu sedar akan ketinggian martabatnya tiada satu makhluk pun bisa merosakkannya.
Ketika selesai Allah menyiapkan tubuh Adam, ditiupkan rohNya ke dalam Adam maka hiduplah Adam dengan gerak-bergerak kerana rohNya ada di dalam. Iblis tidak nampak roh Tuhan yang tersembunyi di dalam maka dengan angkuhnya dia tidak mahu sujud kepada Adam.
Maknanya ada juga ciri-ciri Tuhan dalam tubuh manusia sebab itulah adanya dosa "Syirik". Kita adakalanya berlagak menjadi Tuhan menentukan nasib orang lain dan kita juga kadangkala takut dengan manusia yang berlagak seperti Tuhan, maka itu tanpa disedari kita telah mensyirikkanNya.
"Awaluddin Makrifatullah"- Awal agama mengenal Allah maka disuruh mencari akan kita kepadaNya dan kita hanya dapat mencari Allah melalui "kesan" yang ditinggalkanNya. Barangsiapa mengenal dirinya dia kenal Tuhannya. Kerana "Aku lebih hampir dari urat merih kamu'.
Di mana Tuhan? Bilakah Tuhan berkata-kata kepada kita? Atau dapatkah kita berkomunikasi dengan Tuhan ketika RasulNya sudah wafat hampir 2000 tahun dulu?
Ya! Komunikasi untuk mengenal diri. Haiwan dijadikan Tuhan untuk menjadi cermin kepada manusia. Melihat ular terbayanglah sifat pembelit bohongnya, melihat anjing terbayanglah akan kecerdikan bermuka-muka.
Sebab itulah Firaun lebih teruk dari Iblis kerana mengaku Tuhan dan meminta manusia menyembahnya sedangkan Iblis tidak pernah mengakui dirinya Tuhan.
Disuruh kita mengenal akan Dia agar pulang nanti selamat bersatu dengan keabadian tanpa mencacatcelakan kesucian wujudiah.

16 comments:

hatiminda said...

BERTUHANKAN ALLAH ATAU BERTUHANKAN PAS? JANGAN TERTIPU DAN TERPEDAYA OLEH MEREKA YANG MEMPERDAGANGKAN AGAMA....

serupasekala said...

Jangan sesekali beriktikad yang tuhan ada dalam diri itu syirik.

Jangan samakan ZAT TUHAN dengan sifat makhluk saperti manusia

Kenal lah TUHAN kamu dengan mempelajari sifat 20. dengan sifat ini muga muga kamu boleh mengenal tuhan mu.

bahagikan sifat sifat tersebut kepada zat sifat dan affa'al

berkunjunglah kepada guru guru yang mersik untuk mencari TUHAN MU.

tentu kamu tidak akan kebingungan untuk mengenal tuhan mu.

Unknown said...

Salam

Tepat sekali, kenal Agama akan kenal Tuhan. Kenal diri akan kenal Tuhan, kenal Tuhan akan hancur diri. Satu perjalanan yang jauh, Syariat, tarikat, hakikat dan makrifat.

kulupSakah said...

masalah kita ialah bila kita menyempitkan ruang penyuburan ilmu dengan melabelkan orang sesat atau syirik.
apa yg dinukilkan terkandung dalam ihya1 ulumuddin Al Ghazali, hadami 4 jilid kitab itu dan fahami maksud ada sifat tuhan dalam diri.
kalau tak sampai jangan label orang sesat..
Tuhan wujudkan dosa "syirik" kerana ada sifat sifat manusia yg seakan2 sama dengan sifat Tuhan..
Sifat 20?
cukupkah menghafalnya saja?
mana sifat nafsiyyah, sifat salbiyyah, sifat maani dan sifat maknawiyah yg dipecahkan dari sifat 20 itu dan dari 4 itu dipecah kepada 2..
Istighna dan IstiQa (ejaan mungkin tak sama)

apa yg ada di dalamnya?
ceh! blog ni bukan kitab yg nak dikeluarkan semua nas, dalil hadith Qudsi mahu pun Al Quran..
sekadar mengeluarkan sahaja..

man arafa nafsahu faqad arafa rabbahu

Anonymous said...

Hari ini Umat Islam mengamalkan politik yang tidak Islamik. Politik tidak Islamik digunakan untuk menegakkan negara Islam. Mereka menghalalkan cara. Mana-mana jemaah atau badan Islam yang tidak terlibat dalam politik Barat yang kotor itu dicap tidak berpolitik. Lalu bertungkus-lumuslah mereka berjuang atas platform yang tidak Islamik itu, yakni politik Barat.

Parti yang calonnya paling ramai memenangi kerusi parlimen, maka parti itulah yang berhak menubuhkan kerajaan. Tanpa mengira lagi cara-cara yang digunakan dalam proses kemenangan yang dicapai sama ada baik atau tidak. Tanpa mengambil kira peribadi-peribadi calon itu sama ada boleh memimpin atau tidak, orang baik atau orang jahat. Tanpa mengenal pasti kemungkinan adanya musuh menyamar.

Demikianlah politik yang di puja oleh umat Islam hari ini. Juga oleh pejuang-pejuang Islam dan ulama-ulama. Politik yang menghalalkan cara demi untuk mendapatkan kemenangan dalam perebutan jawatan. Bukan mereka tidak tahu bahawa cara-cara itu semuanya bertentangan dengan Islam, membeli undi, mengupah “gedebe-gedebe” untuk mengungut mana-mana pengundi yang dijangkan tidak mengundi partinya, menuduh, memfitnah, melarikan peti undi, berbohong, menghina dan sebagainya, yang digunakan oleh calon pemimpin itu, semuanya perkara-perkara haram yang dimurkai oleh Allah. Tetapi mereka halalkan semua itu dengan alasan tiada cara lain. Katanya lagi, nanti bila menang semua itu diharamkan semula.

Begitulah mereka bermain-main dengan Allah SWT demi mencapai kepentingan diri, bukan kepentingan agama Allah. Mereka mengambil sebahagian hukum Allah dan menolak sebahagian yang lain. Mereka melupakan ingatan Allah Taala:

Maksudnya : “Apakah kamu mengambil sebahagianisi kitab dan menolak sebahagian yang lain ? Tiadalah balasan bagi mereka yang berbuat demikian melainkan ditimpakan kehinaan di dunia. manakala di hari Kiamat dicampakkan ke dalam azab yang pedih. Allah tidak lalai terhadap apa yang kamu lakukan.” (Al Baqarah:85)

Orang-orang Islam yang berpolitik cara Barat ini menempuh jalan yang begitu kotor dan silap. Politik kotor digunakan untuk mendapatkan negara Islam, negara yang aman makmur dan mendapat keampunan Allah. Mungkinkah tercapai ? Sedangkan kita semua maklum bahawa kebaikan itu hanya akan didapati dengan cara baik, melalui jalan-jalan yang baik.

Mereka sebenarnya sengaja tidak mahu mempelajari sejarah bagaimana Rasulullah dan Khulafaur Rasyidin menegakkan negara Islam.

Mereka seperti tidak tahu bahawa politik Islam yg sebenar itu mempunyai pengertian yang amat berbeza dengan apa yang mereka laksanakan. Mereka hakikatnya tidak berpolitik kerana mengamalkan sesuatu (politik) yang bertentangan dengan Islam.

Politik yang mengikut idea2 syaitan dan fikiran orang kafir itu sebenarnya tidak diterima di sisi Allah. Lalu hakikatnya perjuangan itu tertolak di sisi Allah. Bahkan diejek-ejek oleh manusia dan dipersoal oleh manusia.

Politik Islam samada yang tersirat atau tersurat, zahiriah atau maknawiah, qat’i atau ijtihad, semuanya ada di dalam Al Quran dan Hadis. Untuk memulakan politik Islam, kita tidak perlu lagi merujuk walaupun seinci pun kepada mana-mana agama atau ideologi. Segala-galanya tersusun indah dan terpampang dalam sejarah. Politik itu walaupun telah pernah punah dilanyak oleh politik Barat, kerana kesalahan umat Islam sendiri, namun Insya-Allah ia mampu bangun semula. Ia akan sekali lagi menguasi dunia bersama kebangkitan Islam kali kedua yang sedang hebat melanda dunia kini.

Amin ya Allah ya Rabbal’Alamin.

"dipetik dari mukaddimah buku POLITIK ISLAM MEMBAWA KASIH SAYANG karangan Ust Ashaari Muhammad"

maun said...

Tidak ada Tuhan di dalam diri. Yang ada hanya diri sebenar-benar diri di dalam diri. Diri itulah yang mengenal Tuhan, diri itulah yang mengenal, bercakap, berhubung dengan Tuhan tanpa huruf, tanpa suara....sebab diri itu tidak pernah berpisah dengan Tuhannya...yang memisahkannya adalah nafsu, akal, ruh bahkan iman.

Bila zat yang di cipta bertemu dengan Zat yang mencipta, maka tenggelamlah zat yang dicipta, maka yang wujud hanyalah Zat yang Esa, yang dinobatkan Tuhan yang bernama Allah bila disebut...tak menyerupai sesuatu baik segi afaal atau sifat tapi dilimpahkan afaal dan sifat ini kepada insan dengan kudrat dan iradat kun Nya yang ada akan nampak persamaannya dalam alam zat. Yang bercermin dengan yang di dalam cermin seakan sama namun tetap tidak sama sebab yang bercermin itu bukan apa yang ada di dalam cermin.....

kulupSakah said...

woi Maun,
sikit2 sudahlah, jangan banyak sangat meletupnya huhu!

kepada orang lain,
boleh tak jangan sibuk cerita pasal politik parti

uncle gedek said...

"aku pun menjadi seorang pelupa
ingin menyeretmu
kealam khayali
terimakasih,realiti
lantaran sempat menyentak
alpa dalam diri"

(Sajak Amirul Fakir / Lagi Meor / Album Sakrat)

Anonymous said...

Assalamualaikum tuan rumah,
Datang untuk membuat kunjungan balas ni.

Sedap membaca posting dan komen-komen di blog ini, terutama yang bertemakan keTuhanan. Teringat zaman muda-muda; selalu bertukar-tukar pandangan dengan kawan-kawan, Rudi Mahmood, Amron Omar..banyak lagi...mengenai hal yang begini...

Tapi itu 20 tahun lalu. Zaman tak ada blog. Zaman masih boleh tidur lena tanpa getaran atau bingit handphone. Zaman teh tarik masih lima enam puluh sen segelas!

ku2 said...

salam saudara kulup sakah.
kemas cite..
tidak ke terlalu nyatanya Tuhan sampai terhijab kita dari melihatnya?
kalau kulup sakah malu, saudara maun boleh tolong ulas kot, insyaAllah.

alang said...

hehe. Pelik kan. Bukankah hanya `Tuhan` yg wajib disembah. Tetapi kenapa Malaikat dan Iblis disuruh `sujud` kepada Adam? Tidakkah perbuatan ini sama seperti malaikat dan iblis menyekutukan Tuhan dengan Adam.Mcm iblis ckp, Adam tu makhluk yg hina kerana diperbuat dari tanah yg kotor. Kenapa perlu disujud?
Allah S.W.T menciptakan seluruh isi alam ini dari tiada kepada ada. Darimanakah asal usulnya jirim2 dan atom2 yg membentuk alam dan seluruh isi alam? Bukankah kita sering dikhabarkan bahawa, orang2 yg berfikir adalah orang2 yg beruntung? Salahkah jika kita berfikir melampaui `batas` manusia? Sedangkan semua perkara2, buah fikiran dan ciptaan2 manusia tidak akan melebihi dan didalam ruang lingkup kekuasaan Allah S.W.T

kulupSakah said...

alamak adi alhadi,
tak percaya en.hadi masuk blog ni...saya dah tulis beberapa entry lalu betapa saya banyak terpengaruh tulisan encik..

ku2,
ya ya! kasi can orang2 lain yg hebat kasi kupas kulit durian

kulupSakah said...

alang,
tu yang aku maleh nak tuleh bab2 ni, mesti geng2 wak jono masuk sini..huhu!
apalah Wak Jono ni cuti lama sangat!

moses said...

salam...ini blog labun beb... pasai pe dok merapu kat sini...itu wak sudah mati ka....

alang said...

haha. tu la. Tgh tunggu wak jono balik ler nie. Lame sgt dia bertapa. Hehehe. Bro tk sms dia ke, ckp ramai teman rindu nak baca tulisan dia. :D

pak muliadi said...

KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.

KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.


KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.