Saturday, August 15, 2009

Dunia memang pantas!

antara akhir zaman, sabda Baginda ialah dunia makin kecil masa makin pantas. Ya! Dunia makin kecil, kita boleh saja lihat Amerika dari kaca tv ruang tamu rumah kita, kecilnya dunia. Dan masa bagai tak terasa. Baru saja melintasi Ahad kini berjumpa lagi Ahad.

betulke ada 7 wajah serupa dalam dunia? Aku pernah berjumpa seseorang yang bersungguh2 mengatakan aku serupa betul dengan kawannya. Sangat serupa katanya. Yakah? Gambar bawah ni seorang peniaga yang memiliki gerai kecil di sebuah pasaraya. Aku selalu bersembang dengannya dan dia mengingatkan aku pada seorang kawan- Allahyarham loloq. cara dia bercakap, suara dan nada, stail pakaiannya memang serupa bagi aku.

dari celah set, aku sempat snap Ally dan Wardina masa jadi tamu MHI TV3 Isnin lepas bersama karikaturis Art dan Shem.
Menjadi juri pertandingan melukis di Keramat. Masa ni kepala dan badan cukup sakit, aku demam. Selain isteri yang cukup sayangkan aku, ada insan lain yang sangat memanjakan aku. Mereka berdua datang berjumpa aku di sini dan belanja aku makan. Isterinya menasihatkan aku dengan petua2 menjaga kesihatan dan mengurangkan panas demam. Mereka belanja aku minum air kelapa muda. Sapa lagi brader Pyanhabib dengan Kak Erinlah...hihi! (Kami sama-sama merindukan adik bongsu kami yang kini menghilangkan diri)


karya 'vandalisme' seorang budak yang jadi Johan.



..tadi seluruh suku sakat Kulup berdemo dan berhimpun di Dewan Taman Permata, Lembah Keramat sebab anak kak Yong aku kahwin. Aku dan sepupu aku balun selagu berkaraoke. Sejak karaoke mengambil alih peranan live band kenduri kahwin ni, bertambah ramai penyanyi2 dilahirkan walaupun mereka tak sedar potensi diri. Kalau live band tak ramai berani, mesti kurang2 tau ada bakat. Karaoke main belasah aje.
Tapi majlis kahwin popular sejak 60-70an makanya lagu yang dimain masa tu tentulah lagu2 zaman tu dan sebab itulah kita lihat trend kenduri kahwin kita memang popular dengan pop yeh yeh. Joget lambak dah lama berlalu- mabuk air akar pinang dah takdak atau di Utara dah takde lagi ghazal party (bukan ghazal kat Johor tu)..
paling haru kalau suara kompang pun main pakai tape je..huhu!



selamat pengantin baru Ika dan Hafiz.
Ika anak buah aku ni melakonkan watak Mahsuri dalam drama bersiri "darah putih darah suci" yang akan dimainkan di Astro tak lama lagi..trailer dah keluar! (Promosi sikit)
tuurrrtt!
Kepala konco, kartunis Zunar sms suruh datang esok siapkan kerja2 terbengkalai untuk majalah yang akan masuk pasaran minggu depan.
Beli nanti woiii!!! (masih tak boleh cerita detail lagi!)





5 comments:

Briged Akhdor LR2 said...

salam ziarah..saya sudah beberapa kali mmbaca blog ini..dan byk maklumat yg dpt dikongsi...klu ada masa silalah mengunjungi blog saya..

lastly i want to say ....i follow u

mudz said...

Salam Al Kulup Sakah

Masa berlalu tertalu pantas..tap..tap..tup..tup ..sedor sedor dah hampir setengah abad aku hidup didunia. Kematian semakin hampir, menuju aku ke dunia sebenar tanpa sempadan masa.Berapa banyak bekalan yang akan aku bawa ke sana...terlalu banyak amalan duniawi...risau aku.

" Demi masa!
Sesungguhnya manusia dalam kerugian,
Kecuali orang-orang yang beriman/percaya, dan beramal saleh,dan mereka pula berpesan dengan kebenaran, serta berpesan dengan kesabaran.
(Surah Al Asr 103:1-3)

Pyanhabib said...

...adik bungsu kami...
(tih tih tih...)

binjidan said...

PROMO SKIT ..HAHAH BAGUS..:))

aku said...

moga semuanya sukses bro..
majalah dh klua, kasi tau..