selepas berdemo, kami menghiburkan rakyat dalam slot seni untuk rakyat dan seni sepanjang zaman 1 dan 2 Ogos 9-11.30 malam di Dataran Shah Alam. Dari tingkat 22 Hotel Quality (tempat kami berhimpun sewaktu ura-ura Anwar nak ditangkap kes liwat Sepol dulu) persiapan dilakukan..
PUISI bermaksud Perut mesti diISI dulu..Pyanhabib sedang mengisi ilham ke dalam perut..
Gurdesh, Nik dan Meor sedang praktis, mengasap senjata sebelum perang..
Osman Kering memulakan acara dengan mengarutnya..
Situasi ni sukar nak berlaku lagi..aku, Eddie kumpulan KAKI, Danny Gurdesh, Meor, Airmas dan Nik
Airmas pulun Sentimen, AinNadilah, 2 keping syiling baru dan Amnesia..
brader Pyanhabib belasah "Belalang Kupu2" dengan "Seluar Dalam" sampai tergolek2 atas pentas kahkahkah!
brader Pyanhabib belasah "Belalang Kupu2" dengan "Seluar Dalam" sampai tergolek2 atas pentas kahkahkah!
Danny Gurdesh diiringi Meor nyanyi 4 lagu- Fly,Mystery (nanti aku updatekan tajuk yg lain..lupa lak)
Nik macam biasa, Terang Bulan, Bendera negeri, Bersiaplah Untuk Sebuah Revolusi dan Nyanyian Para malaikat..(maksud aku macam biasa ialah Nik memang hebat seperti biasa yang dia lakukan)
aku suka gambar di bawah ni nampak macam aku penyanyi utama kah kah! sedangkan aku back-up Meor dalam lagu Syuhada Memali. Sebelum tu Meor balun Sofa Biru dan Sehabis buku yang kau baca..
kami lepas geram lagu ISA, banyak benda yang digeramkan! Hahaha!
2 Ogos show diteruskan. Aku panggil USRATIKA, grup anak muda yang aku gelar muslim rugged, mereka tampil yakin dengan konsep mereka. Aku senang dengan anak2 muda yang punya idealisme. Kami setuju bekerjasama lagi lain kali. (Usratika dan aku hampir berjoget riang waktu DENDANG ANAK menyanyi.)
Ya! DENDANG ANAK dari Terengganu bikin malam tu semakin menjadik selepas Usratika membalun! Aku dah yakinkan penganjur akan persembahan kawan2 kami dan malam tu buktinya!

Terkejut dengan pengakuan Mr.Tan yang incas sound system, dia kata pada isteri aku, 24 tahun dalam bidang ni dan dari show yang sebesar -besar bintang seperti Siti Nurhaliza hinggalah sekecil2 taik bintang pernah dia handle, tapi dia kata semuanya berlalu begitu saja. "Tapi malam ni saya pasti tak tidur malam. Damn Good guys! I was so lucky to be here!"
katanya lagi, "Saya tahu apa yang kamu mahukan!"
9 comments:
bro terima kasih untuk malam yang extravaganza, kamu semua hebat
mak aih hatiminda aper jadah duk maki org neh!
Jangan lupa 8 Ogos, Eddie punya giliran pulak... jom ramai2 kasi happening lagi...
Kat YouTube ada ker...aku nak tengok weiii...
Rimau bulu Ayam
Hebatlah bro. Setakat ni aku masih belum berkesempatan nak pegi tengok persembahan korang. I'allah, aku akan cuba datang untuk persembahan akan datang.
Yang hatiminda ni dok maki2 kat sini apahal??? Aku tengok macam keje seorang pendidik tapi kalo dh macam ni perangai patutlah macam haram budak2 sekolah skang ni.
hatiminda,
Lu apahal? sakit otak ke?
konsert nbi ponteng...dua2 mlm collapse!hahha
nanti infoem lagi bila ya?
memang hebat bro,
sape yg nengok mmg tak nyesal..
jgn lupe cd gua..
hehehe
Betul sgt Jerman memang gitu...menghargai kesenian yg cerdik..ha..ha
Post a Comment