entry ni ditaip semalam sebelum Ustaz Asri Rabbani meninggal dunia. nasyid nadamurni tetap di hati.
"Lup! Oii Lup!" Taza, Di, Atan dan Pie memanggil aku. Aku tengok jam dah pukul 5 petang. Bergegas aku keluar dari rumah dan kami sama-sama menuju ke padang yang terletak dalam pagar masjid. Mak Bapak aku tak marah aku pergi main kat sana asalkan lepas pukul 5 dan balik sebelum Maghrib. Kalau gagal, mak aku akan turut dengan talipinggang disorokkan ke belakang.
Kami menyeberang jalan dengan selamat sebab kereta tak banyak masuk kampung. Main baling bola tenis (tah dapat dari mana) ke arah tin susu yang disusun. Geng yang membaling akan cuba menyusunnya semula sementara geng yang satu lagi akan cuba menghalangnya dengan merejam bola tenis ke tubuh geng tadi. Baling macam peluru, punyalah sakit. Kadang2 aku menangis jugak sebab pemain2 ada yang dah besar.
Kami main sungguh-sungguh sampailah kedengaran suara Bilal Malek, ayah Atan mengaji kat masjid. Kami balik mandi dan bersiap-siap nak Maghrib di masjid pulak. Kalau masjid ada kenduri lagi seronok, seisi kampung bergotong-royong. Paling syok kalau ada musabaqah, mesti ada nasyid. Aku suka dengar lagu-lagu nasyid Nadamurni (masa tu aku banyak campur bebudak Al Arqam).
Lepas Maghrib aku lari balik rumah nak tengok Harold Lloyd sebelum bergegas semula untuk Isyak. Sebelum apak beli tv aku numpang tengok six million dollar man dekat rumah Bilal Malek (arwah)..
huhh!! nasib baiklah hari ini dua anak aku cerebral Palsy, kalau dia berdua normal mungkin aku sudah tak berani izinkan dia pergi melintas jalan, ulang-alik ke kedai atau pasar malam sebab kereta makin banyak, kes bebudak diculik atau hilang makin serius..
Atau anak-anak aku terpaksa aku bekalkan duit untuk mereka sewa gelanggang futsal , swimming pool sudah ganti tali air, sungai atau lombong(tiada lagi percuma)..
..dan aku sudah jarang ke masjid sebab nasyid, gotong royong, orang2 tua sembang2 dengan anak muda menasihati baik2 sudah takde lagi kat sini...52 tahun merdeka, kedamaian dan keselamatan yang didondangkan sebenarnya semakin merosot. Kita diselubungi ketakutan setiap hari malah di dalam rumah sendiri kita belum tentu selamat.
*Al fatihah untuk Bilal Malek, guru yang membawa aku ke alam Alif ba Ta,
Atan- anaknya yang kini ustaz lulusan Al Azhar, Taza- setelah melalui liku2 getir kehidupan akhirnya menjadi seorang yang amat warak hari ini seperti adiknya Di. Pie yang cukup ganas masa bebudak berubah menjadi pendiam pulak dan dah jadi seorang juruterbang..aku yang cengeng dan tak suka bergaduh jadi...?
5 comments:
lu jadi wali je bro..
lu pun jadi wali bila anak lu nikah esok
Demi masa lup.....kita banyak membuang masa kepada perkara yang tak disuruh..terlalu pendek hidup ini..Kadangkala kesedaran datang apabila baki umur tinggal setahun je lagi...kadangkala kesedaran dah ada masih juga mahu memikul mengejar benda yang tak kekal. Memang nafsu amat sukar di kalahkan berbanding syaitan...
gedebe!
jadi aku lah.........
Post a Comment