SIRI 2 AKU DAN KAWAN-KAWAN!
Aku kenal keluarga Aleyasak sewaktu melihat gambar dan berita dia tercedera dibelasah pasukan keselamatan di perhimpunan BERSIH November 2007 dahulu! Gambar Aleyasak diziarahi pemimpin2 PR menghiasi akhbar HARAKAH masa tu.
Aku sekeluarga melawatnya bersama-sama Haniza Talha (kini YB Adun Taman Medan merangkap Timbalan Speaker Selangor), Fuziah Salleh (kini YB Parlimen Kuantan). Aleyasak ketika itu menonton perhimpunan aman yang mencipta sejarah sebagai lautan manusia berbaju kuning.
Apabila FRU, SB dan polis bertindak kasar mengejar peserta demonstrasi, Aleyasak yang berpakaian hitam turut melarikan diri. Dia terjatuh dan seorang anggota keselamatan telah memijak lututnya hingga Aleyasak dengar sendiri bunyi kepala lututnya hancur.."PRAPPP!!". Dia cuba bangun tapi tak boleh lalu dia meminta anggota keselamatan mengangkatnya tetapi dia dikata berpura-pura sakit. Petugas Unit Amal kemudian mengangkatnya bangun.
Sejak hari itu Aleyasak dapat gelaran OKU kerana dia tidak boleh berjalan. Maka itu perniagaan goreng pisang yang dijalankan sepenuh masa depan rumahnya terhenti. Isterinya Mariam, cucu Pak Yazid (orang PAS terutama KL dan Selangor kalau tak kenal Pak Yazid memang buta sejarahlah, pimpinan tertinggi pun kenal) menggalas tugas mencari nafkah sebagai guru tuisyen.
Sesekali ada juga Dr.Lo'Lo' memberi mereka peluang buat catering jika ada mesyuarat kecil2an, dapatlah mereka duit sikit tapi ada juga sok-sek orang parti yang komplen "asyik depa saja yang dapat", mereka pun menarik diri. Semangat Aleyasak cukup tinggi, walaupun terhencot tapi dia boleh berjalan lebih awal dari jangkaan pakar.
Akan tetapi suatu hari Aleyasak tergelincir di depan bilik air bersama barang berat yang diangkatnya. Dia jatuh dalam keadaan kakinya terlipat dan kecederaan lamanya berulang lagi. Dia yang hampir pulih terpaksa undur semula seperti hari mula2 dia dipijak. Hari ini dia membuat apa-apa kerja yang dia mampu. Membantu isterinyamenguruskan kelas tuisyen. Pernah juga dia meminta kerja tapi ditolak atas alasan kakinya tak kuat.
Hari ini begitulah dia, pemimpin yang ziarah dulu siap ambil nombor akaunnya tapi sampai la ni (berapa lama dah?) habuk pun tarak.
Peguam yang ditugaskan untuk mewakilinya pun senyap. Dulu mereka janji nak saman kerajaan juta-juta RM juga tapi haramm!! Aleyasak bukan nak minta duit mereka tapi kalau ada peluang pekerjaan yang layak untuknya tolonglah tengokkan. (Ini cadangan aku, bukan dia minta)..
Seperti kata Nora Reformis padaku suatu masa dulu, "Kita bukan Anwar bang, kalau Anwar berdedai-dedailah loyar nak tolongg!!"
Sewaktu Aleyasak menelefonku tentang demo "Anti ISA" 1 Ogos dulu aku cakap padanya, "Selamatkan keluargamu dulu, Syah! Tak payah pergi!".. Dia ketawa!
kata-kata Nora terngiang-ngiang!
9 comments:
http://www.economist.com/world/asia/displaystory.cfm?story_id=14140818
Tak lama lagi Anwar akan jadi PM..jangan risau..
Aku pun nak tumpang ketawa juga... (Aku bukan Anwar bro....)
Kau bukan ANWAR!
syah sipendemo tegar..
biasalah, pengampu kan ramai. ramai yang datang menawarkan diri untuk menolong walaupun tak dipinta.
Buat pimpinan PKR tengok-tengoklah nasib pejuang2 yang telah meletakkan anda diatas.Sejujurnya tidak ada lagi pejuangan kalau sekadar air liur saja.Anak dan bini pun nak kena jaga perut mereka takut miss soru..Letih Datuk seri...Kalau nak beli beras 5kg pun nak kena pikir 10x..
aku bukan ANWAR juga..haha
Bhai...
Betul la apa yang lu dan nora cakapkan.... yang kat atas tue.. amat kurang berterima kasih pada tempat/orang yang betul....
Kaki pengampu dan pembodek jer jugak yang dapat tempat....
Gua memang bukan Anwar... Gua adalah gua...
anwar bukan aku... heheh...
Post a Comment