Saturday, August 22, 2009

damainya!!!

Khamis hari tu aku ke Kelantan ada urusan. Aku sebenarnya tak suka memandu, malas dan cepat marah kalau berhadapan dengan pemandu yang tak berdisiplin. Memandu ke Kelantan amatlah "bercinta" sebab jauh. Tapi di Gua Musang aku suka tengok papan tanda ni. Semua parti tak kira PAS, Umno dan PKR (logo lama) menyampaikan pesan yang sama. Sepatutnya semangat ini harus dipraktikkan di dalam politik Malaysia yang tak habeh2 bergaduh dan menuduh sana sini sampai gula takde di pasaran pun tak dapat settle..bodoh punya pemimpin!


Aku ke Pondok Pasir Tumbuh. Betapa tenangnya masuk perkampungan yang membudayakan kehidupan Islam. Masjid yang tenang..
Jemaah yang ramai. Muslimah pun penuh tiga saf.. azan dan suara imam mengingatkan aku pada masjid Nabawi dan Masjidilharam..semangat Madinah dan Mekah aku rasa ada kat sini..bau debu jalan di Mekah seakan2 bau di sini..

Anak-anak muda bersembang di luar selepas solat dengan pakaian menyenangkan. Aku taklah kisah sangat bab pakaian ni, jubah serban bukan ukuran mutlak tetapi apa salahnya memakai serban dan jubah kerana Nabi suka berpakaian demikian. Apa salahnya memakai pakaian yang disukai Nabi? Tetapi jika anda bekerja dengan jabatan kerajaan atau swasta cubalah anda datang bekerja dengan pakaian sedemikian, apa yang berlaku? Mereka terutama boss yang beragama Islam akan cakap "pakaian orang Islam tak semestinya begini, asalkan bersih, sopan menutup aurat. Tak semestinya berjubah , berkopiah atau berserban.
Betullah tu, tapi apa masalahnya sampai jadi suatu KESALAHAN jika berpakaian demikian? Aku pernah juga menempelak pegawai yang menyatakan tak boleh bekerja dengan kopiah putih sebab putih cepat kotor. Aku kata pakai baju putih apasal boleh? Tak kotor ke? Belilah kopiah putih banyak2, bukan mahal pun..Cuba pi Mekah pakai ihram hitam atau kafankan orang dengan kain pokka dot bolehkah? Tak kotorka duduk dalam kubur nanti?
mangkuk punya kangkung!



Ya! Aku jatuh cinta kat sini..



Mengingatkan aku suasana Sungai Penchala Al Arqam yang damai..
Brader Pyanhabib sudah kontek gedebe Rantau Panjang (cucu Kulup Hamzah) membodigard aku tapi aku terpaksa pulang segera. Rekod peribadiku memandu 14 jam terus-terusan...






10 comments:

Unknown said...

Salam sdr.

Agak terkilan, dah di perjalanan balik baru call. Kalau tidak ke Rantau Panjang atau Golok pun saya boleh pergi sama kebetulan hari itu saya cuti.

kulupSakah said...

maaf pak din! nak cepat sangat!! esoknye ade tugas..
kita jumpe lain kali, datang KL bagitahu!

maun said...

14 jam memandu tanpa henti...F1 driver mesti tabik sama lu Lup...ada rahsia ke bro boleh tahan ngantuk..guna ilmu Wak Jono ke tak ngantuk-ngantuk..

kulupSakah said...

sebagai ketua badan, gua titahkan mata gua agar bertahan menjalankan tugas,dia patuh kepada diri hakiki!

Anonymous said...

bro mengantuk mata memanglah boleh tahan, tapi letih otak camane?

boleh jem woo....aku pandu dari perlis ke kl nonstop pun trus pensan bro pastu.

ubilepih said...

weh aol lalu lepih tak sound keh pun..laju bebenor tu..ha..ha

THECORESYSTEM said...

ate,lain kali kita jumpa...sambil ngeteh...



(cicit kulup hamzah)

isterimu said...

mualimah dia 8 saf bukan 3 yang oi...

TBO said...

he he cucu kulup hamzah tu orang layang2 parit perak, kirim salam kat die

dariana said...

moga Allah memberkati segala urusan bro.