Sunday, August 30, 2009

Siapa kita..

Isteri aku memegang anak sulungku, Annisa 8 tahun yang mengalami lumpuh otak (cerebral palsy). Kakak berjuang untuk hidup sejak kecil lagi, keluar masuk hospital, pembedahan, pneumonia, pernah pakai ryles tube di hidung..hari ini kakak semakin sihat dan mulai tembam semula seperti tahun pertama kelahiran dia. Antara tempoh itu kakak pernah sampai tinggal tulang...
gara-gara berdegil dengan nasihat Dr pakar yang menyuruh kami memakai tiub di hidungnya, kami lari dari hospital dan berikhtiar cara lain..nekad gila mencabut tiub itu dan kakak akhirnya berdaya juga makan dan minum secara oral tanpa bantuan tiub. Kalau ikut Pof tu, kena pakai sampai akhir hayat dan kalau perlu ditebuk perutnya..Hisyy!!

Minggu lepas, singgah di lipis dalam perjalanan ke Kelantan dan jumpa kawan lama. Dia ada sepasang anak kembar perempuan yang sebaya dengan kakak. salah seorang kembar tersebut meninggal 5-6 bulan lepas kerana sakit tiba2...

Ya! Siapa kita untuk menghalang ketentuanNya. dalam sihat2 dia pergi sementara Annisa yang sakit teruk semakin sihat.
namun kita kena redha, bersedia dan jangan leka dengan nikmatNya.
"simpan satu peluru!"

18 comments:

kulatlapok said...

salam Tuan KULUP.

Hati kecil ini tersebtuh jua, tanpa kusedari airmata ini gugur jua. Dapat ku bayangkan kepayahan yg sedang ko alami. Kita tidak dapat lari dari berita kehilangan orang tersayang dan kita juga tidak dapat lari dari ujianNYA jika itu kehendakNYA. Namun apa jua yg ujian yg diturunkanNYA pasti ada sesuatu hikmah yg terselit tanpa kita sedari. Apapun semoga tuan Kulup lebih tabah menghadapai hari2 mendatang, semoga Allah meberi Rahmat ke atas tuan Kulup sekeluarga serta afiat yg berpanjangan khususnya kepada Along. Wallahuaalam.

alang said...

Setelah kita berusaha, Barulah kita boleh bertawakal. Syabas Bro kerana berjaya menempuh dugaan dan cabaran.

Jenama said...

Di pagi subuh yang hening mengalir airmata ku kerana membaca coretan mu teman tabahkan hati doaku agar kau diredhoi olehnya yang maha kuasa.... ramadhan adalah untuk kita merasai keperitan orang lain tapi berapa ramaikah yang dapat merasainya.... teruskan perjuangan mu teman....

uncle gedek said...

"wow!"

Anonymous said...

moga kakak cpt sembuh dn btambah sihat

mamai said...

anak yang tabah dan cekal..semoga kakak bertambah sihat...

Anonymous said...

Salam bro...

Anak kamu membawa rahmat ke atas kamu peliharalah dia sebaik mungkin dan berdoa agar beliau sembuh dan sihat seperti kanak yang lain kuasa Allah siapa yang tahu...ALLAHUAKBAR!

Shamsul KL

aku said...

dh lama tak tgk kakak dan adik..
moga tambah tembam..

mudz said...

semoga kakak bertambah tembam

aku tau yob bukan senang nak melayan karenah anak istimewa ni..payah yob..cuma ketabahan mengatasi segalanya.

Harimau-Menaip said...

Tuan,

Saya doakan yang baik2 untuk Tuan sekeluarga.

Amin.

Mandalika said...

orang yang kuat itu bukan dijasadnyanya,
namun dihatinya,
orang yang gagah itu bukan pada kudratnya,
namun pada keredhaanya,
akhir sekali..
orang yang di Kasihi Allah itulah orang yang selalu diuji,
bertalu-talu mahupun berkali-kali,

moga-moga dipermudahkan segalanya,
buat saudara serta keluarga,
dalam usaha..berdoalah sentiasa,
insyaAllah..kami akan Amin kan ia bersama-sama!..

sungguh mulia hatimu saudaraku.

perakkome said...

Salam tuan...saya pernah alami apa yg tuan lalui sekarang....sabarlah!
Apa yang kita lalui ini,sebenarnya hanyalah untuk menduga kita bertapa BESARNYA HIKMAH MENANTI DIHADAPAN.
Sabarlah....

AKUOKU said...

untuk semua yg berdoa dan memberi kata2 semangat, Terima kasih banyak2. jika nak kenal kakak dan adik jemputlah ke blog kami http://akuoku.blogspot.com/ yg dikendalikan oleh mama....

AloyCaricature said...

anak perempuan aku dulu- paginya aku bermain gembira dengannya..dan malamnya dia pergi buat selamanya.

semoga kakak terus sihat.
anissa- sama seperti nama arwah anak aku dulu.

Roti Kacang Merah said...

fendi, sham, kakak & adik... you lot are always inspirational to me and others. Semoga Allah tidak lekang-lekang menambah kekuatan dan kudrat kalian. peluk cium cik lin untuk anak-anak. lama betul cik lin tak jumpa diorang...

Unknown said...

ingat saya lagi tak kulup? berat mata memandang berat lagi bahu memikul..sy phm kesusahan kulup...sy pun ada anak yg kurang sehat dan mengalami penyakit misteri...bsabar lah...

Unknown said...

ingat saya lagi tak kulup? berat mata memandang berat lagi bahu memikul..sy phm kesusahan kulup...sy pun ada anak yg kurang sehat dan mengalami penyakit misteri...bsabar lah...

Ahmad Mimpi said...

Aslmualaikum

Alhmdulilah. semakin pulih
bykkn sbr

Hasbunallah wani;mal wakeel
(cukuplah Allah bgku sebaik2 pelindung)