Monday, August 31, 2009

bendera baru Malaysia!

Ketika Nusantara berwarnarasmikan merah-putih untuk negara mereka seperti Jepun, Singapura, Indonesia malah Umno sendiri (sama seperti Timur Tengah dengan hijau-putih), Malaysia meniru bendera US.
Lagu pun Mamoola Moon (terang bulan)

Anak2 muda seperti kami mahu kan bendera ini sebagai bendera Malaysia!!!
(diperkenalkan oleh Najwan Halimi)

Sunday, August 30, 2009

Siapa kita..

Isteri aku memegang anak sulungku, Annisa 8 tahun yang mengalami lumpuh otak (cerebral palsy). Kakak berjuang untuk hidup sejak kecil lagi, keluar masuk hospital, pembedahan, pneumonia, pernah pakai ryles tube di hidung..hari ini kakak semakin sihat dan mulai tembam semula seperti tahun pertama kelahiran dia. Antara tempoh itu kakak pernah sampai tinggal tulang...
gara-gara berdegil dengan nasihat Dr pakar yang menyuruh kami memakai tiub di hidungnya, kami lari dari hospital dan berikhtiar cara lain..nekad gila mencabut tiub itu dan kakak akhirnya berdaya juga makan dan minum secara oral tanpa bantuan tiub. Kalau ikut Pof tu, kena pakai sampai akhir hayat dan kalau perlu ditebuk perutnya..Hisyy!!

Minggu lepas, singgah di lipis dalam perjalanan ke Kelantan dan jumpa kawan lama. Dia ada sepasang anak kembar perempuan yang sebaya dengan kakak. salah seorang kembar tersebut meninggal 5-6 bulan lepas kerana sakit tiba2...

Ya! Siapa kita untuk menghalang ketentuanNya. dalam sihat2 dia pergi sementara Annisa yang sakit teruk semakin sihat.
namun kita kena redha, bersedia dan jangan leka dengan nikmatNya.
"simpan satu peluru!"

promosi sikit!

Kunjungi gerai isteri ku no13, plaza metro kajang, menjual jubah lelaki perempuan dan pakaian2 ..

gambar bawah, Johnny Depp sebagai model jubah kami..








ceriakan Hari Raya anda!


Saturday, August 29, 2009

yahoo minyak naik september ni!

sumber berkata harga minyak akan naik september ini sebagai hadiah hari raya dari PM yang selalu mempraktikkan "rakyat didahulukan (membayor), pencapaian diutamakan!"


...nasib baik aku kaya, kenaikan ini aku alu-alukan!

Friday, August 28, 2009

GK di mana2

Itali pun ada cerita Gedung Kartun:
SEQUESTRATA LA RIVISTA SATIRICA "GEDUNG KARTUN"

In Malaysia c'è un nostro amico e corrispondente, italiano, che di quando in quanco c'i invia i suoi reportages (e un paio di volte ha scritto nel blog direttamente).Non voglio tirarlo in ballo (e i suoi scritti sono rimasti per ora archiviati in un CD), perché la situazione dell'informazione da quelle parti è davvero problematica.
Oggi ricevo la notizia del sequestro di una http://lucaboschi.nova100.ilsole24ore.com/

Rahmat Haron..
Pyanhabib..

Tien Chua, Jonos, Zunar dan Rozan


bersama Pak Samad di masjid KLCC waktu Jonos jadi salesman solat Jumaat haritu..
juga ulasan menarik oleh Fathi Aris Omar di sini


Thursday, August 27, 2009

GEDUNG KARTUN dapat liputan luar negara!

kah kah kah kah!! HikHik!! majalah GEDUNG KARTUN dapat liputan luar negara!!

Government Raid on Malaysian Cartoon Magazine SlammedBy Rob Tornoe August 26th, 2009 PERMALINK

http://blog.cagle.com/news/2009/08/26/government-raid-on-malaysian-cartoon-magazine-slammed/


The cover of the cartoon magazine "Gedung Kartun" (Cartoon Store) links Prime Minister Najib Razak to the 2006 murder of a Mongolian model.
Hundreds of copies of a Malaysian cartoon magazine on current issues edited by prominent cartoonist Zulkiflee Anwar Ulhaque (better known as Zunar) have been confiscated by the Malaysian government, according to a report from The Straits Times.
Officials from the Ministry of Home Affairs seized over 400 copies of the inaugural issues of “Gedung Kartun” (Cartoon Store) from the publisher’s office in Kuala Lumpur. Zainal Abidin Othman, the home ministry’s chief enforcement officer in central Selangor state, told The Straits Times that the magazine was confiscated because it has not yet received an official permit under Malaysia’s strict media licensing scheme.
However, editor/cartoonist Zunar claimed that the seizure was politically motivated due to a caricature of Prime Minister Najib Razak on the front cover.
“Our permit was approved two weeks ago. We were told of the decision verbally and given the permit serial number, we are just waiting for the official letter,’ he told AFP.
According to the report, the caricature linked Prime Minister Najib to a 2006 murder of a Mongolian model who was the lover of his former adviser - a case in which Najib has repeatedly denied any involvement or knowledge.
Media watchdogs Centre for Independent Journalism and Writers Alliance for Media Independence condemned the move, saying it showed the government was using licensing laws to “arbitrarily” curb freedom of expression.
“The confiscation smacks of harassment and censorship of discussion of current issues,” the groups said in a joint statement.
Reporters Without Borders ranks Malaysia 132 out of 173 on its global press freedom index, and says the government-linked mainstream media are “often compelled to ignore or to play down the many events organized by the opposition.”
Comments: none. ADD A COMMENT.

Haiyaa, gaduh ka?

mo takau aa!!
gaduh ! Gaduh!
MCA perang besar..

akan ada kepala otai cina berpesan pada mereka, "cina sama cina kalau gaduh nanti 'miim lam alif ya wau" tepuk tangan!

biasa dengar dak, "melayu sama melayu gaduh "ca ya nun alif ' tepuk tangan? Kah kah!

(lawak syafiqsunny)

dari balkoni rumahku..

1.30 pagi aku makan sebelum tidur, malas nak bersahur karang. Berdiri di balkoni rumahku aku boleh lihat Genting Highland dari sini dan juga kompleks penjara....

lalu merenung diri, pasal apa aku lahir dan untuk apa di sini sebelum ke sana yang entah ke mana..
di mana emansipasi dan ke mana destinasi..eterniti!

daripada bodoh tak kenal ABC dan Alif Ba Ta, aku belajar hingga aku jadi seperti hari ini..
apakah ilmu dan kemahiran yang ku perolehi hari ini kugunakan untuk menyokong kezaliman dan kemungkaran atau sebaliknya?

Di manakah aku berdiri?

Gedung Kartun ke luar negara!

banyak pesanan dari luar negara diterima seperti di Singapura, Indonesia, UK, Dubai, Hong Kong..
peh! wartawan Australia menghubungi dan mewawancara Zunar pagi tadi..

terima kasih Kutu Dan Nyamuk kerana promosi kamu!

Wednesday, August 26, 2009

gile banget!

dari 8 pagi tadi hingga 5 petang sewaktu kami hendak buka pintu sebab nak balik rumah, telefon tak berhenti2 berdering nak dapatkan Gedung Kartun..

sila layari di sini untuk mendapatkannya..

Tuesday, August 25, 2009

CHEERS!

BN kalah lagi. Segelas air anggur untuk anda. Cheers!!

Dia sebenarnya hebat!


Aku dah kata dan aku dah saksikan sendiri. Dia memang hebat. Zunar adalah satu-satunya kartunis yang berani dan kritis. Seperti kata seorang penganalisis, tiada kartunis politik Malaysia seperti Zunar. Aku meminati Zunar sejak sekolah lagi dalam majalah Gila-Gila. Siapa yang tak kenal watak Sifar, Kaduk dan Liza, Gebang-gebang, Papa dan Kedana juga Ofis Korner. Sejak dulu lagi kartunnya pedas dan lantang.
Aku selalu lihatnya di Creative Enterprise pejabat Gila-Gila pada 1990-1991 waktu aku berguru dengan Rejabhad (Allahyarham) dulu tapi tidak berani menegurnya yang berwajah serius sentiasa itu. Namanya mendadak naik semula sewaktu era reformasi dengan karya2 'hidung besar'nya. Aku semakin kagum sewaktu melihat dalam Harakah gambarnya, Hishamuddin Rais dan beberapa kawan lagi mengangkat tangan dengan pakaian lokap kerana menyertai demonstrasi.
Sewaktu perhimpunan bantah kenaikan tol di Gombak 2006, aku berkenalan dengan Zunar(isteri aku yang tegur dan mengatakan padanya yang aku juga kartunis). Dia mempelawa aku melukis di Suara Keadilan dan seterusnya itulah yang berlaku.
pegawai KDN gugup bila Zunar berang dan meminta penjelasan dengan betul apabila mereka mendakwa kami menaruh nombor permit palsu di cover majalah. Akibatnya pegawai bertopeng itu menarik balik kata-katanya

"Why pinch when you can punch?" kata-kata Zunar membakar semangat. Bersama Jonos, anak muda kartunis yang bersopan santun mereka merancang sesuatu yang lebih besar untuk menyediakan platform bagi kartunis menyatakan pendirian dalam sesuatu isu kerana tidak mahu melihat kartunis Malaysia hanya bikin orang ketawa kosong saja. Aku dipanggil dan berlangsunglah pertemuan demi pertemuan dengan beberapa kartunis lain.
Masa bagai menyebelahi kami. Zunar keluar dari menjadi editor Suara Keadilan setelah ia 'dirompak' oleh puak-puak elit dalam PKR dan mengajak kami bersama saki-baki staf SK yang setia seperti Naza dan Syafiqsunny untuk meneruskan majalah ini. Berpindah-randahlah kami dari satu ofis ke satu ofis mencari markas dan akhirnya pulang semula ke Brickfields. Dengan Jasmine menguruskan pentadbiran, semuanya berjalan lancar sehinggalah satu demi satu dugaan melanda. Azzam turun naik KDN melayan birokrasi. Naza Grafik jatuh sakit dan memerlukan pembedahan kecil dan kemudian agak terganggu fikiran pula apabila adiknya meninggal dunia kemalangan. Jonos, aku, Azzam, Maisuri, Ira, Israq kemudian bergilir-gilir sakit. Gedung Kartun lahir sepatutnya lebih baik dari ini tetapi kami terpaksa juga walaupun dalam keadaan sakit.
Lihatlah apabila semua ini terjadi. Sekejap saja facebook dan panggilan telefon, emel bertalu-talu menyatakan sokongan padanya. Aku salute Zunar dan orang-orang yang tak melihatnya harus melihat wira ini. Dia living legend!

Monday, August 24, 2009

KDN serbu GEDUNG KARTUN!

Lebih kurang jam 10.30-11.30 pagi tadi , 8 pegawai KDN datang ke pejabat majalah GEDUNG KARTUN dan merampas 408 naskhah majalah itu. Alasannya permit tapi permit dah lulus. Kami percaya ia disebabkan kandungannya. Kahkahkahkah! sama kartun pun lu takut ka?

ketua perampas yang masih muda tapi ek nak mampus!
pegawai wanita yang lebih takutkan virus dari Allah. Bertopeng barangkali nak tutup muka kot?


pegawai -pegawai lelaki yang membungkus sambil tersengih-sengih bila aku kata "majalah Mangga yang nampak tetek korang tak pernah rampas!"



Kami pelukis dan kami hanya tahu melukis, dengan dakwat kami berjuang. Kami akan terus melukis walaupun terpaksa atas kulit kulup!!

CD CETAK ROMPAK kat pasar malam haram depa nak serbu..
PUNDEKK!!







meh!

dah ada di pasaran! Dapatkan segera! Malam ni Israq hantar beratus2 ke Permatang Pasir. Cari dia di sana. Esok boleh tengok di kedai2..

Saturday, August 22, 2009

hantu di bulan puasa!

"aku pernah lihat hantu di bulan pose.Sungguh wa cakap lu! Masa wa budak dulu, mata merah menyeringai atas pokok jati waktu balik tarawikh!" kata kawanku Ajik..

"yang disuruh ikat adalah hantu "di dalam" ni!" tunjuk Tok pada dada kirinya. Hantu di luar tu bukan boleh buat apa2 pun. Hantu di dalam ni yang perlu di rantai. macam melontar jamrah di Mekah katanya melontar setan, jadah apa setan tunggu kat situ untuk dilontar. Yang nak dilontar adalah setan di dalam. 7 kali lontar baru bersih. Dalam solat lontaran 7 ayat Al Fatihah tulah yang mengeluarkan setan hantu kat "dalam"..

Teman terkenangkan dialog tu waktu berehat lepas sahur tadi. Dan apabila ada katak melompat di Lunas sekejap tadi, dialog ini semakin kuat di kepala...

nota: ini bukan gambar wanita yang membisikkan "Yusof taiyoob" dalam iklan kurma tu..


damainya!!!

Khamis hari tu aku ke Kelantan ada urusan. Aku sebenarnya tak suka memandu, malas dan cepat marah kalau berhadapan dengan pemandu yang tak berdisiplin. Memandu ke Kelantan amatlah "bercinta" sebab jauh. Tapi di Gua Musang aku suka tengok papan tanda ni. Semua parti tak kira PAS, Umno dan PKR (logo lama) menyampaikan pesan yang sama. Sepatutnya semangat ini harus dipraktikkan di dalam politik Malaysia yang tak habeh2 bergaduh dan menuduh sana sini sampai gula takde di pasaran pun tak dapat settle..bodoh punya pemimpin!


Aku ke Pondok Pasir Tumbuh. Betapa tenangnya masuk perkampungan yang membudayakan kehidupan Islam. Masjid yang tenang..
Jemaah yang ramai. Muslimah pun penuh tiga saf.. azan dan suara imam mengingatkan aku pada masjid Nabawi dan Masjidilharam..semangat Madinah dan Mekah aku rasa ada kat sini..bau debu jalan di Mekah seakan2 bau di sini..

Anak-anak muda bersembang di luar selepas solat dengan pakaian menyenangkan. Aku taklah kisah sangat bab pakaian ni, jubah serban bukan ukuran mutlak tetapi apa salahnya memakai serban dan jubah kerana Nabi suka berpakaian demikian. Apa salahnya memakai pakaian yang disukai Nabi? Tetapi jika anda bekerja dengan jabatan kerajaan atau swasta cubalah anda datang bekerja dengan pakaian sedemikian, apa yang berlaku? Mereka terutama boss yang beragama Islam akan cakap "pakaian orang Islam tak semestinya begini, asalkan bersih, sopan menutup aurat. Tak semestinya berjubah , berkopiah atau berserban.
Betullah tu, tapi apa masalahnya sampai jadi suatu KESALAHAN jika berpakaian demikian? Aku pernah juga menempelak pegawai yang menyatakan tak boleh bekerja dengan kopiah putih sebab putih cepat kotor. Aku kata pakai baju putih apasal boleh? Tak kotor ke? Belilah kopiah putih banyak2, bukan mahal pun..Cuba pi Mekah pakai ihram hitam atau kafankan orang dengan kain pokka dot bolehkah? Tak kotorka duduk dalam kubur nanti?
mangkuk punya kangkung!



Ya! Aku jatuh cinta kat sini..



Mengingatkan aku suasana Sungai Penchala Al Arqam yang damai..
Brader Pyanhabib sudah kontek gedebe Rantau Panjang (cucu Kulup Hamzah) membodigard aku tapi aku terpaksa pulang segera. Rekod peribadiku memandu 14 jam terus-terusan...






Friday, August 21, 2009

suatu hari di bulan puase

tingkatan 1 kami sekolah petang..aku dan kawan2 pada pagi puase tu melepaklah dekat sebuah surau usang yang tinggal..tiba2 sebuah motosikal berhenti dan terlihatlah kelibat seorang polis trafik. Dia meninjau kiri kanan dan mengeluarkan nasi bungkus. Sedap tul mentedarah waktu siang. Kami kenal sebab dia ni bapak kawan-kawan kami jugak.
Seorang kawan aku bertanya kepadanya, "mengapa pak cik tak puasa?
Dia yang agak terkejut menjawab,"pak cik lupa baca niat nak!"

..sejak tu aku belajar, setiap perbuatan mestilah "berniat"..pak cik tu lupa 'baca' niat nak puase hari tu tapi teringat untuk "berniat" tak puase ..

paham dak?

camnilah..
korang tak bagi duit kat mak bapak sebab lupa 'baca' niat nak bagi walaupun berniat nak bagi..maka tak dapatlah nak bagi walaupun berniat nak bagi hanya kerana lupa membaca niat tu..hisy! hik! hik!
selamat berniat!

sebenarnya puasa..

puasa adalah ibadah yang paling ikhlas dilakukan ramai muslim kerana majoritinya berpuasa. tak macam solat, ada yang maleh, berpura2 dan macam2 niat- terpaksa pun ada. Jarang orang terpaksa puasa, kalau ada pun depa pi makan senyap2..ramai gembira menyambutnya. Ibadah yang kurang riya' jika dilakukan. solat kekadang ada juga riya', ujub dan sam'ah..

ada yang kata puasa sebenarnya ibadah utk mengenang dan menginsafi apa rasanya orang miskin yang selalunya kelaparan. Itu bohong sebab dekat2 nak raya ramai memborong macam orang kaya berlagak..ada yang kata nak bagi perut rehat..ah! macam2 teori dari segi sains dan kesihatannya..
semuanya ada logika dan betul juga!

Bagi aku yang lebih melihat dari sudut batin, ia adalah proses penyucian jiwa sama seperti ibadah 5 rukun yang lain. "Penyucian"..
Melakonkan watak kita semasa masih suci tiada dosa di dalam kandungan ibu yang tiada makan minum dengan sendiri. Masa itu tiada kehendak dan sangat ikhlas.. Ramadhan adalah bulan ke9 dalam Islam simbolik kepada 9 bulan kita berpuasa dalam kandungan ibu dan apabila bulan ke 10 lahirlah insan itu ke bumi ini dan bayi itu sudah tidak berpuasa lagi dan bolehlah ia makan. Sebab itu 1 Syawal HARAM berpuasa. Kanak2 yang suci di dalam perut itu lahir juga ke bumi dalam keadaan bersih. Itulah FITRAH, maka ia dinamakan Eidul FITRI- kembali bersih seperti fitrahnya. Jika kita bermaaf2an hari itu maka Allah mengangkat martabat kita sebagai insan yang suci seperti kanak2 semula.
Itulah hakikat Eidul Fitri dan puasa dari sudut 'roh'nya.
Ia bukan sekadar tahan makan minum, ia proses penyucian! Sebab itu 'mengidam'nya orang yg berpuasa untuk makan apa waktu berbuka nanti macam ibu yang mengidam nak makan sesuatu walhal jika bulan2 lain, kalau lapar kita nak cari nasi aje atau apa2..takdelah tengok cendol nak, nampak murtabak meleleh air liur, tengok roti john menggelupur..
paham dak maksud aku?

* berbalik isu kandungan biasanya akan dilahirkan bulan ke10 itu adalah kebiasaan bagi manusia, hanya special kes terhadap insan yang terpilih saja yang luar biasa seperti Imam Ghazali r.a yang lahir setelah lebih 20 bulan dalam kandungan..

lagiii......promosi!!

promosi tahap gila babi nih!!
Isnin 24 Ogos di pasaran!!...(sambil berbisik ala yusoff taiyoob ke hidung kawan setelah sahur petai sebelum tu..terjelmalah bau kasturi)- lawak abdullahjones


Thursday, August 20, 2009

SEJARAH TERCIPTA!!


HAHAHA!! iSNIN 24 oGOS AKAN BERADA DI PASARAN!!
cuma RM4..lebih mahal dari harga diri perasuah!
Zunar lukis PM tunggang lembu..siapa lembu tu?
Jonos sokong Wan Malaysia?
Dollah Jones dengan ROSMOH!
Ronasina - laungan anjing pengkhianat di kala bulan mengambang
Roy- Hikayat di negeri kome..
Ubilepih dengan RABAK dan RABAN
Oly mengkura-kurakan sapa?
cerpen ULAN BATOR
Pak Samad kata siapa PELUDAH BAHASA?
Pyanhabib meracau-racau pasal apa?
HAILI suruh FRU tembak gagak!
Kidol dengan Sarip Puisi..
Cabai meniaga di demonstrasi!
Dikuk dengan tiga kembar siam Samy, Simon dan Saman!
Enter the Dragon oleh Nur!
Lagi dengan DENG, FAHMI dan pastinya dengan Enot yang mengungkapkan nostalgia 98!
eksklusif: SIAPA BUNUH BENG HOCK oleh Dol Kerepek.
Siapa DOL KEREPEK?
ini baru isu pertama. Isu kedua Bumper Raya lebih gempak...Dr.Farish A Noor lukis komik gile punya cantek beb!

Wednesday, August 19, 2009

kemaskini: AWASI MEREKA!! bakal bikin SEJARAH!

COVER DEPAN yang bakal menggegar! Siapkan RM4..



persis mayat Beng Hock, Ronasina dan Jonos terjelepuk keletihan di atas timbunan artwork untuk proof reading..Jam dah 1 pagi!
longgokan sampah-sampah yang nak dibuang..(yang dua orang terbaring tu sampah masyarakat!




rahmat haron (akan menyusul keluaran kedua)



zunar mengonar jonos menjonoih ronasina mengkepalabana haili menggeli enot mengenot ubilepih mengempih abdullah jones terjun roy memeroi cabai mencabar fahmi bersemi dikuk melekuk nur menonor oly menguli kidol menYondol...

vovin mengoben pyanhabib menggebib pak samad menyemat!

mereka akan muncul dalam majalah jenaka alternatif yang akan berada di pasaran Isnin 24 Ogos ni!

Tuesday, August 18, 2009

ketuanang!

ketuanan ketuanan! pertahankan hak bumiputera! Kita peribumi!
Mana ada kaum peribumi di Malaysia?
bebudak MCA pernah kata dulu dahh! tengok bawah ni!


Tok, Apak, aku dan hantu!

Kata Kak Yong aku yang sejak kecil tinggal dengan Tok dan Pah di kampung, perangai aku banyak mengikut arwah Tok. Bila sesuatu yang tak menyenangkan hati dan bertentangan dengan prinsip, Tok akan cepat menghentak meja. Kah kah kah! Patutlah aku selalu begitu sampai boss aku dulu agak berhati2 nak cakap apa dengan aku. Ha Ha Ha!
Itu satu hal. Seperkara lagi ialah, Tok telah mendidik apak dan apak telah mengajar kami adik beradik agar jangan takut dengan hantu syaitan.
"Kamu itu insan sebaik2 kejadian dan makhluk seperti Iblis dan jin tidak setanding insan maka jangan kamu agung2kan mereka sehingga kamu rendahkan martabatmu sebagai insan!"
"Bukankah kamu mengaku Allah Tuhanmu maka mengapa harus takut dengan kuasa lain?"

Ini yang diterapkan. Lucunya adik beradikku (aku sorang je lelaki dari 4 beradik) yang lain semuanya jenis tak takut hantu. Kadang2 dicemikkannya muka kalau suami mereka bercerita tentang seramnya hantu. Dan lebih lucu bila isteri aku sendiri sejak aku kenal masa bercinta2 dulu pun spesis tak makan saman dengan hantu.kah Kah Kah!
Ini bukan takbur tapi ini keyakinan yang jitu! (kadang2 aku tak dipersetujui kawan2 hanya kerana aku kata aku tak takut hantu, depa kata aku cakap besar..laa! pulok dohh!)

Atuk pernah bercerita sewaktu dia sedang mandi waktu malam di tepi sungai dekat rumahnya dia pernah disakat dengan hilai tawa maka dia hanya menjawab, "mehlah mandi sama. Apa nama yang kamu ketawa kat situ?"
Pernah sekali sewaktu dia sedang berjalan dengan pelita pada waktu malam, ada bayang besar berlari menuju ke arahnya. Bayang hitam seperti seladang. Tahu apa Tok buat? Dia hanya melindungi dengan tangannya api pelita itu supaya tak padam dirempuh bayang dan Tok sikit pun tak ngelak. Bayang itu lesap macam tu saja.

Apak pulak sewaktu sedang menoreh terlihat seperti api pelita orang berjalan tapi tiada, yang ada hanya suara seperti orang berbual. Suara itu diam apabila apak mengugut nak tangkap dia dan hantar kat muzium agar orang awam dapat melihat muka hantu.
Aku? Sewaktu sorang budak dirasuk dan matanya merah membuntang memandang aku, aku pelawa jin tu keluar dari badan budak tu dan bertumbuk dengan aku di padang. Aku tak tahu macamana nak pulihkan budak tu tapi aku boring sebab dah nak masuk pagi jin masih berdegil. Dia ludah kaki aku, aku lempang budak yang kerasukan tu sekali.
Bukanlah kerana aku ada ilmu power ke..tapi perangai Tok yang cepat memprotes bila tak setuju dengan suatu perkara itu aku warisi. Kah kah kah!

"kata Tok, kalau takut hantu maknanya kau tak takut Tuhan!
aku tak mampu jadi macam Tok dan apak sebab aku masih takutkan hantu. Hantu bodek, hantu malas yang sering merasukku, hantu yang sering mengocak2 nafsu agar melihat yang seksi2 dedah pusat melintas. Hantu tu namanya hantu pusat Islam!

Monday, August 17, 2009

Pak Abu yang best!


Perisik Rakyat bagitahu aku dia menarik balik entry sebab menghormati Tulang Besi yang menarik balik artikel tu. Itupun pasal penghantar emel yang minta ditarik balik. (apa cerita ni korang tengok Malaysiakinilah).
Ini cerita YB Hulu Klang Saari Sungib atau Pak Abu nama mesranya. Apa kena mengena dengan nota di atas, paham2 jelah hihi!
Aku kenal beliau apabila beliau dan geng Ezam diISAkan sewaktu era reformasi. 98 pun beliau kena sewaktu Anwar diISA. Tapi berkenalan dengannya sewaktu zaman demo-demo tol pimpinannya dan Tian Chua (raja demo) dulu. Pak Abu dikasari sewaktu ditangkap di Summit dulu. Videonya ada di entry aku pasal Nora haritu.
Sewaktu menanti semua tahanan dibebaskan di Balai Polis Seri Kembangan kami berhimpun, aku diajak berbual oleh SB2..Tahapa ke hikmahnya, aku boleh berceramah agama dengan SB2 tu siap keluar lancar ayat2 suci dari mulut aku.
"kenapa korang sanggup belasah seorang yang suka bangun malam (Qiamullail), solat istikharah, mengaji? Tahukah korang Allah amat benci orang yg mengasari hambaNya yang gemar beribadah?" Aku lihat salah seorang dari mereka berubah air muka seolah2 terpengaruh tetapi segera 'boss' mereka yang berpaku menepuk bahu mereka agar belah dari aku..

Hari ni Pak Abu dah jadi YB. Tapi dalam ramai dok bersungut pasal YB itu ini yang dulu member tapi sekarang dah lain sejak jadi YB, aku dengar pak Abu antara kawan yang masih mesra dan prihatin seperti dulu. Balck Amin, Meor dan ramai lagi mengakui ini, beliau antara yang menyokong usaha Meor menghasilkan album DARI RAKYAT UNTUK RAKYAT.

Ada seorang pesakit memerlukan katil ala hospital tu (hidraulik) dan pak Abu tercari2 benda tu. Kebetulan kami ada di rumah sebab pernah ada orang sumbangkan untuk anak aku tapi ia terlalu besar, maka isteri aku menyuruh pak Abu datang ambil. Dan Pak Abu bersama dua puteranya, Muthanna dan Urwah sama2 mengangkat katil berat tu naik lori.

Abang Keno, anak arwah seniman Salleh Ghani menceritakan pada aku Pak Abu membuatkan seorang Umno totok mengubah persepsi kepada PR apabila pak Abu hadir turun bertemu rakyat. Dia sendiri mengangkat keranda mengusung jenazah, dia sumbang wang kepada orang miskin dan Abang Keno seronok membantu pak Abu. Sampaikan orang klang Gate tak jumpa Azmin sebab lebih selesa dengan pak Abu..


Salut untuk pak Abu!
(sori kalau ayat berterabur, aku tak semak balik)

Sunday, August 16, 2009

perati tengok..

apa yang tak kena pada gambar di atas?

Kau bukan ANWAR!

SIRI 2 AKU DAN KAWAN-KAWAN!


Aku kenal keluarga Aleyasak sewaktu melihat gambar dan berita dia tercedera dibelasah pasukan keselamatan di perhimpunan BERSIH November 2007 dahulu! Gambar Aleyasak diziarahi pemimpin2 PR menghiasi akhbar HARAKAH masa tu.
Aku sekeluarga melawatnya bersama-sama Haniza Talha (kini YB Adun Taman Medan merangkap Timbalan Speaker Selangor), Fuziah Salleh (kini YB Parlimen Kuantan). Aleyasak ketika itu menonton perhimpunan aman yang mencipta sejarah sebagai lautan manusia berbaju kuning.
Apabila FRU, SB dan polis bertindak kasar mengejar peserta demonstrasi, Aleyasak yang berpakaian hitam turut melarikan diri. Dia terjatuh dan seorang anggota keselamatan telah memijak lututnya hingga Aleyasak dengar sendiri bunyi kepala lututnya hancur.."PRAPPP!!". Dia cuba bangun tapi tak boleh lalu dia meminta anggota keselamatan mengangkatnya tetapi dia dikata berpura-pura sakit. Petugas Unit Amal kemudian mengangkatnya bangun.
Sejak hari itu Aleyasak dapat gelaran OKU kerana dia tidak boleh berjalan. Maka itu perniagaan goreng pisang yang dijalankan sepenuh masa depan rumahnya terhenti. Isterinya Mariam, cucu Pak Yazid (orang PAS terutama KL dan Selangor kalau tak kenal Pak Yazid memang buta sejarahlah, pimpinan tertinggi pun kenal) menggalas tugas mencari nafkah sebagai guru tuisyen.

Sesekali ada juga Dr.Lo'Lo' memberi mereka peluang buat catering jika ada mesyuarat kecil2an, dapatlah mereka duit sikit tapi ada juga sok-sek orang parti yang komplen "asyik depa saja yang dapat", mereka pun menarik diri. Semangat Aleyasak cukup tinggi, walaupun terhencot tapi dia boleh berjalan lebih awal dari jangkaan pakar.
Akan tetapi suatu hari Aleyasak tergelincir di depan bilik air bersama barang berat yang diangkatnya. Dia jatuh dalam keadaan kakinya terlipat dan kecederaan lamanya berulang lagi. Dia yang hampir pulih terpaksa undur semula seperti hari mula2 dia dipijak. Hari ini dia membuat apa-apa kerja yang dia mampu. Membantu isterinyamenguruskan kelas tuisyen. Pernah juga dia meminta kerja tapi ditolak atas alasan kakinya tak kuat.
Hari ini begitulah dia, pemimpin yang ziarah dulu siap ambil nombor akaunnya tapi sampai la ni (berapa lama dah?) habuk pun tarak.
Peguam yang ditugaskan untuk mewakilinya pun senyap. Dulu mereka janji nak saman kerajaan juta-juta RM juga tapi haramm!! Aleyasak bukan nak minta duit mereka tapi kalau ada peluang pekerjaan yang layak untuknya tolonglah tengokkan. (Ini cadangan aku, bukan dia minta)..
Seperti kata Nora Reformis padaku suatu masa dulu, "Kita bukan Anwar bang, kalau Anwar berdedai-dedailah loyar nak tolongg!!"

Sewaktu Aleyasak menelefonku tentang demo "Anti ISA" 1 Ogos dulu aku cakap padanya, "Selamatkan keluargamu dulu, Syah! Tak payah pergi!".. Dia ketawa!

kata-kata Nora terngiang-ngiang!

Saturday, August 15, 2009

Dunia memang pantas!

antara akhir zaman, sabda Baginda ialah dunia makin kecil masa makin pantas. Ya! Dunia makin kecil, kita boleh saja lihat Amerika dari kaca tv ruang tamu rumah kita, kecilnya dunia. Dan masa bagai tak terasa. Baru saja melintasi Ahad kini berjumpa lagi Ahad.

betulke ada 7 wajah serupa dalam dunia? Aku pernah berjumpa seseorang yang bersungguh2 mengatakan aku serupa betul dengan kawannya. Sangat serupa katanya. Yakah? Gambar bawah ni seorang peniaga yang memiliki gerai kecil di sebuah pasaraya. Aku selalu bersembang dengannya dan dia mengingatkan aku pada seorang kawan- Allahyarham loloq. cara dia bercakap, suara dan nada, stail pakaiannya memang serupa bagi aku.

dari celah set, aku sempat snap Ally dan Wardina masa jadi tamu MHI TV3 Isnin lepas bersama karikaturis Art dan Shem.
Menjadi juri pertandingan melukis di Keramat. Masa ni kepala dan badan cukup sakit, aku demam. Selain isteri yang cukup sayangkan aku, ada insan lain yang sangat memanjakan aku. Mereka berdua datang berjumpa aku di sini dan belanja aku makan. Isterinya menasihatkan aku dengan petua2 menjaga kesihatan dan mengurangkan panas demam. Mereka belanja aku minum air kelapa muda. Sapa lagi brader Pyanhabib dengan Kak Erinlah...hihi! (Kami sama-sama merindukan adik bongsu kami yang kini menghilangkan diri)


karya 'vandalisme' seorang budak yang jadi Johan.



..tadi seluruh suku sakat Kulup berdemo dan berhimpun di Dewan Taman Permata, Lembah Keramat sebab anak kak Yong aku kahwin. Aku dan sepupu aku balun selagu berkaraoke. Sejak karaoke mengambil alih peranan live band kenduri kahwin ni, bertambah ramai penyanyi2 dilahirkan walaupun mereka tak sedar potensi diri. Kalau live band tak ramai berani, mesti kurang2 tau ada bakat. Karaoke main belasah aje.
Tapi majlis kahwin popular sejak 60-70an makanya lagu yang dimain masa tu tentulah lagu2 zaman tu dan sebab itulah kita lihat trend kenduri kahwin kita memang popular dengan pop yeh yeh. Joget lambak dah lama berlalu- mabuk air akar pinang dah takdak atau di Utara dah takde lagi ghazal party (bukan ghazal kat Johor tu)..
paling haru kalau suara kompang pun main pakai tape je..huhu!



selamat pengantin baru Ika dan Hafiz.
Ika anak buah aku ni melakonkan watak Mahsuri dalam drama bersiri "darah putih darah suci" yang akan dimainkan di Astro tak lama lagi..trailer dah keluar! (Promosi sikit)
tuurrrtt!
Kepala konco, kartunis Zunar sms suruh datang esok siapkan kerja2 terbengkalai untuk majalah yang akan masuk pasaran minggu depan.
Beli nanti woiii!!! (masih tak boleh cerita detail lagi!)





Thursday, August 13, 2009

dari rumah agam itu..

Rumah kami diapit di tengah. Kami berjiran dengan tok imam sekeluarga dan di sebelah lagi keluarga buruh kasar majlis daerah . Ada enam pintu sebenarnya rumah sewa kecil ini. tiga pintu lagi didiami keluarga askar yang terletak di baris belakang menjadikan rumah besar tuan rumah berada di tengah2 seperti pusat kawalan. Sekelilingnya dipagar. Rumah sewa ini semuanya berbilik air di dalam rumah tetapi tandas curah hanya sebuah, terletak di hujung dan dikongsi bersama2 penyewa lain. Ya! Macam dalam cerita Seniman Bujang Lapok.

Bilik air yang dinding bawahnya terlopong (diperbuat daripada zink) adalah laluan keluar masuk ular atau biawak. Kadang2 dari tingkap, apak menunjuk kepadaku ular sedang melintas. Pernah juga aku lihat katak hijau yang cukup besar melompat di kawasan belakang rumah yang berlimbah. Pernah juga apak mengangkat kami adik beradik yang sedang nyenyak tidur dari atas katil ke ruang depan di tengah malam kerana terlihat dari remang cahaya malam ada seekor lipan sedang merangkak dalam kelambu.


Aku masih kecil dan tak tahu itu. Ruang tamu 8 kaki x 8 kaki besar bagi aku. Aku mana tahu gaji apak sebagai pemandu traktor jabatan pertanian bertaraf kontrak hanya 3 ringgit sehari, aku mana faham mengapa mak aku akan singgah di sebuah rumah waktu pulang dari pasar dan memberus,membilas dan menjemur kain yang sudah direndam. Apahal basuh kain di rumah orang? Berapa upahnya aku tak tahu..

sebab aku tak pernah kelaparan. Dua kakakku dan seorang adik bongsuku cukup makan pakai.


Yang aku tahu aku suka dengar lagu-lagu yang berkumandang dari radio rumah agam itu, rumah tuan rumah. Aku akan berjoget mendengar "One Way ticket, one way ticket, one way ticket to the blues!" atau aku akan melompat mendengar "Daddy Cool" atau "its holli holliday"..ya! Boney M dan disco meletup masa tu..Aku suka tengok Donny and Marie Osmond Show macamlah aku faham...Sha Na Na dengan Bowser totoritoto..

Aku khayal mendengar Rindu Bayangan atau Si Baju Hijau dan suka mendengar mak mendodoikan adik dengan lagu Uji Rashid.

Masa tu aku tiada masalah untuk difikirkan, hidup hanya pesta mainan. Hanya perlu berbaring sebelah apak selepas makan tengahari sambil mendengar drama sandiwara dari radio transistor yang selalu perlu ditukar bateri.

Wednesday, August 12, 2009

suatu masa dulu..

entry ni ditaip semalam sebelum Ustaz Asri Rabbani meninggal dunia. nasyid nadamurni tetap di hati.

"Lup! Oii Lup!" Taza, Di, Atan dan Pie memanggil aku. Aku tengok jam dah pukul 5 petang. Bergegas aku keluar dari rumah dan kami sama-sama menuju ke padang yang terletak dalam pagar masjid. Mak Bapak aku tak marah aku pergi main kat sana asalkan lepas pukul 5 dan balik sebelum Maghrib. Kalau gagal, mak aku akan turut dengan talipinggang disorokkan ke belakang.

Kami menyeberang jalan dengan selamat sebab kereta tak banyak masuk kampung. Main baling bola tenis (tah dapat dari mana) ke arah tin susu yang disusun. Geng yang membaling akan cuba menyusunnya semula sementara geng yang satu lagi akan cuba menghalangnya dengan merejam bola tenis ke tubuh geng tadi. Baling macam peluru, punyalah sakit. Kadang2 aku menangis jugak sebab pemain2 ada yang dah besar.

Kami main sungguh-sungguh sampailah kedengaran suara Bilal Malek, ayah Atan mengaji kat masjid. Kami balik mandi dan bersiap-siap nak Maghrib di masjid pulak. Kalau masjid ada kenduri lagi seronok, seisi kampung bergotong-royong. Paling syok kalau ada musabaqah, mesti ada nasyid. Aku suka dengar lagu-lagu nasyid Nadamurni (masa tu aku banyak campur bebudak Al Arqam).

Lepas Maghrib aku lari balik rumah nak tengok Harold Lloyd sebelum bergegas semula untuk Isyak. Sebelum apak beli tv aku numpang tengok six million dollar man dekat rumah Bilal Malek (arwah)..

huhh!! nasib baiklah hari ini dua anak aku cerebral Palsy, kalau dia berdua normal mungkin aku sudah tak berani izinkan dia pergi melintas jalan, ulang-alik ke kedai atau pasar malam sebab kereta makin banyak, kes bebudak diculik atau hilang makin serius..

Atau anak-anak aku terpaksa aku bekalkan duit untuk mereka sewa gelanggang futsal , swimming pool sudah ganti tali air, sungai atau lombong(tiada lagi percuma)..

..dan aku sudah jarang ke masjid sebab nasyid, gotong royong, orang2 tua sembang2 dengan anak muda menasihati baik2 sudah takde lagi kat sini...52 tahun merdeka, kedamaian dan keselamatan yang didondangkan sebenarnya semakin merosot. Kita diselubungi ketakutan setiap hari malah di dalam rumah sendiri kita belum tentu selamat.



*Al fatihah untuk Bilal Malek, guru yang membawa aku ke alam Alif ba Ta,

Atan- anaknya yang kini ustaz lulusan Al Azhar, Taza- setelah melalui liku2 getir kehidupan akhirnya menjadi seorang yang amat warak hari ini seperti adiknya Di. Pie yang cukup ganas masa bebudak berubah menjadi pendiam pulak dan dah jadi seorang juruterbang..aku yang cengeng dan tak suka bergaduh jadi...?

getah jadam!

gambar hiasan- tiada kena mengena dengan perkataan baru tapi lebih kurang jugaklah perangainya



adik-adik, hari ni kita ada perkataan baru;

kasitahgadam = seseorang yang dituduh rasuah lalu kesnya dipendamjerukkan beberapa tahun untuk membuat orang ramai lupa sehingga akhirnya dia dibebaskan dan dilepaskan dengan gelak besar.

contoh ayat:
Seorang budak cina dijumpai mati di sebuah bangunan yang berperanan mengkasitahgadamkan seorang budak jawa yang membeli apartment di MakkatulMukarramah.

Tuesday, August 11, 2009

Islam pintu koboi!

jegela melayu islam dan perkataan keramat dalam kitab mereka


Antara perkara yang dibimbangi Rasulullah SAW ialah di akhir zaman umatnya akan Islam pagi murtad tengahari Islam petang murtad malam. Keluar masuk sama ada sengaja atau tidak, macam pintu bar koboi.
Kawan aku penyanyi lagu-lagu ketuhanan pernah menghantar demo tape ke sebuah stesen radio agar lagunya disiarkan tapi jawapan mereka "kami tak main lagu-lagu ketuhanan di sini".
Kata jegela melayu politikus bahalul, "jangan campuradukkan agama dengan politik!" atau "jangan politikkan agama!"..

Ini semua teori bodoh al bebal sebebal lembu yang hilang deria bau!
Cuba cakap dengan aku, berapa saatkah dalam hidup ini kita kena "keluar" dari pandangan Tuhan? Atau ada tak masanya kita boleh letak agama keluar sekejap dan jangan campurkannya dalam sesetengah urusan?
Agama tu apa bodoh? Kopi ke candu?
Agama tu semayang, puasa, mengucap, pi haji atau bayar zakat je ke?

Agama = Ad Deen adalah cara hidup dan segala gerak-bergerak dalam hidup ini tak boleh dipisahkan dengan agama. Jika memilih Islam, Itulah cara hidupnya. makan, minum, tidur, nyanyi, menjerit, marah, ketawa mengikut cara hidup yang telah digariskanlah..yang telah disyuhudkan dengan nafi dan isbath itulah..

kalau kata jangan campur politik dengan agama, maknanya masa berpolitik kita jadi kafirlah, atau masa berjual beli, masa mengawan, masa mentekedarah semuanya bukan urusan agama- tapi bila azan berkumandang maka kita capai telekung, ketayap atau songkok dan berdiri depan sejadah maka Islamlah kita waktu tu..

Kan lebih senang macam tu, kita isytiharkan saja, "semasa solat,puasa,zakat dan pi haji kita Islam. Masa bersunat, nikah kawin dan mampus kita buatlah cara Islam. hal-hal lain seperti makan, minum, bersenggama, mentadbir negara kita keluar Islam sebab kita tak percaya Allah Tuhan yang mampu mencipta undang2 yang memberi keadilan kepada semua manusia berbilang kaum yang Dia sendiri cipta!"..

*p/s bila nak buat perarakan menghantar memorandum kepada Tuhan sebab turunkan virus h1n1 ni...merugikan bisnes dan menjejaskan ekonomi nih!

Monday, August 10, 2009

Anwar memang pengkhianat Melayu!


kahkahkah! Ini taktik nak rendahkan standard Anwar. Masa Najib TPM dulu, Anwar banyak membantai Najib berbanding Pak Lah kerana Najib dilihat Anwar lebih berkuasa dari Pak Lah. Apabila Najib jadi PM, Muhyiddin coba-coba menjadi permaidani kepala rimau untuk Najib, biar Anwar lanyak dia berbanding boss dia. Dia pun melaung-laungkan "Anwar pengkhianat Melayu!" supaya Anwar terus melawan dia. Biar standard Anwar hanya lawan TPM dan bukan PM...Sentimen ini akan terus dimainkan ehingga PRU akan datang.
Macam Ezam dululah. Menyalak sama Anwar agar Anwar mengalih tumpuan kepadanya dari terus menyerang Dewa Bt Cave tu..
Akhirnya budak ni lingkup. Semua PRK yang dia sertai habis lingkup. Di manek Urai dia tak datang, Bn nyaris menang. Kahkahkah!..

Muhyiddin, kahkahkah! Cuba tanya budak-budak dan orang tua Johor, Melayu mana jual tanah kat Temasik? Semua orang tau lah..budak Parti Melayu Bebal je yang purak-purak tak tahu. Almaklumlah bodoh melantun-lantun.
Woi! Wak Sembab, kenyang sampai sendawa pasir nampak?
Oh Ya! Gua dengar anak lu nyanyi suara sedap? Bila nak masuk realiti TV?
masuk geng cakaprakyat group pun ok gak? Boleh kami bawak round Malaya bersama Meor, Black, Nik atau Pyanhabib.
Kita nyanyi lagu "Pasir Roboh" atau "Siapalah aku yang tak popular"

Surah Al Dewa Najib

"Demi Dewa Najib, Dewa penjaga Malaysia, Akan Engkau kami sembah dan akan engkau kami memohon pertolongan, kerana Engkaulah Dewa sebaik-baik pemberi rezeki. Barangsiapa tunduk dan patuh kepadamu akan beroleh kesenangan sepanjang keturunan dan barangsiapa yang engkar, akan digelar pengkhianat dan akan dihumbat ke dalam azab Ikut Suka Aku." - riwayat oleh makcik yang jadi orang tongah bawak Ros puaka jumpa bomoh.


gambar bawah:7 dewa penjaga 7 lapis bumi dan 7 petala langit


bodohbengapbebal!

kepada bebudak Melayu yang takde kerje dan nak berhimpun melaungkan Anwar pengkhianat ingatlah pesan mufti dan tokoh agama anda- HARAM! (MACAM GAMBAR ATAS)
ATAU
kata pecacai Raja Nong "ia merosakkan ekonomi.."

berhentilah jadi PENJILAT PARTI MELAYU BONGOK ..
Tuan kamu kaya kamu anjing penuh kayap!

Sunday, August 9, 2009

masuk tv..

..sedang bersiap nak masuk tv pagi kang dalam MHI tv3..
butang baju melayu aku mana Pah?

Saturday, August 8, 2009

mencari Tuhan dalam diri atau bertuhankan diri?

Manusia dijadikan Allah sebaik2 kejadian dan sesempurna mungkin lahir batinnya. Berbeza dengan iblis, jin, haiwan mahu pun tumbuh-tumbuhan, manusia sanggup memikul amanah mentadbir bumi ini. Makhluk lain tidak sanggup, mereka lebih rela membuat kerja mereka saja- menjadi cermin kepada manusia. Haiwan, jin, iblis dan tumbuh-tumbuhan tidak ada yang boleh menyerupai manusia sebaliknya manusia bisa saja jadi haiwan, iblis, jin dan tumbuh-tumbuhan. Jin terpaksa masuk ke dalam tubuh manusia untuk menonjolkan dirinya akan tetapi jika manusi a itu sedar akan ketinggian martabatnya tiada satu makhluk pun bisa merosakkannya.
Ketika selesai Allah menyiapkan tubuh Adam, ditiupkan rohNya ke dalam Adam maka hiduplah Adam dengan gerak-bergerak kerana rohNya ada di dalam. Iblis tidak nampak roh Tuhan yang tersembunyi di dalam maka dengan angkuhnya dia tidak mahu sujud kepada Adam.
Maknanya ada juga ciri-ciri Tuhan dalam tubuh manusia sebab itulah adanya dosa "Syirik". Kita adakalanya berlagak menjadi Tuhan menentukan nasib orang lain dan kita juga kadangkala takut dengan manusia yang berlagak seperti Tuhan, maka itu tanpa disedari kita telah mensyirikkanNya.
"Awaluddin Makrifatullah"- Awal agama mengenal Allah maka disuruh mencari akan kita kepadaNya dan kita hanya dapat mencari Allah melalui "kesan" yang ditinggalkanNya. Barangsiapa mengenal dirinya dia kenal Tuhannya. Kerana "Aku lebih hampir dari urat merih kamu'.
Di mana Tuhan? Bilakah Tuhan berkata-kata kepada kita? Atau dapatkah kita berkomunikasi dengan Tuhan ketika RasulNya sudah wafat hampir 2000 tahun dulu?
Ya! Komunikasi untuk mengenal diri. Haiwan dijadikan Tuhan untuk menjadi cermin kepada manusia. Melihat ular terbayanglah sifat pembelit bohongnya, melihat anjing terbayanglah akan kecerdikan bermuka-muka.
Sebab itulah Firaun lebih teruk dari Iblis kerana mengaku Tuhan dan meminta manusia menyembahnya sedangkan Iblis tidak pernah mengakui dirinya Tuhan.
Disuruh kita mengenal akan Dia agar pulang nanti selamat bersatu dengan keabadian tanpa mencacatcelakan kesucian wujudiah.

Friday, August 7, 2009

DEMO pagi Sabtu!!

terbaru dari kami..T-Shirt SPRM. RM29.00
dapatkan di koncozunar.blogspot.com




Sabtu pagi ni dalam pukul 10 aku berdemo di Pasar Keramat. Demonstrasi lukis kartunlaa...
bersama geng konco Zunar iaitu Azzam Supardi dan Israq..

Malamnya di DBP ada sambutan ulangtahun Pak Samad Said yang ke 76. Aku tak dapat pergi ..ada urusan!
Bersama jOnOs dan Art mungkin kami akan muncul di MHI TV3 Isnin ni membicarakan soal kartun dan karikatur..hahaha!

Thursday, August 6, 2009

Merak pulang ke kayangan!

Sebelum tidur isteri aku berkata,"Bang! Bila kita nak mati? Bosanlah hidup!"
aku jawab,"hmm..tak lama lagi kot!"

..subuhnya buka internet, Rendra pulang ke Rahmatullah!
Al Fatihah!

siri 1 AKU DAN KAWAN-KAWAN!

NORA
run Nora run! run for your life!




Ini siri pertama aku dengan kawan-kawan. Kali ini aku akan menulis pasal Norazimah Md Noor, diva reformasi.




video


Klip video di atas akan aku kenang sampai mati. Betapa beraninya wanita bertubuh kecil ini. Aku ingat lagi waktu FRU, SB mengganas dan menangkap reformis dan pemimpin seperti Pak Abu (Saari Sungib), Nora, Lau Teck Hai dan aku sekeluarga berundur ke dalam kompleks membeli belah tersebut. Polis, FRU dan SB mengerumuni dan mengekori kami. Kami sama-sama menjerit memarahi mereka kerana berasa tidak bebas bergerak dan mengapa sibuk mengikut kami. Salahuddin Ayub di sisi hanya tersenyum tenang. Ceh! Patutlah aku tak mampu jadi pemimpin sepertinya yang memang cool walaupun kesabaran sedang diuji. Nora kemudiannya ditangkap dan di bawa ke Balai Polis Subang Jaya yang terletak di Seri Kembangan. Tangkapan entah ke berapa kali baginya. Kami semua bergerak dan berkumpul di depan balai polis sehingga kawan-kawan kami bebas.

Itulah Nora. Jika ada sedikit kecut di hati sewaktu hendak berdemo aku termalu apabila teringatkan keberanian Nora dan semangat itu kembali pulih apabila mengenangkan kecilnya aku dibandingkan dengan kejantanan Nora. Rupa-rupanya Nora juga berkata jika hendak berdemo semangatnya akan berganda-ganda membara apabila mengenangkan anak-anak aku yang selalu kami usung bersama. Baru-baru ni Nora hadir menyokong kami mengadakan persembahan di Shah Alam sebagaimana dia datang ke Malam Seni Rakyat di Kajang bulan lalu. Sebelum itu agak lama tak bersua. "Tak ada demo, tak jumpalah!" kata dia.

Nora, jika anda rajin menyelongkar gambar-gambar lama sewaktu era reformasi menggulung akan terlihatlah kelibatnya. Gambar dia memimpin arwah Mak Yan, bonda Anwar, gambar dia di mahkamah. Paling gila apabila dia didera ketuk ketampi dalam keadaan berbogel sewaktu di dalam tahanan. Pernah dia dilokap seminggu dan anak-anaknya yang masih kecil tinggal di rumah begitu saja. Kawan-kawan seperti Nasir Isa, Gobalakrishnan (YB) lah yang menengok-nengokkan anaknya.

Aku kenal anak-anak gadisnya yang berdikari, pandai membantu ibunya mencari rezeki. Anak-anak ini akan mencium tangan kami suami isteri jika bertemu.

Kemudian heboh cerita Nora masuk UMNO. Aku tak hairan. Nora yang bermentorkan Ezam Mohd Noor kusangkakan mengikut jejak sifunya itu. kami ada di pejabat GERAK sewaktu Ezam baru keluar PKR untuk mendengar penjelasan. Tapi Nora hanya keluar PKR dan masuk PAS. Dia tak ikut. Dia ada prinsipnya. Apa yang orang tak kata pasal Nora. Dia seksilah, rambut peranglah. Tapi dia tak tunduk dengan manusia sebaliknya yang bertudung labuh atau berjubah ada yang takut ke jalanraya melebihi takut kepada Allah. Takut bisnes terjejas. Tapi Nora hanya penjual tudung dan selendang yang peduli hapa bisnesnya terjejas. Dia yakin sesungguhnya Allah pemberi rezeki.

Mengapa bising dan tuduh Nora masuk Umno? Nora hanya bekerja sebagai pencuci jamban (katanya padaku tadi) di pejabat seorang ahli UMNO. Aku kenal orang itu. Anuar Mohd Noor yang pernah mengusahakan laman web Umno Reform dan majalah Suara. Aku kenal dan pernah berbual dengannya. Memang dia Umno tetapi kami boleh berbual dan bertukar-tukar fikiran dengan cukup terbuka. Aku nampak semangat melayu Anuar Mohd Noor (entah kebetulan apa, Nora, Anuar dan Ezam sama nama bapa mereka) malah lelaki inilah yang menyumbangkan amplifier untuk pengamen Nik bin Jidan mengamen dengan lebih berkualiti lagi. Mana orang-orang yang kutuk itu? Mengapa tak beri Nora kerja atau menegur mulutnya yang capoi memaki polis. Mengapa bersungut di belakang saja? Kami sekeluarga tidak kisah siapa Nora kerana dia adik kami. Senakal-nakal Nora dia pernah membantu memberikan selendang dan tudung-tudungnya untuk kami mulakan sebuah perniagaan. Ketika rezekinya murah dan ketika kami kesempitan, dia membantu. Kami terhutang budi yang pastinya dibawa mati.



Nora! REFORMASI!!

akhbar Pakatan Rakyat!

Sudah sampai masa kerajaan Pakatan Rakyat bergabung menghasilkan akhbarnya sendiri untuk menjawab segala tohmahan atau fakta yang tidak betul terhadap pengurusan dan pentadbiran kerajaan PR.
Jangan harap media arus perdana memberikan fakta yang betul malah lebih teruk lagi menyebarkan berita-berita karut lagi hampas sehingga aku lihat Utusan Malaysia sudah jadi kotor haprak seperti sisa tuala wanita yang berhak dicampak ke dalam lobang jamban. Sisa tuala wanita pun ada gunanya sebab darah kotor tu boleh juga dihisap makhluk halus yang lapar kebulur.
Akhbar Sinar Harian juga bukan akhbar yang memihak mana-mana. Khir Toyo masih diberi peluang merepek sedangkan sial penyapunya dah lama melekat dan dia sepatutnya tak boleh bercakap lagi sekarang ni akibat malu dengan kes Disneyland, beli apartment di Mekah atau banglo mewahnya. Ini kerana tiada media Pakatan Rakyat atau media alternatif yang boleh menelanjangtoyolkan dia. Akhbar Harakah atau Suara Keadilan adalah akhbar parti, tak ramai yang berani membelinya. Akhbar ni pun dah jadi samdol, lembut macam tahi cirit. Pasaipa? Takut kena gantungkah?
Ada ramai pakar dalam PR malah ada blogger berkredibiliti boleh dipertanggungjawabkan untuk menerajui akhbar ini.
Permit? hahahah!!
Sejak bila kita kena patuhi undang2 sedangkan kerajaan Bini Najib tak pernah menghormatinya.
Gunakan akhbar ini untuk menyampaikan maklumat dan program2 rakyat yang telah dijalankan oleh kerajaan PR. Rakyat mana tahu air percuma, tuisyen percuma, program tabung anak warisan (TAWAS), bantuan ke IPT yang dijalankan di Selangor.
Cepatlah PR oii jangan dok lembab terhegeh2 sangat!
Lembab betullah korang ni!

Wednesday, August 5, 2009

sekolah rasuah dan tipu!

Kita sudah diajar rasuah dan berbohong atau dibohong sejak bayi lagi. Di rumah. Rumah adalah prasekolah yang pertama mengajar rasuah. Bila kita menangis, ibu menyuapkan puting kosong yang tiada zat dan khasiat pun ke mulut kita agar kita diam. Kita yang masih kecil tak tahu apa sebab kita diam bila disumbat puting, kita ditipu. Rasuah puting telah berlaku. Kemudian ibu bapa mengajar kita beberapa larangan "jangan itu" dan "jangan ini" nanti kamu akan itu dan akan ini..kita ditipu..
makan leher ayam nanti bersanding kepala teleng (apa masalahnya di situ?) atau budak-budak belum bersunat tak boleh makan pedal ayam nanti kulup liat terpaksa pakai kapak siam nak potong nanti.
Kita ditakut-takutkan dan dimomokkan. Jangan keluar nanti kepala disabit untuk dibuat jambatan atau kalau kita merengek di buaian, ibu kita akan berkata,"Momok! Ambik budak ni! Dia nakal ni!"..akibatnya sampai ke tua kita penakut pada hantu syaitan walhal hantu syaitan adalah makhluk paling hina. Kita letakkan ia di atas dan ia terus menghalang kita dari maju. Nak masuk hutan kena tabik datuk nenek, nak pindah rumah baru kena potong ayam. Nak tolong cabut uban tok atau pijak belakang bapak mesti dirasuah ais krim, keikhlasan berkhidmat tidak diterapkan.

Kita ditipu pada setiap masa dan di mana-mana. Jika kereta anda rosak dan anda hantar ke bengkel membaikinya, jaminkah anda pomen itu jujur membaiki apa yang perlu saja tanpa membelasah alat ganti yang lain? Atau anda dapat ikan yang segar dengan harga yang berpatutan di pasar tanpa ada rasa penipuan di situ?
Cuba perhatikan iklan-iklan tawaran harga istimewa di akhbar atau tv seperti pakej pelancongan, jualan murah, telekomunikasi adakah ia benar2 telus?
Betulkah ia murah atau anda kemudiannya dikenakan cas itu ini. Akhirnya muka kita juga yang kena tipu. Anak-anak juga dah pandai minta rasuah dan ugut mak bapak agar dibelikan motosikal atau handphone, jika tidak mereka tak mahu ke sekolah.

Sebab tu kena belajar agama sampai ke hakikatnya hingga makrifat akan kita dengan segala 'bunga-bunga'. Bila dapat keyakinan yang haq maka terhapuslah keraguan. Jangan sampai berkata,"Syurga itu adalah rasuah Allah untuk manusia menyembahNya!".

tolong cakap pada aku..

katakan pada aku berapa IPU sekarang ni?
Selamatkah rakyat Malaysia dengan jerebu yang menyesakkan jantung ni..
jangan sorokkan fakta..
jangan alih isu!!

lari lari lari..

depa kecoh dalam media depa pasai teruknya demo anti ISA haritu..
kah kah!
saja nak kasi korang lupa isu Beng Hock..
fokus semula!!

Tuesday, August 4, 2009

Man Ana?



Dalam bahasa Melayunya "Siapa Aku?" tapi Mat Saman Kati dah guna tajuk tu untuk bongkar dirinya. Sempena setahun berblog, aku ceritakan juga siapa aku. Sebenarnya Mat Saman Kati juga membakar inspirasi aku untuk berblog. Aku selalu mengomen dalam blognya tetapi aku gunakan bahasa yang pelik dengan ayat berbunga dan berbelit-belit. Sehingga akhirnya aku yang buta IT membina blog sendiri dengan konsep try and error. Kata Mat Saman Kati, dia lebih suka cara aku menulis komen di blog lamanya dulu, yang ada gambar papan tanda simpang ke Kati.



Aku gunakan nama "LABUN KULUPSAKAH". Ramai bertanya kenapa teruk benar nama tu? Ada juga yang tak tahu 'labun' tu apa? Ia loghat Perak bermaksud borak, cakap, sembang dan geromal.

Aku lahir di Kuala Kangsar 36 tahun dulu, bapak aku orang Sayong mak aku Bukit Chandan bawah istana tempat demo haritu, tetapi aku dibesarkan di Bentong, Pahang. Maka itu loghat Perak aku tak asli dan loghat Pahang juga kurang pekat. Aku bangga dengan dua negeri ini.

Kelakarnya nama sebenar aku serupa dengan nama sebenar MSK. KulupSakah pula adalah nama sebenar moyang aku, Melayu asli ketuanannya. Bapa kepada Putehyah, opah aku.

Rentak penulisan masih tercari-cari ketika itu. Aku mengaku terikut-ikut dengan gaya penulisan Adi Alhadi yang aku minati sejak kecil. Adi boleh menulis bermacam-macam cerita dengan berbagai nama seperti Akula M.D, Matt Romeo dan lain-lain. Juga seorang seniman yang pernah menjadi kawanku, Allahyarham Loloq dengan nama lainnya Kristo Bimbo, Nurbisa mahu pun Abdullah Romany.

Aku suka tulis dari berbagai angle. Sewaktu melukis kartun dan bikin artikel untuk Suara Keadilan aku gunakan nama Ronasina, kemudiannya bikin blog RONA-RONA DUNIA-lukisan kartun2 sempoi yang hanya siap dalam masa kurang 10 minit. Itu semua lukisan dan blog koleksi kartun, gambar dan karikatur aku letak di blog RONDA-RONDA DUNIA.Aku pernah jadi Joe Rock- blog Mat Saleh kutuk Melayu yang anehnya ada orang yang ambil serius tanpa memahami seni penulisan. Ada yang kutuk sampai menghina tapi kita mesti gentleman- berani mengkritik dan dikritik lalu mengkretek. Joe Rock sebenarnya memaparkan kelemahan melayu dan juga kebodohan Barat. Kata blogger Mat Comot "kepala hotak kau terbahagi lapan agaknya!"
Akhirnya sukar nak jaga ke semuanya. Untuk ke alam yang satu lagi, surealisme aku menjadi Wak Jono- blog yang sukar difahami dan ada pengikut tersendiri sehingga menjadi saudara. Hari ni aku memberhentikan sejenak tulisan di situ kerana bagiku apa yang ditulis di sana masih belum selesai difahami. Jadi fahamilah dulu.

Akhirnya "labun KulupSakah" membentuk identiti sendiri kerana ia dah bebas dari kepompong yang aku bina sendiri. Di sini boleh juga membicarakan apa saja- politik, agama, seni atau apa saja..

cuma kalau tulis berat2, kurang responnya...






Monday, August 3, 2009

malam minggu hari tu..

Ini Fared Ayam, aku suka cara dia..cool! Lenggok badan dia lembut menggoda hihi! Dia dan kawan dia bikin majlis happening!


selepas berdemo, kami menghiburkan rakyat dalam slot seni untuk rakyat dan seni sepanjang zaman 1 dan 2 Ogos 9-11.30 malam di Dataran Shah Alam. Dari tingkat 22 Hotel Quality (tempat kami berhimpun sewaktu ura-ura Anwar nak ditangkap kes liwat Sepol dulu) persiapan dilakukan..




PUISI bermaksud Perut mesti diISI dulu..Pyanhabib sedang mengisi ilham ke dalam perut..





Gurdesh, Nik dan Meor sedang praktis, mengasap senjata sebelum perang..


Osman Kering memulakan acara dengan mengarutnya..



Situasi ni sukar nak berlaku lagi..aku, Eddie kumpulan KAKI, Danny Gurdesh, Meor, Airmas dan Nik



Airmas pulun Sentimen, AinNadilah, 2 keping syiling baru dan Amnesia..




brader Pyanhabib belasah "Belalang Kupu2" dengan "Seluar Dalam" sampai tergolek2 atas pentas kahkahkah!


Danny Gurdesh diiringi Meor nyanyi 4 lagu- Fly,Mystery (nanti aku updatekan tajuk yg lain..lupa lak)



Nik macam biasa, Terang Bulan, Bendera negeri, Bersiaplah Untuk Sebuah Revolusi dan Nyanyian Para malaikat..(maksud aku macam biasa ialah Nik memang hebat seperti biasa yang dia lakukan)


aku suka gambar di bawah ni nampak macam aku penyanyi utama kah kah! sedangkan aku back-up Meor dalam lagu Syuhada Memali. Sebelum tu Meor balun Sofa Biru dan Sehabis buku yang kau baca..


kami lepas geram lagu ISA, banyak benda yang digeramkan! Hahaha!




2 Ogos show diteruskan. Aku panggil USRATIKA, grup anak muda yang aku gelar muslim rugged, mereka tampil yakin dengan konsep mereka. Aku senang dengan anak2 muda yang punya idealisme. Kami setuju bekerjasama lagi lain kali. (Usratika dan aku hampir berjoget riang waktu DENDANG ANAK menyanyi.)


Ya! DENDANG ANAK dari Terengganu bikin malam tu semakin menjadik selepas Usratika membalun! Aku dah yakinkan penganjur akan persembahan kawan2 kami dan malam tu buktinya!
Terkejut dengan pengakuan Mr.Tan yang incas sound system, dia kata pada isteri aku, 24 tahun dalam bidang ni dan dari show yang sebesar -besar bintang seperti Siti Nurhaliza hinggalah sekecil2 taik bintang pernah dia handle, tapi dia kata semuanya berlalu begitu saja. "Tapi malam ni saya pasti tak tidur malam. Damn Good guys! I was so lucky to be here!"
katanya lagi, "Saya tahu apa yang kamu mahukan!"

Christina dan Nicole, pelajar German yang belajar bahasa Melayu di German turun mendapatkan kami. Dia borong album Nik dan kawan-kawan. Mereka dengar kami sebut "Isa! Isa!" dan mereka tertarik. Mereka boleh berbahasa Indonesia selepas hanya 4 minggu mempelajarinya.





Nicole dan Christina juga bertandak waktu DENDANG ANAK perform. Ya! German memang dah lama mengiktiraf kesenian dan kebudayaan.


video

video