kisah 1
makanan di restoran dia boleh tahan, selalu jugak teman anak beranak makan di kedai mamat ni..masakannya masakan melayu sebab dia orang melayu, pelanggannya majoriti melayu..
istimewanya setiap Isnin ada potongan harga untuk pelanggan warga emas 60 tahun ke atas! Hebat dan promo itu ditampalnya di dinding restorannya..
"Boss! Alamak..kenapa promosi warga emas tu dan menu2 ditulis dalam Bahasa Inggeris ha? " sindir isteri teman.
"oh takpe! lain kali kami tukar ke BM" jawab tauke dengan muka sempar, muka orang sakit gigi..
kisah 2
malam lain, sewaktu memesan makanan untuk ditapau, tauke ini kelihatan agak 'panas' melihat teman memakai t-shirt "Mansuhkan ISA"..
"how old are u? i mean how young u are?" soalan perangkap dari tauke ni kepada teman dan bila teman menjawab, dia terdiam- mungkin tak menyangka umur teman tak jauh beza dengan dia lalu dia bertanya soalan lain..
" di mana kamu tahun 98? adakah kamu berada di rumah Anwar sewaktu dia ditangkap dan adakah kamu berada di kg.baru semasa zaman reformasi?"
"98 aku di Pahang, kg baru rumah no2 aku, setiap hujung minggu aku di KL !"
dia menyambung,"aku juga ada di situ tapi bagi aku Anwar bukan seorang yang berani dan belum cukup berani!"
teman cakap,"ya! bagi aku dia seorang politikus bukan revolusioner!"
dia kata," sepatutnya semasa menjadi TPM dan Menteri Kewangan adalah kesempatan terbaik untuk dia gulingkan Mahathir tapi apa dia kata? Anwar kata dia masih hormatkan Mahathir seperti bapak dia walhal orang macam Mahathir tak boleh diberi muka!"
"sekurang2nya dia lebih berani dari orang lain..seperti Dolah, Najib, Ku Li dan lain2, aku tak taksub dengan Anwar tapi Anwar ada 'touch' dengan rakyat, mereka yang lain 'jauh'!"
..mamat ni barangkali bengang dengan teman dengan isteri teman tempohari agaknya lalu cari peluang nak 'bedal' teman. Tiba2 kawan dia di meja berdekatan berkata pada teman, "ISA walaubagaimanapun tak boleh dihapuskan kerana ada kes yang tak perlukan bukti dan tak perlu diselesaikan di mahkamah!"
teman jawab,"Allah pun bicarakan hambanya di Padang Mahsyar walaupun dia Maha Mengetahui siapa yang layak ke syurga atau ke neraka tanpa hisab, tapi demi menegakkan keadilan Dia bicarakan! Kita lebih hebat dari Tuhan!" "Islam bukan agama bacul yang berlindung di balik ISA kerana Islam adalah agama yang memberi keadilan kepada insan sejagat!"
si B berkata' "betul! Tapi tak boleh dilakukan kerana kita negara sekular!"
teman jawab, "ulama muktabar berpesan, "amatlah malang jika seseorang muslim itu tiada langsung sekelumit di hatinya ingin melihat hukum Allah ditegakkan di atas muka bumi milik Allah tuhan yang disembahnya dan yang memberikan kehidupan, rezeki dan nikmat kepadanya!"
..mereka hilang suara sambil mata meliar ke dinding dan ke dapur..mencari nas agaknya di situ..
""terima kasih! Aku balik dulu!" kata teman..
9 comments:
bro! lu da tak demo tadi?
ada..pedih mata lagi ni, tapi maleh aa nak tulis pasal tu..tengok blog lainlah..
hehehe..
masa blah bayar tak?
jgn tak bayar...
hehehehe...lawan tetap lawan bro! kasik pecah laa dengan mamat2 yg otak singkat tu...
kulup penipu..labun buah pelior
lu pendemo tegar, berdemo udah la... tak payah tuleh, heh he!
hahaha..terkena gak diorang tu..pandai2 je cakap huhud tu agenda pas..kalau bukan orang islam yang nak tegakkan sapa lagi??
padahal sendiri pun cakap omputih tak betul tapi nak banggakan bahasa penjajah hahahaha..
dalyanoon,
tenyeh kad kredit
hijat,
well, u know me..aa..er..ahh!
anonymous,
itu je bahasa yg mak ko ajar?
bro pyan,
gua konpius, gua pendemo yg rajin menulis atau penulis yg rajin berdemo..heh he! handphone dah repair?
gerimis,
bebudak tu hapa yg dia tau?
pasal ISA ni ramai yg berhujjah berpandukan logik akal termasuklah ustaz2 umno dan ulamak periuk nasi,dengan orang jahil agama boleh la..... tapi bila berhujjah atas nama keadilan Allah takde sapa yang berani menyangkal... walaupun dalam hati mereka bersetuju ISA itu zalim mereka tetap menggunakannya kerana itulah talian hayat yg tinggal utk menutup mulut musuh2 politik mereka.
Post a Comment