Thursday, March 12, 2009

Ketua Pemuda: Peluang Mukhriz tipis!



sedang aku minum teh tarik di kedai Nasir, seekor langau gemuk dan seekor kutu agak kurus sedikit minta izin tumpang duduk semeja kerana meja lain penuh. Aku mengangguk dan terus minum, buat tak tahu dengan mereka sambil memikirkan apa nak tulis entry hari ni. Jadi blogger ni kadang2 dah macam satu profesyen, kalau tak tulis sehari rasa bersalah pulak. Macam kuli syarikat pulak. Lagipun kalau tak tulis, susah pulak hati jejaka kacak rongak tempohari..

"campaign manager kita nampaknya dah give up! Riz tak boleh gi!" kata sang langau. Aha! Puak gerombolan mereka berdua ni. "Mukhriz tak main duit! Masalah tu! Macamana dia nak beat KJ dengan Dr.Khir?"..


" Peluang Khir Toyo jadi Ketua Pemuda cerah! Sama macam Ali Rustam dengan Mat Taib !" kutu tersengih-sengih sambil mengelap peluh di dahi. Macam bangga pulak dia berkata-kata sambil terangguk-angguk memandang aku.


Langau berkata," tulah pasai...heisyy!! Susahlah macam ni.."


"Mat Taib ada chance? Macam tu punya haprak pun boleh sangkut lagi?" tanya aku sambil menghirup air yang entah apa-apa rasa. Teh kedai Melayu memang hancus. Barangkali gerombolan harus memperjuangkan 90% kuota bumiputera dalam membancuh teh tarik.


"Isy! Dia kuat lagi bang! Tulah silapnya boss kami, Mukhriz- konon tak mau politik wang, tapi nak buat camana, UMNO dah berkiblatkan duit!"..kata si langau. Yang ni aku setuju 300%. Pengakuan ikhlas lagi tulus dari ahli gerombolan.


"KJ punya peluang macamana?" pancing aku.


"Susah nak cakap, bintang dia malap macam pak mertua dia! Tapi masa ikut kawan saya punya catering kat majlis open house raya dulu di Putrajaya, Khir Toyo ada dok semeja dengan KJ, kawan saya curi2 dengar diorang sembang camana nak kalahkan Mukhriz!" kutu bercerita. Memang dia ni kalau bercerita macam bangga yang dia tahu semua.


"jadi ke Pak Lah turun?" tanya aku. Langau jawab,"Kami takde hal punya bang. Dalam politik ni yang mana kuat kat situlah kita condong. Nak hiduup! hahaha!"..


Kutu pun menyambut ketawa sebelum bertanya, "Abang Umno cawangan mana?"


ek elehh...!

10 comments:

al amin said...

ya bebeno labun meke ni.
ngelengngeleman teman mendengonya.

pada teman elok bebeno UMNO baru tu ruyuk, baru kite boleh menengok peminpin melayu munafik.

sama-sama lah kita doakan umur UMNO tu pendek , seelok-eloknya sebelum PR 13 ni.

Hidup kulop Sakah..........!

kulupSakah said...

buat masa sekarang janganlah berkubur, bior dia semput dulu..bior jadi hiburan dulu

Anonymous said...

Abang Umno cawangan mana.. lain kali jawab la kampong dusun....

sandalkoyak said...

hahaha......siapa menang?
mereka yang paling bg banyak duit.
kempen manager mukriz utk peilihan umno ialah dua orang budak puteri dari kedah.

Anonymous said...

pheww..!! cun gile siot bini mukhriz. macam film star bollywood beb..

ini macam punye kualiti kalau mukhriz tak menang ketua pemuda tak tahulah apa nak kata.. heehehee..

Anonymous said...

ye lah..pasaipa puteri gerombolan dan isteri pemimpin gerombolan rambut selalu karat? kePuanan melayu ke?

Anonymous said...

Bukan xnak men politik wang,tp wang xde .. Kan adik beradik Mukhriz sume businessmen "daddy kasi".. Xde daddy xde wang la..

Anonymous said...

..kutu dan maggot tu wajib disembur dengan racun makhluk perosak!!

Anonymous said...

memang kepuanan melayu!!

kepuanan melayu umno terakhir!!

kalau tak karat tak glem beb.. nanti laki depa cari mak we cun lain pulak..

EQUILIBRIUM said...

langau 2 ekor tu ntah2 sb kot muahahahha. depa kenal dgn mike kot hehehehe