Tuesday, March 3, 2009

Pemilihan Umno: pencacai guna taktik menangguh cara teknikal!

Perintah injunksi jika pemilihan Umno tidak ditangguh
Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB
[DIKEMAS KINI] PETALING JAYA: Dua ahli Umno hari ini menggesa supaya perhimpunan agung parti itu yang dijadual hujung bulan ini ditunda supaya kes-kes politik wang yang dikemukakan kepada Jawatankuasa Disiplin dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat diselesaikan.
Ketua Cawangan Umno Muar, Datuk Kadar Ninam Shah dan ahli Umno Subang, Datuk Mazlan Harun mahu mendapatkan perintah injuksi mahkamah sekiranya semua kes politik wang gagal diselesaikan sebelum perhimpunan agung.
"Kita menggesa supaya Perhimpunan Agung Umno ditangguh supaya tindakan dapat diambil untuk menyelesaikan laporan yang dikemukakan berhubung politik wang sama ada kepada SPRM atau pun kepada Lembaga Disiplin," kata Mazlan pada sidang media di sini, hari ini.
Mazlan yang juga bekas Exco Pemuda Umno berkata, mereka sedia berhadapan dengan tindakan tata tertib daripada parti berikutan tindakan mereka mahu membawa kes itu ke mahkamah.
"Kalau kita mahu kemukakan ke mahkamah, ia mesti ada asas undang-undang dan kita percaya, kita ada kes prima facie.
"Bagaimanapun, kita belum sampai ke tahap itu lagi.
"Kita menunggu reaksi daripada pimpinan tertinggi Umno. Jadi kita gesa Majlis Tertinggi Umno untuk mengambil berat perkara ini.
"Bagaimanapun, kita bersedia (menghadapi tindakan)... saya tidak kisah (jika digugurkan keahlian) kerana banyak lagi parti pembangkang yang menunggu tapi saya sayangkan Umno," katanya.
Katanya, gesaan untuk menangguhkan perhimpunan agung itu logik kerana beliau yakin SPRM atau Lembaga Disiplin tidak akan dapat menyelesaikan kira-kira 1,000 aduan yang diterima.
"Saya tidak nampak ia boleh diselesaikan (sebelum 24 Mac) dan kerana itulah kita mahu ia ditangguhkan. Kita mahu Umno dibersihkan dahulu," katanya.
Beliau berkata, tindakannya menggesa perhimpunan agung ditangguh bukan bertujuan untuk menghalang peralihan kuasa daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Timbalannya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Sementara itu, Kadar Shah berkata, mereka turut merasa kecewa kerana SPRM yang sebelum ini dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah tidak mengambil tindakan berhubung laporan mengenai penyalahgunaan kuasa di peringkat tertinggi Umno.
Katanya, beliau dan Mazlan telah membuat laporan mengenai Perdana Menteri dan timbalannya berhubung politik wang dan penyalahgunaan kuasa pada 4 September lalu namun sehingga kini tiada sebarang tindak balas positif berhubung perkara itu.
"Oleh kerana Perdana Menteri telah berjaya menubuhkan SPRM yang diuar-uarkan berkredibiliti dan boleh dipercayai, maka saya ingin laporan itu disiasat segera," katanya.

hahihuhehuhuheha!
kan teman dah khabor dalam entry sebelum ni, anonymous kata teman fitnah dan gile meroyan..teman kate 80% mesyuarat tangguh andainya 20% usaha injunksi dilakukan..bukan teman cedok mane-mane tapi khadam yang cuci bantal pak lah khabor ke teman..mike yang bername anonymous camane buleh tak tau padahei deme totok..
oghang seperti kami tahu kerane kami takde apa-apa kepentingan, kalu PR lorat pun kami tibai tapi kamu jilat semacam walaupun salah! kamu yang gile cempere!

*tapi jadi ke tak jadi ke teman tak pedulik..melingkup pun tak pe! nak buat penama?

3 comments:

sayajiwatenang said...

betul ke SPRM nk siasat kes rasuah pencacai UMNO..??
bunyinya pelik sekali mas...
seperti gue bukan di negara malaysia...
setahu gue, SPRM tidak mahu menyiasat kes-kes rasuah UMNO..??
bagaimana sih...
ha..ha..ha..

ronasina said...

jadi mcm kes curi pisang hakimnya beruuk

Zackry said...

Salam Bro,

Macamana SPRM nak siasat kes um-NO kan Pengerusi SPRM tu banyak terhutang body kat PM pasai kes anak dia kaki Porno tu.

Polis dah tak boleh nak harap jadi pencacai um-NO jek, KP dia pun ada kes yang tak selesai.

Dah semua dah semua tehutang BODY ngan PM, jawapnya senyap je la.

MALAYSIA KU...