Friday, March 20, 2009

TIPU HELAH LANUN

BANYAK TIPU HELAH DALAM DUNIA NI. Tipu helah paling besar ialah tipu helah orang2 yang rasa berkuasa untuk melindungi kebejatannya atau ingin terus menghisap darah yang lemah.
Perkara yang nampak kecil tapi dah jadi 'lauk' kehidupan kita hari ini ialah tipu helah 'penampilan imej'.
Puak-puak atasan cuba mensucikan imej mereka dengan mencipta 'etika berpakaian' dan menghadkannya di tempat2 yang digazetkan spesel dan elit. Ini mencipta kasta. Mereka mencipta watak hebat apabila berpakaian tuxedo, duduk di tempat eksklusif dan elit dengan protokol2 yang merimaskan walhal mainan harian mereka adalah kuasa, wang, wanita, duit kopi dan sebagainya.
Berambut panjang, rugged dan sempoi adalah imej kelas kambing yang tak sesuai berada di kelab mereka. Ia digambarkan ganas, jahat dan liar. Dadah, seks bebas dan kegiatan tak bermoral mereka dihumbankan kepada golongan ini. Bukan itu saja,sifat rendah pemikiran dan kolot ditransformasikan kepada golongan kopiah, purdah dan berserban agar mereka lebih dilihat mulia. Tak hairanlah nasihat ulama selalu dibakulsampahkan.
Aku kadang2 tertanya2 siapa yang mula mereka2 berkot dan bertalileher itu pakaian rasmi walaupun di tengah panas terik sedangkan ada pemimpin dari luar negara seperti dari Afrika Selatan selesa dengan pakaian kebangsaan mereka.
Aku teringin berambut panjang tapi terhalang. Paling panjang rambut aku adalah seperti gambar di kepala blog ni. itu pun ketua aku dah jeling. Suatu hari nanti aku akan berambut panjang walaupun sudah putih.
"SEBAB TU AKU TAK NAK GUNTING RAMBUT, TAK MAHU ORANG 'PEGANG' KEPALA AKU!"- rozana cinta 87

9 comments:

ISA said...

Itulah budaya sekular/penjajah yang berjaya diterapkan dalam mentaliti orang melayu oleh british dulu.

Hingga menjadi ikutan, lu perasan tak? bila lihat seseorang tu pakai tuxedo atau Kot macam-mana lagaknya.

Orang tu akan merasa bangga, dan dari situ sudah ada tanda riak dan takbur kononnya dia hebat...

kulupSakah said...

baju lawa otak huduh

Cob Nobbler said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Cob Nobbler said...

beb,bile2 mase kita street theatre nak?aku tengah cari kaki ni.hahaha!jom jom!

kulupSakah said...

nami,
canteek idea tu..tq

tok iskandar said...

Semalam tok baca paper malay mail.
ada pulak berita tentang MARA tetap nak beli sut angkasawan berharga RM185 ribu walaupun dah ada model sut angkasawan di planetarium.

tok nak pesan kat Noh Omar kalau nak beli jugak pakailah duit sendiri.ada pemerhati politik kata noh omar nak bodek najib dan peluangnya untuk menang MT lebih cerah.

Tok dengar satu berita hangat tian chua dapat sumber khalid nordin booking 70 bilik hotel untuk UMNO Bahagian Pasir berharga berharga RM165 sebilik gunakan letterhead Kementerian Pengajian Tinggi.

Ini kira salahguna kuasa.Elok kengkawan bloggers siasat semua hotel di sekitar lembah Kelang yang telah dibooking oleh pemimpin-pemimpin UMNO untuk anak buahnya.

Kalau booking untuk perwakilan bolehlah dianggap rasuah.yelah bagi RM200 untuk duit minyakpun kantoi,ini pulak RM165 sehari untuk bilik hotel.

Elok MP Pakatan Rakyat bangkitkan perkara ini dalam parlimen.Lepas check out hotel,boleh periksa bayar guna duit kerajaan atau duit poket sendiri.Bukan sikit RM165 untuk 70 bilik semalam.Kalau Khalid Nordin sangkut,sorang lagi anak buah Pak Lah terbarai selepas Wan Farid,Norza,Azlina dan Ali Rustam.

Bahaya penangan Najib yang mendapat nasihat mentornya dr Mahathir.Tok dapat berita sambung balik kes bicara sembur mata dr mahathir dengan spray lada.

daLyaanoon said...

osman : lu taktau ke, di Malaysia ni, bila sudah top mesti jaga imej.....tak bleh naikbas mini lah ntah apa lagi...

IndukYati said...

Salam Semua
Tok Iskandar..zaman duit melecet nie...puak yang dapat gi Perhimpunan nie mmg suka dapat bilik sponsor...kalu nak kena kuar dari poket sendiri...alamat mampuihhh laa ..pak menteri nie nak kekalkan kuasa kat atas...Kita tengoklah nanti Rais Yatim...dia nie yang selalu bising pasal Rasuah dalam UMNO...nanti bhg dia nak pi PWTC sok..mana nak 'diarahkan' tompek tido nyer...takkan lah nak suruh depa pakat2 kuar duit sendiri....nak mampuihhh

Term Papers said...

Nice musical concert. Really exciting post. Thank you.