(sapa nak lirik lagu yang baru aku bikin? haha! Meor pun reject nih!)
PENDEKAR TAHI KUCING
Kalau tak kenal yang mana satu
keris adat atau keris beradu
jangan sembang soal maruah
jangan bicara tentang darah dan tanah
mengaku rimau tapi mengiau
nampak anjing mengapa terkencing
depan marhaen bermuka seposen
ada ruang belasah komisen
Hoi pendekar!
pendekar tahi kucing!
nasib kau baik diselamatkan loceng!
Hoi Pendekar!
pendekar tahi kucing!
jangan sampai kau disumpah tak boleh kencing!
nget nget nget tali gasing
siapa lengit tak boleh main..
6 comments:
"mengaku rimau tapi mengiau
nampak anjing mengapa terkencing
depan marhaen bermuka seposen
ada ruang belasah komisen"
Provokasi ke Tuan? Tak baik cari musuh. hehehehe...
sekadar mencontohi Hassan bin Tsabit, sahabat Baginda SAW
Okay tu Tuan. Cuma, kita tetap dan masih bersaudara. itu paling penting.
sedara yg baik begitulah!
Kalau tak kenal yang mana satu
sila tunjukan kepada ku
keris adat atau keris beradu
itu senjata pusaka zaman dolu
jangan sembang soal maruah
kerana sifat mu cepat marah
jangan bicara tentang darah dan tanah
belum berjuang sudah mengalah
mengaku rimau tapi mengiau
sebab belum apa kau dah keriau
nampak anjing mengapa terkencing
Anjing kurap sekeliling
depan marhaen bermuka seposen
cari idea macam mana nak pusing
ada ruang belasah komisen
hidup senang masa depan terjamin
Hoi pendekar!
Jgn buat kelakar
pendekar tahi kucing!
Tinggal di Flat jln Kucing
nasib kau baik diselamatkan
Kerana masa tu ada van keselamatan
loceng!
Buat kau pening!
Hoi Pendekar!
Jagan buat kelakar
pendekar tahi kucing!
Yg.dah sampai masa untuk pencen
jangan sampai kau disumpah tak boleh kencing!
Baru kau tahu sakit berguling guling.
nget nget nget tali gasing
Rebah tersungkur kat jalan Gasing
siapa lengit tak boleh main..
Kelak ketulah berjalan tak bole pakai kain.
improvisasi yang menarik!
Post a Comment