Tanya puak2 yg pertahankan PPSMI setujukah Sains dan Math diajar dalam Bahasa Arab?
Bahasa Arab bahasa Al Quran yang penuh ilmu dan bahasa rasmi Hari Qiamat..
tokoh Sains dan Matematik siapa? Al Khawarizmi, Al Biruni, ibn Sina, Al Kimiai, Al Jabar..
ANGKA2 1,2,3 yang diangkat dari India melalui 'huruf debu' asalnya huruf Arab..
Barat kuasai ilmu tersebut kerana mereka bayar MAHAL kepada penterjemah mereka.Mereka kuasai sebab mereka TERJEMAH ke dalam bahasa ibunda mereka.. mereka terjemah ilmu2 dari tamadun Islam, Greek, Rom Yunani dan Parsi..
kita?hehe!
harap baca Quran dari kecik sampai tua, tengok Hindustan sampai nangis2, sekeliling ada orang cina dan india, hafal lagu inggeris, tengok drama latin, korea, siam dan filipina..
..satu bahasa pun tak dikuasai..
HAMPUGHAIHH!!
9 comments:
Tanya la puak-puak yang nak mempertahanakan bahasa melayu, mahu ke deme?
teman dah bagi jawapannya dalam konsep 'terjemah' tadi..untuk maju dan menguasai ilmu itu-ia mesti diterjemahkan!
sukar utk kuasai sains dan math dlm bahasa yg bukan ibunda mereka..tapi budak2 yg pandai (potensi manusia berbeza) tiada masalah walau bahasa apa pun..yg lemah akan jd lebih susah..akhirnya inggeris lemah sains math hamcur..
sila lihat sendiri di sekolah, jangan baca graf tu..
dalam bab bahasa arab ni,teman cuba cadang pd penyokong ppsmi kerana hujah deme B.I bahasa ilmu, jadi teman anjurkan agar diajar ke dlm bahasa ilmu di dunia dan akhirat baru best.
teman rase- penyokong dan pembantah ppsmi pasti tak setuju usul ni.
nak faham bahasa rab lain - bahasa Quran lain sebab Arab pun tak paham isi Quran...kurikulum harus digubal utk anak2 islam lebih hebat menguasai bahasa quran dan agama
Aku tak kisah dalam bahasa apa pun, yang penting perlaksanaan dan sistem pengajarannya lengkap.
Bahasa Melayu takan pupus selagi setiap orang melayu masih bernafas. Melainkan melayu yang berlagak omputih.
En Desperado,
awak ni org cakap bahasa apa pun awak takkan paham sbb awak tutup pintu hati pada kebenaran. bacalah betul2 apa yg LSK tulis tu.
isa
ramai dah melayu gitu..rambut kuning pastu ajar anak dia cakap omputeh bersungguh2..
kat kedai aku dulu ada sorang ibu menyuruh anak kecilnya menanggalkan kasut masuk ke kedai aku dengan berkata, "open your shoes!"..
aku yang panas cakap kat bini aku, "please open the fan, hotlah!"
tgk klip ni...
http://www.youtube.com/watch?v=Gelwim7exko&feature=channel_page
tapi kesian murid luar bandar...takde tuisyen...lainlah kat bandar...
belah cerok sarawak...berapa besar sarawar tu...dah tak paham inggeris, terjemah melayu tak bleh gak...akhirnya cikgu kena guna bahasa iban.
subjek2 aplikasi ini perlu belajar dlm bahasa ibunda...
sebelum dilaksanakan PPSMI ada 2 golongan...(untuk sains sahaja, bleh juga utk perbandingan matematik)
1)tak suka sains
2)suka sains
setelah dilaksanakan...
ada 3 golongan
1)suka sains mahir inggeris
2)suka sains tidak mahir inggeris
3)tidak suka sains tidak mahir.
inggeris
natijahnya...lebih teruk lagi
Hishamudin dah kena tempias GMP(gerakan mansuhkan PPSMI).tak kena gaya berkuburlah impian sepupu Najib ni nak jadi Naib Presiden UMNO.
Ramai pemimpin UMNO tak suka dengan kelakuan menjolok mata Hishamudin yang derhaka pada arahan Pak Lah agar isu PPSMI ini diselesaikan segera.Muhyiddin sendiri sependapat dengan Pak Lah dan hari ini Rais Yatim pula bersetuju Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Melayu.
Dalam seminggu dua ni,tok percaya Hishamudin akan dikritik oleh pemimpin-pemimpin UMNO.Lain kali buat lagi bodoh sombong.Setahu tok Hishamudin ni nenek moyangnya berketurunan Turki.Dia sendiri tak reti cakap Turki.Cubalah fikir,kalau dah sains dan matematik diajar dalam BI,lama-kelamaan generasi akan datang tak reti berbahasa Melayu.bukannya phobia tetapi ketaksuban sebahagian pemimpin UMNO dengan PPSMI menyakitkan hati rakyat semua.
Perancis,Jerman dan Jepun tak ada masalah belajar sains dan matematik dalam bahasa ibunda mereka.tak payah jauh kat sini Thailand dan Indonesia pun tak ada masalah belajar sains dan matematik dalam BI.Di England dan AS berapa ramai yang menganggur,x ada keja dan buta huruf biarpun belajar sains dan matematik dalam BI.
Itulah UMNO.....kehendak bangsa sendiripun tak faham.Dengar lagi cakap mamak Mahathir tu.Dia sendiri tak reti cakap tamil biarpun keturunannya berasal dari India.
Bahasa jiwa bangsa.UMNO bukannya ada perjuangan nak memartabatkan bahasa sendiri.Membakulsampahkan bahasa sendiri adalah.Datuk Dr Hassan Ahmad yang mengetuai GMP bukan calang-calang orangnya.Pernah jadi ketua pengarah DBP dan bekas duta Malaysia ke UNESCO.nama-nama besar seperti sasterawan negara Datuk A.Samad Said dan Profesor Emeritus Nik Safiah karim dan lain-lain lagi.
Kalau cendekiawan dan tokoh bahasa Melayu sanggup turun ke jalan berdemo mempertahankan bahasa Melayu,maknanya masa depan bahasa Melayu semakin tergugat dan kelam.
Apa yang UMNO buat.cakap je perjuangkan nasib Melayu.buat bodo dan buat dono adalah.Kenapa tak yakin dengan bahasa sendiri.Tok tak nampak pun hari tu Pekida,Pewaris atau Perkasa turun berdemo.Mereka ni semua bukannya anak jantan.kalau dah bangga sangat dengan bahasa inggeris,korang mintaklah warganegara Australia,UK atau USA.
Kalau berani,tok nak hishamudin dedahkan segera hasil kajian PPSMI.Jangan lupa juga dedahkan berapa kos perbelanjaan untuk PPSMI.Kroni siapa yang dapat tender bekal cd,laptop,perisian,buku-buku dan macam-macam lagi.benarlah kata Profesor dr khoo kay kim,polisi pelajaran negara ditentukan oleh ahli politik dan bukannya tokoh akademik.
Isu PPSMI menjadi bukti UMNO bukanlah Melayu sebenar tetapi memelayukan bangsa Melayu.UMNO dah jadi haprak dan shit seperti buku yang dikarang sasterawan negara datuk shahnon ahmad.
generasi muda malu melihat UMNO dan malu menjadi ahli UMNO.Tok faham UMNO malu untuk memelayukan parti mereka menjadi pekembar.mana glamor nama tu.wakakakak.pinjam gelak raden jowo
sepupu teman yg keje kat lab di sekolah blh cakap kat teman nak sgt dia pi parlimen cakap sendiri dgn menteri betapa hampasnya Sains dlm BI sbb cikgu2 ngajar pakai slide murid nganga2..cikgunya pun
2x5.. bila tak dak elektrik dah tak dpt blaja apa..
Depa yg cikgu pun dh byk merungut sbb kepala depa dh naik mereng dgn kerenah ppsmi yg tak lancar!
yap...mane mungkin bebudak nak tangkap sains n mate dlm bi nih. Aku pon jenuh gak ngajar anak2 aku dlm bi biar depa paham...oklah gak sbb aku kat bandar. Wa xdpt bayangkan kalu mak bapak kt kg nun...tekial2 depa nk terang kat anak2 depa dlm bi....Wa rase le ape yg ptg mate pelajaran bi 2 sendiri kena up grade.
Post a Comment