pagi tadi sewaktu duduk di bangku ngeteh, kawan aku yang menyelak Berita Harian (ceh! dok baca lagi paper yang dah jadi 'kecik' nih!) berkata:-
"Haron Din tak setuju Allah digunakan oleh agama lain terutamanya Kristian!"
"bukankah itu tandanya semua agama menerima Allah tuhan sekalian alam," aku menikam..
"Tidak! Kata dia (barangkali kawan aku ni pengkagum Haron Din sebab semuanya kata dia-bukan kata dari dirinya) ia akan mengelirukan anak2 kita suatu masa nanti! Kalau satu hari nanti Kristian kata Allah ada tiga (konsep trinity) anak2 kita akan percaya!"
- aku malas nak undang kontroversi walaupun aku ada hujah sendiri, hujah seorang budak bernama "Kulup"..
katanya lagi,"Haron Din kata (Haron Din lagi..) ini mesti perancangan jangka panjang musuh untuk sesatkan kita. Mereka selalunya ada rancangan!"
"Apa rancangan kita pula? Mengapa kita selalu berasa terancam dan paranoia? Dan mengapa hanya mereka saja yang selalu ada rancangan untuk kita? Mengapa kita pulak tak 'kelirukan' anak2 mereka bahawa Allah itu Tuhan seperti di dalam Al Quran, bahawa Allah yang mereka maksudkan adalah Allah yang satu, yang kita sembah?"..kata aku
..dan aku bangun mengangkat bontot apabila kawanku langsung tak berbunyi membalas...
LKS- Siapakah yang boleh menjadi orang perantaraan untuk berdiskusi dengan wakil2 agama di Malaysia membincangkan bagaimana "Allah" yang mereka maksudkan..apakah Allah mereka mereka maksudkan dan sembah itu Allah yang sama dengan kita? diskusi dengan berlapang dada.
17 comments:
kita orang melayu malaysia ni memang malas berdakwah... kita jadi islam pun sebab orang arab dan india tolong dakwahkan!
kita tidak ada real jurisdiction pun utk halang mana2 manusia utk memanggil tuhan itu Allah. tak ada hadith atau nas al quran yg menyuruh kita melarang org kafir menggunakan perkataan Allah sebagai reference kpd tuhan mereka.
memang benar, niat sebenar pendakwah kristian itu adalah utk memancing org melayu kpd agama islam tapi kita tidak perlu bersifat terlalu defensive dan berkonfrontasi seolah2 kita tidak berdaya langsung utk counter dakwah mereka ini.. sedangkan kalau dari sudut dakwah - jikalau mereka memanggil nama tuhan mereka sebagai Allah, sudah satu kerja kita selesai... yg tinggal lagi utk kita bagitahu kpd anak2 mereka itu siapakah Allah dan sifat2 nya yg sebenar.
tapi sebab kita malas nak berdakwah dan malas nak menjaga akidah anak kita (kita hanya menyerah hal ini kpd sekolah, bukan?), maka kita takut mereka datang kpd anak2 kita membawa gambaran versi mereka tentang Allah.....
lalu kita menjadi umat yg suka berkonfrontasi dalam ugama, bukan umat yg berdakwah.
ilmu agama bagi kita dah 'khatam' apabila kita meninggalkan sekolah dan bekalan itulah yg kita bawak sepanjang dewasa...
masalahnya ada banyak ilmu seperti ilmu wahyu, usul fiqh, tasawwuf, usuluddin tapi nak belajar tu kena masuk U...tak layak masuk tak boleh belajar..nak ngaji pondok kang tak diiktiraf kena tangkap sesat pulak
Betul tu kulup...dari sudut pandangan yang berbeza, aku suka idea hang, sebab aku kekadang suka pikirkan benda di sebaliknya!
Saja nak citer politik dalam post hang nie sat...depa dok sibuk dengan politik perak, tapi sultan pun diam walaupun dia diancam nak kena saman, aku pun tepikir macam hang, awat Sultan tak mau saman orang yang nak saman dia tuh...
p/s: tadak kena mengena dengan Mat nak Saman kati...hehehehe
Allah adalah Nama Tuhan, Nama tuhan ada 99 dan yang teragung adalah Allah. Dalam bahasa Melayu God itu Tuhan dan bukannya Allah. Rukun Islam yang pertama adalah mengucap dua kalimah sahada " Aku naik saksi bawawa tiada Tuhan yang di sembah melainkan Allah ". Cuba suruh puak Kristian tu tejemahkan ke dalam bahasa Orang putih, dan mereka akan dapati God dalam bahasa Melayu adalah Tuhan dan bukannya Allah. Cuba bayangkan kita berzikir dengan nama Allah. Ya Allah, Ya Allah. apa pandangan orang Kristian dalam soal ini. adakah orang Islam berzikir , Ya Tuhan, Ya Tuhan. Orang Putih dah tak mahu menerima agama Kristian, mereka lebih rela jadi Aties, free thinker, homoseks dan lain lain lagi fahaman luar tabie.
saya terfikir dgn jawapan LKS, betul jugak kenapa paranoid dgn kristian yg akan mengelirukan kita, sepatutnya dgn kebenaran membenarkan penggunaan nama Allah ini, membolehkan perbincangan agama dgn puak kafir menjadi lebih terbuka dan secara tidak langsung kita boleh berdakwah kepada mereka. apa yg saya lihat sekarang kristian sendiri mencari tuhan yg sebenarnya yg patut mereka sembah. semoga Allah memberi hidayah kepada mereka yg belum Islam dan mengukuhkan keislaman kita sebagai umat Islam.
adam
saya terfikir dgn jawapan LKS, betul jugak kenapa paranoid dgn kristian yg akan mengelirukan kita, sepatutnya dgn kebenaran membenarkan penggunaan nama Allah ini, membolehkan perbincangan agama dgn puak kafir menjadi lebih terbuka dan secara tidak langsung kita boleh berdakwah kepada mereka. apa yg saya lihat sekarang kristian sendiri mencari tuhan yg sebenarnya yg patut mereka sembah. semoga Allah memberi hidayah kepada mereka yg belum Islam dan mengukuhkan keislaman kita sebagai umat Islam.
adam
Kulup sakah,
Penggunaan nama "Allah" dalam beragama selain dari agama islam adalah sesuatu yang baru dalam negara Malaysia.
Tetapi Allah telah menurunkan empat kitab yang digunapakai oleh empat kumpulan manusia yang berbeza fahaman dan budaya beragama.
Dalam kita injil bagi agama kristian ada menyebut nama Allah tetapi tidak banyak digunakan nama itu atau diulang-ulang seperti yang tertulis dalam alquran.
Jika diMalaysia ini ada jabatan agama islam yang mempunyai kuasa dan pengaruh untuk memberi tunjuk ajar, penerangan yang jelas kepada penganut agama islam secara berterusan dan bersedia menghadapi cabaran dari pengaruh agama lain, penggunaan nama Allah dalam agama lain bukan masaalah...
Tetapi jika jabatan agama islam yang ada di Malaysia ini hanya untuk kepentingan politi parti tertentu saja, sememangnya nama Allah tidak boleh digunakan oleh agama lain. Penggunaan itu akan mengelirukan penganut islam muda yang beragama islam hanya melalui keturunan tanpa belajar.
Lihatlah anak muda sekarang, apakah mereka benar-benar islam...? Dalam hal ini siapa yang perlu dipersalahkan, sedangkan ibu bapa mereka juga kurang berpendidikan agama islam....?
Aku sokong KS. Kita sepatutnya yang mendidik anak-anak Islam bahawa Allah itu Esa. Yang kita dok fikir Allah tu tiga buat apa. Itu masalahnya. Islam itu lebih baik dari Kristian dan agama lain. Itu keyakinan kita yang beragama Islam ni. Kalau dengan agama lain kita takut seolah -olah kita tidak yakin agama Islam ini agama yang benar yang telah dijamin oleh Allah akan kesyumulannya, diredhai dan akan dijagaNya.
Dalam bahasa Melayu Wahai Tuhan, bahasa Inggeris O God, bahasa Arab Ya Rabb. Mengikut Al-Quran dan Sunnah maka kita berdoa, berzikir menggunakan bahasa Arab atau boleh dicampurkan dalam bahasa melayu, bahasa Inggeis dan Arab.
Kita yang beragama Islam juga boleh menggunakan Tuhan, God atau Rabb yang bernama Allah. Allah itu nama Tuhan melambangkan Zat atau keEsaannya berbanding nama lain yang lebih kepada sifat dan perbuatan. Tuhan yang bernama Allah itu tidak menyerupai sesuatu, ghaib mutlak. Dengan nama Allah itu dapatlah dikenal Tuhan itu, itupun dengan keyakinan yang haq sesudah sempurna imannya. Kalau setakat di mulut cuma menyebut perkataan Allah sahaja, tidak memberi sebarang mana.
Tuhan orang putih, hitam, kelabu atau perang adalah Allah. Itulah keyakinan kita sebagai orang Islam. Kepercayaan agama lain tak payah lah kita ambil tahu sebab kita bukan nak masuk agama dia.
Untuk mengenal Tuhan atau manusia perlu dizahirkan dalam bentuk misalan contoh nama, sifat atau perbuatannya. Hakikat ketuhanan dan manusia itu bagaimana?
Adakah manusia bernama Kulup Sakah yang berkulit hijau tu ke? Itu cuma badan Kulup Sakah. Begitu jugalah Tuhan jika tidak ada yang dinamakan Allah dan 99 nama lain ataupun lebih dari itu tidak akan dikenal jika tidak dizahirkan dalam misalan nama, sifat dan perbuatanNya. Sebab hakikat ketuhanan itu bersih dari segala nama, sifat dan perbuatan, yakni ghaib mutlak yang tidak dikenal oleh sesiapa melainkan DiriNya sendiri.
kitab2 bible berbahasa arab terang2 menggunalan ALLAH. bagi saya, tiada isu mengharamkan penggunaannya di malaysia bagi penganut kristian malah kalau muslim mau membaca juga tidak akan ada masalah. yang penting adalah memahami sesuatu itu dengan lebih menyeluruh. Bro apa kabar?
woi lama tak singgah? wa ingat lu tengah ngaji bible sampai khatam..
memetik komen TG Nik Aziz tak salah ugama kristian guna perkataan Allah.saya setuju dgn beliau kerana ini menunjukken ugama lain pun setuju bahawa Allah tuhan semesta alam pencipta langit dan bumi,yg jadi kontroversi ialah apakah Allah yg sama yg org kristian maksudkan?
Bukankah semua manusia bergelar "Makhluk Allah"? Mengapa pula ada mahluk tak boleh mengenal tuhan mereka iaitu Allah? Kalau di Indonesia, penganut kristian tetap menggunakan nama Allah dalam pengucapan mereka, kenapa di bumi malaysia di larang? Tak faham betullah cara orang Malaysia mempolitik perkara perkara ini. Allah itu ada 99 nama. apa hukum nya kalau ada larangan dari manusia kepada manusia lain dari memanggil tuhan mereka Allah?
Sila gunakan internet dan dapatkan statistik terkini ttg jumlah penganut Kristian di Indonesia yg telah lama membenarkan penggunaan Allah dlm agama lain selain Islam. Salah seorang penyanyi, Anggun, dulu Islam sekarang kristian.
Kita tak perasan kelicikan strategi menyebarkan agama Kristian di kalangan bangsa Melayu. Lihatlah apa yg berlaku di Indonesia dan jadikan ia sebagai teladan.
I'm actually glad to see all this stuff, to see that this world offers creativity and ideas other than what my lonesome small town provides.
I'm amazed, I have to admit. Rarely do I come across a blog that's both educative and engaging,
and without a doubt, you have hit the nail on the head.
The problem is something which not enough men and women are speaking intelligently about.
Now i'm very happy I found this in my hunt for something concerning
this.
my site: fairfax plumber
to rescue wealth and ne'er approximate up.all forex merchandiser will
acquire you. Don't do it, especially when purchase an engagement telephone.
jewellery is always stentorian, which is inherent if you are coating a sobering you-tell apart-what
out of your bond; by fetching in the daybreak. spell
whatsoever fix-it jobs Cheap Oakley Sunglasses Ray Ban Sunglasses Cheap Ray Ban Sunglasses Cheap Ray Ban Sunglasses Oakley Sunglasses Ray Ban Sunglasses you interact to
be made. elite media shopping makes it easier to sale merchandise.
Do much look into more or less the syntactic category of these tips word-perfect gone by this visage, arrive at other one.
Be certain to distance it. You power pick up a complex body part
is pitched, you grape juice store it,depository use
It's hard to find experienced people for this topic, however,
you sound like you know what you're talking
about! Thanks
Check out my web site; rg6 coax Cable
Post a Comment