HAH!! Siapa berani buat macam mereka? Dr Jeyakumar menewaskan living legend- Samy Vellu di parlimen Sg Siput..
sdr Arulchelvan
Arulchelvan tewas di Dun Semenyih, walaupun bertanding atas tiket PKR tetapi kurang sokongan dari ahli PKR di situ (berbeza dengan PAS yang taat dengan amanat pemimpin mereka agar memberikan kerjasama kepada Arul)..
dengan motosikal cupnya dia meronda dan membantu rakyat marhaen..Berembang, Chubadak, menghalang surau dan kuil dari dirobohkan- ke lokap entah berapa kali. Berbasikal dengan bebudak JERIT memprotes ISA..
ketika kawan2 lain sibuk dengan urusan tender dan kontrak, Ahli Majlis Perbandaran Kajang ini tetap selamba dan tak ambil pusing, sukar dibeli dan konsisten dengan kebajikan rakyat
dr nasir hashim
Dr Nasir Hashim, orang no 1 PSM tetap berkemeja T round neck, bercapal dan sederhana walaupun dah jadi Adun Kota Damansara. Lokap dan penjara bukan asing baginya. Terkurung di Kemunting akibat mangsa Operasi Lalang dimanfaatkannya dengan baik apabila mempelajari "akupunktur" dengan seorang tahanan berbangsa cina di sana dan bertukar ilmu di mana mangsa tahanan itu menuntut Bahasa Inggeris dengannya pula.
Secara peribadi aku berhutang budi dengan beliau yang sudi membuat rawatan akupunktur untuk anak-anak aku. Selepas bebas, beliau melanjutkan ilmu akupunktur dengan lebih dalam lagi dan hari ini dia menjadi singseh yang mempunyai ramai anak murid berbilang bangsa.
dr Nasir gemar juga bersajak dan jika ke klinik/rumahnya, kita akan dapat melihat lukisan-lukisannya yang berunsur spiritual dan abstrak tertampal molek di dinding..
"you rock Aru! Teruskan perjuangan Dr!"
4 comments:
Sdr Arul pergi penamaan calon PRU12 pon pakai seluar track...
peg SPR tanya,
"kenapa pakai macam ni?"
Sdr Arul,
"saya pun rakyat biasa, salah ke saya pakai macam rakyat biasa?"
peg SPR,
"@!#!$@#$"
betullah bro LKS,
padahal Arul aritu bertanding guna lambang PKR, tp ada yg hasut jgn undi Arul...pelik lah!
Bro ni betul-betul pejuang rakyat..Aku salut sdr Arul!!
brothers, check out blog dun semenyih, http://psmsemenyih.blogspot.com
arul tewas kat sana tapi kerja macam menang pulak.... hahaha! salut u bro!!!
Nice and interesting stuff, thank you for the post.
Post a Comment