Wednesday, March 18, 2009

18SX- AKU dan budaya HOMOSEKS...


Aku angkut kain baju ke KL selepas dua minggu tamat SPM pada Disember 1990 dengan harapan kota bertuah ini punyai sakti mengubah impianku menjadi emas seperti sentuhan jari King Midas. Ya ,kota ini juga adakalanya seperti Sang Kelembai yang bisa menukarkan cita2 menjadi batu.

Aku mahu jadi seniman, mahu jadi pelukis dan kartunis sepopular Ujang, Don, Kerengge atau seperti M.Nasir. Mentelah pula Imuda- kartunis, pelukis semakin popular sebagai pelakon ketika itu. Central Market dah macam Mekah bagiku, menonton Adi Jagat dan Sidek busking cukup melekakan, ralit melihat Aris Aziz, Dino, Hadi ataupun Azman mencalit warna2 di kanvas.

Aku mahu jadi seperti mereka, cuma kelemahan aku, aku terlalu pemalu dan tak berani melawan arus. Didikan bercorak autokratik orang tua membataskan pergerakanku untuk melakukan perkara 'tak serupa orang'. Serasa orang tua aku ada di mana-mana mengekoriku di hutan batu ini.

bersama guru kartun- Allahyarham Rejabhad


Justeru apabila Bob, lelaki berbadan gemuk berkulit hitam yang selalu duduk bersama Dino si pelukis di CM menegurku untuk berbual-bual aku teruja. Kesempatan mengenali Bob memungkinkan aku mendampingi pelukis2 tersebut. Bob belanja aku makan dan rokok, bercerita tentang kota dan cabaran, pasal kehidupan. Aku semakin ghairah lalu bersetuju mengikutnya ke bilik sewaannya di atas sebuah restoran berhampiran Masjid India atau Jalan Melaka. (aku dah tak ingat kat mana). Di bilik hapaknyalah aku dapat lihat demo tape kumpulan Rastari menampilkan vokalisnya Loloq (Allahyarham) dengan lagu Wak Jono, Senandung Suralaya . "Loloq budak Singapore" kata Bob. "saya tahu!" kataku.


Tapi kali ni Bob sudah lain. Dia hanya bertuala tanpa memakai baju dan duduk bersebelahan denganku. Cukup rapat sementara tangannya di atas pehaku. Budak kampung berumur 18 tahun seperti aku agak pelik dan sedikit berdebar, tak tahu apa akan berlaku dan tiada idea apa sebenarnya situasi itu. Aku hanya mencapai sebuah gitar yang tersandar di dinding untuk dijadikan senjata kalau2 keadaan memaksa. Tubuh besarnya menakutkan cicak seperti aku.


Bob meminta secara lembut memegang 'itu' untuk sekadar nak tahu berapa panjang saiznya. "tapi sebagai sahabat abang hormati kau kalau kau tak kasi!".

"Tak boleh bang!..er...maaf bang! Kawan saya janji nak jumpa kejap lagi, saya minta diri bang!"

..entah kuasa apa, mungkin agaknya berkat doa orang tuaku di kampung yang risaukan keselamatan aku, si Bob seakan lemah dan hanya membiarkan aku belah dari situ. Tersesat juga aku nak cari pintu keluar.


Di luar aku ditahan seorang pemuda agak kacak yang memberitahuku Bob memang dah lama diperhatikannya berkelakuan begitu, membawa anak-anak ikan ke biliknya. "satu hari nanti aku akan belasah dia, tapi aku percaya kau tak bagi kat dia apa2!" kata lelaki ni.


"tak!" aku pun terus belah. Beberapa ketika selepas itu aku pernah lihat lelaki kacak ini menjadi model klip video karaoke. Sejak itu juga aku - budak kampung sudah mula tahu apa itu homoseks, gay dan AIDS.


Dua tiga tahun lepas aku pernah terserempak dengan Bob yang dah semestinya tidak mengecamkan aku lagi. Bob sudah susut dan kecut tubuhnya.

Homoseks dan gay pula sudah jadi BUDAYA hari ini.

4 comments:

Anonymous said...

tuan lks,
kaum noh dah makin ramai di bumi malaysia dan juga anak luar nikah. saya bimbang Allah s.w.t turunkan bala

kulupSakah said...

kita sibuk bercakar2an dengan kuasa dan pangkat..kemungkaran dan maksiat dibiarkan

Anonymous said...

Nasib x jadi mangsa BOB.. aku rase cam kenal je BOB yg brader cite ni sbb aku pun selalu lepak di CM sekitar 1992-2000

kulupSakah said...

dia memang selalu pot tempat dino ..cm lama punya