Saturday, March 21, 2009

"Abang takkan sembah ameno, biarlah merempat gini!" bekas askar dalam peristiwa memali

dah lama teman tak jumpa abang ni, nombornya pun dah hilang bersama2 handphone yang dirembat orang. Dia adalah antara askar yang terlibat dalam peristiwa Memali. Dia cukup kesal dengan PPH yang telah menggila sehingga terbunuhnya as-syahid Ibrahim Libya. Dia berhenti tak lama lepas itu dan buat kerja2 kampung, berniaga kecil2an dan macam-macam.

Dia pernah memohon permit teksi sejak 90an lagi dan ada panel temuduga yang menemuduganya dah jadi menteri dah pun, tapi dia tak dapat sebab takde rekomendasi dari pemimpin pekembar dan dia tak ngulor duit kopi.

Dia pernah dipanggil oleh SB dan diminta beri kerjasama tetapi dia menentang. "Korang SB asalnya dari PPH kan? ingat peristiwa Memali? Bayangkan kalau askar turut sama menyerang orang kampung seperti PPH apa akan jadi? Sudah tentu ramai lagi yang akan mati!! Askar, PPH dan orang kampung akan terkorban, tapi kami tak ikut arahan membuta tuli, kenapa? sebab kami dilatih dengan agama!!"...

petang tadi tak disangka teman terserempak dengan dia di sebuah kampung, dia sedang mengemas gerai goreng pisang kepunyaan adiknya. "ada kawan abang suroh abang buat pinjaman TEKUN, abang pun pegila pejabat TEKUN..depa ajar isi borang, lepas tu depa suruh minta sain Ketua Bahagian UMNO kawasan ni, walaupun dalam borang tu mengarahkan meminta tandatangan ADUN ke, ahli Parlimen ka tak dikhabor le pulak parti mana, tapi depa conten dengan pensil kat borang tu suruh K.Bahagian sain!"

"abih tu, sain jelah..!" kata teman.

"tak cukup dengan tu kamu tau, depa suroh abang lakarkan dalam borang tu pelan anggaran jarak gerai abang dengan pejabat cawangan UMNO yang berhampiran..gile punye keroje! kita nak berniaga bebenor disuroh buat keroje yang bukan2..puak deme senang je perabih duit, niaga ke mana hapa ke mana!"

"abang menyamor jelah jadi ahli UMNO, dapat duit nanti abang masuk paper isytihar keluar UMNo, kahkahkah!" teman berlawak.

"hisy!! Kamu tahu apa abang cakap pada budak kerani tu?" abang ni membuntangkan matanye..

"manale teman tahuu!"

"abang cakap hey! budak beringus, aku dulu masuk askar 10 jari aku cop dengan nawaitu untuk menjaga keamanan negara Malaysia dari serangan musuh demi Allah Taala! Rakyat Malaysia yang aku jaga keselamatan tu tak kira ahli UMNo ke, PAS ke, DAP ke, Islam, Hindu, cina ke..kamu kalau kamu pikior duit ni duit umno kamu simpanle..bior aku merempat, nama nak menyembah umno jangan harap le..rezeki Allah banyak bertaburan di tepi2 jalan, usahakan aje!'

"kahkahkah! Budak tu cakap ape?" tanya teman

"Dia diam je le..tapi dia keluorkan tisu lap muke dia, gamaknye terkena tempieh ayor lior abang!'

kami ketawa berdekah-dekah!

14 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah. Tahniah skot. Teruskan beristiqamah dalam perjuangan. Semoga Allah merhamati kehidupan skot sekeluarga. FM: Anak Gurka Malaya

Pengasas said...

Salam LKS,
Sebak saya menghayati cerita ini. Begitu hebat istiqamah saudara kita itu. Hanya Allah yang mampu memberi ganjaran istimewa kepadanya. Insya Allah, hidupnya akan berkat hingga ke akhirat.

Pyanhabib said...

semoga allah kayakan rezeki abang sojar itu!

EQUILIBRIUM said...

teman tabik kat abg tu. perjuangannya dlm askar memang dgn niat kerana Allah. tapi kesian bekas askar dilayan mcm itu.

tapi kesan dari layanan terhadap org bukan amno spt yg diterima oleh abg bekas askar itu le yg akan meruntuh dan menjahanamkan amno.

cuba pikio ada ke patut nak mintak pinjaman kena mintak sign ketua bhgn amno. apa kejadahnya ni? duit tekun tu bukan duit amno. teman ulang bukan duit amno. itu duit kerajaan malaysia.

tindakan bodoh sebegini le yg menyebabkan ramai golongan tua dan sedikit golongan muda yg bengap tak dapat membezakan parti amno dgn kerajaan malaysia.

Anonymous said...

Tabik kat abang soljar tu,napa abang soljar tu tak terajang aje orang nyuruh tu sekali bior padan muka dia.Depa ingat duit tu bapak dema punya kut?itu kata dema nak tolong bangsa melayu jadi maju?rentikan ler UMNO bapak pembohong.

Anonymous said...

salam...
wa tabik spring la kat bro soljar nie...iman lu kuat bro..x mati pun kalu x dpt duit tekun..so ingat kawan2 yg kat luar tu jng kt jual maruah kerana duit..

daLyaanoon said...

abg askar kasi tembak!


BENG...













BENG! KEBABOM!

sandalkoyak said...

Bersamalah kita teruskan perjalanan
Dengan rasa tabah dan penuh kesabaran
Ketekunan, kecekalan

ramli sarip..........

abgBro said...

ni la cara yang natang umno kabo nak membela melayu...thuiih
buat bro skot,,Alhamdulillah aqidah kita sama...kita pertahankan dari dirosak oleh umno nate..tq

Anonymous said...

Asslm. Untuk maklumat temanx seperjuangan. Majoriti askar menyokong perjuangan PR. Tak percaya pergilah kat PERHEBAT(Tempat askar yang nak pencen berkursus sebelum pencen). Majoriti mereka membaca Harakah dan Suara Keadilan. Mungkin sebab dah dekat nak pencen baru berani nyatakan pendirian secara terbuka. walaubagaimanapun, Tahniah dan teruskan perjuangan bila bersara nanti

kulupSakah said...

..teman ada geng di PERHEBAT..teman tau!

Nevada said...

askar ke, polis ke...malah SB sekalipun, kalau pencen nanti ramai yg anti umno... sebab dulu depa berkorban utk negara mcm nak mati, tapi bila pencen kerajaan tak peduli...dan mereka melihat bagaimana pemimpin2 umno ni dok perabih boreh rakyat, yg depa ni bila pencen nak makan pun susah..anak2 yg sekolah ramai lagi..

kulupSakah said...

nevada,
sebab tulah apak teman pun keluor pekembar..

Anonymous said...

Tabik la ngan pakcik tue...

Sempoi