Monday, March 9, 2009

Kau memalukan Melayu!

aku perasan mereka mengekori aku sejak 2 minggu lepas. Ke mana aku pergi mereka ada- di Giant, ngeteh di warung mamak, di petrol pump 2 lelaki ini akan berada tidak kurang 30 meter dari aku. Seorang bertubuh gempal, kulit hitam dan bermisai jarang manakala seorang lagi agak pendek tetapi kacak. Machonya persis pelakon Spa Q yang hot di internet baru-baru ini dengan gambar enjoynya. Saling tak tumpah wajahnya, maksudku dengan pelakon wanita itu..kadang2 aku hendak saja mendapatkan 2 mamat ni bertanya mengapa ikut aku tetapi akalku menghalang. Takut2 salah kerop!

"Engkau Kulup Sakah kan?" sapa lelaki tinggi itu sewaktu aku sedang minum seorang diri di kedai Nasir. Tanpa bersalam kedua2 mereka terus duduk. Aku tak jawab pertanyaan itu. Aku seratus-peratus yakin mereka bukan SB atau Siput Sedut, bukan juga PEKIDA atau 18 line..

"Aku selalu baca blog kau! Sarcastic!" lelaki tinggi itu terus berkata tanpa bunga2 intro..si kacak seorang lagi hanya berdiam merenung gelang magnetnya.

"sarkas yang jinak!" lawakku tak de sambutan dari kedua mereka.

"Beginilah Kulup, aku takde masalah dengan tulisan kau cuma aku harap kau tukarkan nama kau yang menampakkan ciri kemelayuan sejati itu kalau kau mahu terus membelasah sebab orang Melayu tidak biadab sebaliknya bersopan-santun dan penuh kiasan jika ingin menegur. Kulup Sakah nama Melayu dan kekasaran tulisan kau memalukan imej Melayu!" lelaki tinggi yang tak mahu memperkenalkan nama itu terus membebel.

"Kenapa? itu nama dalam i.c teman tak boleh ubah!" protes ku.

" Ya! kau boleh terus menulis pedas dan panas! Cuma aku tak mahu nama itu! Kau tukarkan blog kau nama lain!" si tinggi menggerak2an bekas abu rokok di atas meja. Aku cemas mana tahu dihempuknya kepala aku dengan ashtray tu, naya...

"nama apa?" aku meminta idea..

"emm..ya! kau guna nama Nostradamus kan? ha! Kau pakai Nostradamus Melayu!" si tinggi memerintah aku.

"isy! tak boleh guna perkataan Melayu!" tiba-tiba lelaki kacak yang asyik berdiam di sebelahnya itu menyampuk, sampukan yang sekaligus memecahkan rahsia mengapa dia lebih banyak berdiam sejak tadi. Rupanya wajah hensemnya dicemari dengan kegagalan mempertahankan giginya. Dia mungkin rendah diri kerana wajah kacaknya tidak membantu apabila gigi atas dan bawahnya tinggal sebatang dan bertentangan kedudukannya. Nampak macam mondok. Tak jambu!

"tukar nama takde makna kerana isi penulisan aku dan identiti tetap tak berubah. Lanyak tetap lanyak!" kata aku.

"Ya! Tak mengapa! Asalkan kesucian nama Melayu terbela! Kau perlu ubah nama blog kau walaupun perangai tetap sama!" lelaki rongak tadi bersuara tinggi dan menghentak meja. Ada beberapa kepala menoleh ke arah kami. Tolehan tu lebih dari sekali. Mungkin kerana terkejut dengan suara itu atau mungkin terpesona dengan lelaki kacak rongak tersebut.

" Aku mahu kau tukar nama! Perangai belakang kira!!" si tinggi mengulang keras juga.

" sama perangai macam BPR walaupun dah ditukarkan namanya jadi SPeRMa atau sama macam rasuah yang dimodifikasi jadi POLITIK WANG?" tanyaku..

si tinggi menghembus rokok SAATnya ke muka si rongak lalu bangun. Si Rongak berlari terkedek-kedek membuntuti...

9 comments:

Unknown said...

Agaknya siapa mereka?

ISA said...

Sinikal, adakah ini dalam alam tak nyata... tapi benar ada...

Berkenaan kroni mike tu, teman dah lama kesana, cuma si abu jahal ini tidak menyampuk kerana sedari kekurangan diri... jauh lagi perjalanannya...

Anonymous said...

hahaha...xdpt teman byg kn mcm mana lah rupa si kacak yg rongak tu...

terbahak2...teman baca n3 mike kali ni..

EQUILIBRIUM said...

yop,

teman terasa lain benor tulisan mike kali ini. mike ni memang seorang penulis ke? gaya mike menulis entry ni mcm cerpen hehehehe

mungkin mike patut terus menulis entri sebegini lagi..kata org utk santai fikiran sambil berfikir

kulupSakah said...

mountdweller,
mereka sentiasa ada di mana2 pak din,

isa,
alah..belasah je!

anonymous,
membayangkannya saja dah tergelak apatah lagi menengoknye..

paloi,
pyanhabib kate teman tak perlu menuleh, pegi berdemo je cukop..huhu!

Anonymous said...

Kulup Sakah...saya teman suka nama tu...sebab nama tok saya dulu Kulup Peran..satu lagi Ngah Mujahit .... memang nama org perak..teruskan perjuangan mike.... nama tu entiti kita..maruah kita..bior le dema nak buat apa pun..lawan tetap lawan..salam perjuangan....

alang said...

haha. Klau dah kita ni asalnya Melayu,bubuh rambut kaler apappun,Spek mata besar mcm mana pun,Seluaq singkat pun, kita tetap Melayu. Mana mungkin Melayu yg tulen menjadi Mat Salleh? haha.
Tgk Michael Jackson dah le. Buat pi la apapun,tetap negro jugak asal kejadiannya.

InsyaAllah,Saya sentiasa menyokong dari belakang.

Anonymous said...

Hahaha, ape la bedk 2 ekor tu wat? Takde keje ke?

Mengekor org semata2x suh tukar nama blog?

Gi la wat keje lain

Anonymous said...

SAMA MACAM CERITA MAT SAMAN KATI KAT SELAT PAGAR HARI TU....HEHEHE SUSPEN PUNYA CERITA...