Thursday, March 19, 2009

pengacau hari Jumaat

kisah Jumaat lepas..

Sewaktu membelek2 handphone di seberang jalan berhadapan restoran Nasir, ada seorang lelaki berdiri di sebelah keretanya tak jauh dariku memandang dalam keadaan gelisah. Sesekali tersengih, sesekali menggaru kepala..
kerana tak mengenalinya, aku buat tak peduli lalu menyeberangi jalan dan memesan teh tawar hebeor di restoran Nasir.
2-3 minit kemudian aku terpandang lelaki tadi keluar dari kedai nombor dan masuk ke dalam keretanya..

baru aku sedar, lelaki tadi segan nak masuk beli nombor sebab nampak aku yang berpakaian masjid lepas berjumaat tercogok depan dia.. mungkin dia tak segan dengan Dia atau mungkin Allah takde kat depan kedai tu kot..

sori brader, gua mengacau lu punya pekerjaan!

2 comments:

daLyaanoon said...

cheh siap garu kepala...

masuk buat2 tak tau sudah.....

mungkin nilah golongan2 yang selalu curi pisang kat masjid2..hehehe:)

IndukYati said...

salam semua
segan ngan manusia...biasalah tu...Takut ngan Allah...kan Allah tak nampak depan mata..!!