Saturday, February 28, 2009
SMS MISTERI
terima sms isnin ni kontraktor sampah kawasan jajahan majlis bandaran kajang yg terdiri dari puak umno akan mogok untuk memburukkan imej PR. Dijangkakan kontrak mereka akan tamat hujung mac ni..
harap perkara ni tak berlaku kerana khuatir taktik memburukkan PR akan lebih mempercepatkan lagi runtuhnya BN..kuheh!kuheh!
sebulan sebelum kes liwat Saiful bukhari dulu, aku dah terima sms misteri memberitahu Anwar masih buat kerja2 meliwat di luar negara.bila aku reply atau cuba call,tiada jawapan mahupun ringtone..kartunis zunar juga pernah berbuat demikian tapi tiada jawapan..
sehari dua ni aku kembali terima sms bodoh..semalam aku terima sms:-
"Sah DAP traju PR.ANWAR tunggul.NIZAR ikut ckp NGA & NGEH. LG ENG tendang FAIRUS dr pfolio agama.KHALID ikut ckp RON,TERESA,ELI,AZIZAN sj btahan.Malu jd ahli PAS.
Pengirim ni bernombor 0136746188. sapa tahu dia ni?
Friday, February 27, 2009
sebuah cerita untuk Menteri Pelajaran!
kebanyakannya bebudak yang memohon dan dipanggil temuduga ini keputusannya teruk, tujuan temuduga adalah untuk memilih pelajar yang menyertai kursus ini walaupun lemah tetapi sekurang2nya boleh membaca dan menulis ..
Kawan aku mengeluh kerana ada bebudak yang datang tu masih tak boleh membaca, mengeja dan menulis dengan betul walaupun dah nak masuk 16 tahun..maka mereka gagal temuduga dan balik ke sekolah harian biasa..dan katanya jumlah pelajar begini bukan sedikit..
bebudak ini pasti 'maut' dan hanyut dalam akademik kerana sudah pasti di sekolah biasa mereka kena belajar untuk SPM..sepatutnya mereka diberi peluang belajar kemahiran ketukangan tapi mereka tak layak sebab tak boleh membaca..
apa yang guru2, guru besar malah yang terlibat dengan kementerian pelajaran buat sehingga ada murid yang tercicir begini? sepatutnya di sekolah rendah mesti dipastikan kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) dikuasai murid2..jika tidak, mereka harus dikenalpasti masalahnya sama ada mereka itu 'lembam' atau 'slow learner'..KERANA SIBUK MAHU MENGEJAR GRED DAN PENCAPAIAN SEKOLAH TERBAIK, MEREKA TERABAI..
bagaimana?..tu belum masuk lagi yang tak boleh mengaji al Quran atau mengenal huruf jawi..
wahai menteri pelajaran, hunuskan kerismu dan kejar anak2 buah mu agar mereka betul2 menolong anak Malaysia, kalau sebok dengan Melayu ketahuilah ramai pelajar Melayu yang bernasib begini..
jangan sebok dengan PPSMI- bebudak tercicir mesti diutamakan!!
mana-mana ada penyamun!
Nasir memerlukan 30 tahun untuk beraksi di IB..
tapi lanun cetak rompak masih tak boleh dibanteras sejak setengah abad meskipun polis dan sb kita cekap mengangkat tilam,memeriksa punggung dan menyamar menjadi bapok..
penyanyi/pelakon melayu, pembeli melayu,penguasa melayu,penguatkuasa melayu,menteri KDN melayu...senator artis pun melayu..
biarkan! biarkan!
TERIMA KASIH BN!
TOL naik?
terima kaseyy..
SATU LAGI PROJEK KERAJAAN BARISAN NASIONAL..
Tradisi Membela Rakyat,
MODAL INSAN GLOKAL,
Cemerlang, Gemilang, Terbilang...
UBAH GAYA HIDUP ANDA!
MALAYSIA BOLEH!
Masa depan anda lebih terjamin dengan BN!
Thursday, February 26, 2009
sesama kaum pun nak belasahkah?
laa...ketua pemuda gombak,megat anak guru silat lincah omar din ropenyeee...apahalla kau rosakkan imej melayu?..bikin malu melayu je..
belek dulu berapa persen darah melayu dalam tubuh kamu?..selebihnya DNA kamu datang dari negeri asal yang sama dengan karpal..
ingat tak majlis kenduri kahwin kamu dulu? kan dipenuhi pesta tarian bhangra dan bollywood? langsung takde tarian melayu..
kau nak pertahankan apa?
Wednesday, February 25, 2009
SAH!Pak Lah surrender dan Najib ambil alih!
it's Najib time! beberapa perkara akan Najib lakukan apabila naik nanti:-
1- gaji kakitangan awam naik dan kebajikan dipertingkat
2- seperti madey yg pernah tukar rentak Negaraku yg dibencinya itu kepada rentak march (Madey marah juga sebab lagu tu ciplak Mamoola Moon- baca buku Madey Mamak Dilemma) Najib dijangka tukar lagu kebangsaan yg disadur dari lagu pop mongolia
3-rakyat miskin dan kroni dibela serentak
4- geng2 pahang seperti jay jarjis dan maznah akan naik
5- madey dan berahim masuk pekembar
TAPI..MASALAHNYA najib tak naik sebab yang akan jadi PM:
ROSMAH..
esok.....!
merebak ke kuala di waktu senja
bertautkah kiambang
esok hari
di hilir yang belum pasti jernih?
siapa lucah? PRK atau anak ketua SPRM?
terbaru batang ai sarawak..
2 bukit 1 batang..
batang ai pulak tu
Tuesday, February 24, 2009
50 tahun jasa2 umno kepada melayu..(epilog untuk anonymous)
1) Singapura terlepas...diikuti batu putih setengah kurun kemudiannya
2) melayu tinggal 3% tersengih2 di pulau pinang..
3) melayu kekal kuota 90% di pusat serenti
4) BBMB lingkup difaraidkan ,hari ni ia tinggal sejarah/bergelar CIMB
5) Melayu menyanyi dan berlakon, lanun cetak rompak kaya (osman tikus terkorban)
6)KLCC teguh berdiri, melayu tersengih2 kat laman..di dalam nak kencing pun tak mampu
7) tulisan jawi dihapuskan sampai suratkhabar jawi utusan MELAYU pupus seperti kaum tsamud
8) ramai mengaku melayu masuk umno untuk menikmati keistimewaan jadi kaya walhal ada yang dari kerala, tok syed arab, anak kutty, anak kailan dan bernama jeanne..
9) bangunan zakat dan baitulmal tinggi melangit tapi rancangan bersamamu penuh melayu melarat..
10) bahasa melayu tinggal dalam jamban...
umno pejuang kemerdekaan? hisyy..umno parti melayu berakronim inggeris yang berjuang untuk merdeka tu dah mati dan diharamkan pertengahan 80an...
ia dinamakan umno(baru) dengan ahli 001 nya Dr madey..rujuk buku perlembagaannya..
lama kelamaan perkataan 'baru' dalam kurungan tu dihilangkan oleh madey si penipu..
sepatutnya umno sekarang bernama 'umno baru"..
bukti:- akhbar the straits time dulunya beribu pejabat di singapura dan cawangannya di jalan riong, KL. bila singapura keluar dari Malaysia, ia berpecah, akhbar singapura kekal dengan nama asal tetapi di malaysia bertukar baru bernama the new straits time!
esok :GERAK seekor LEMBU!
Esok 25Feb Rabu 11pg di depan ibu pejabat SPeRMa Putrajaya anak muda akan bakar bukti2 dan dokumen yang pernah dilaporkan kepada SPeRMa..
*Che'gu Barddd!!! tolong jangan bakar laptop yang ada bahan porno bebudak2 ye..sebab bapak SPeRMa amat memerlukannya, kalau tak susah kapal terbang nak terbang sebab co-pilotnya menggigil ketagihan!
LAGI SATU!
ESOK juga jam 2ptg pemuda PR akan bawa *GERAK kepada SPeRMa Selangor, Plaza Masalam, Sek9, Shah Alam sebagai simbol SPeRMA adalah GERAK yang digerakkan *LEMBU!
GLOSARI
*GERAK- sejenis binatang berkaki empat yang gemar memakan rumput, kadang2 bertanduk dan susunya banyak dibuat orang dalam bentuk tin.
** LEMBU- pertubuhan NGO yang dulunya nak banteras rasuah tapi la ni sibuk dengan menternak GERAK selepas perusahaaan kotak-kotaknya gagal..
Monday, February 23, 2009
Jus Soli dan Berahim Ali
Jus Soli, suruhanjaya Reid
melihatkan cerita gerombolan nak berlepas ke negara tuan penjajah asal tanah melayu untuk meneliti dan mendapat nasihat tentang undang2 tubuh negeri Perak bagi menghalalkan tindakan mereka merampas negeri tersebut membuatkan teman tergelak..woitt!! kata dah setengah abad merdeka dan maju di bawah BN..tapi bab undang2 pun tak reti lagi ke? Sambut merdeka tiap2 tahun "tanggal 31, bulan ogos 57.." "tiada yang lebih baik memerintah selain BN"..hahaha!!
bab undang2 kantoi...cemerlang ,gemilang temberang dah pecah tembelang...
tulah pasai..negara tanah tumpah sendiri pun orang asing yang bentukkan perlembagaan nya..tak caya cuba tengok senarai nama suruhanjaya Reid yang merangka Perlembagaan di bawah ni..mana orang Melayu tanah melayu?
tak tau kalu pegi cari buku sejarah!
Sunday, February 22, 2009
Hisham PENDEKAR MELAYU TULEN dan Kuning diRaja
Saturday, February 21, 2009
Thursday, February 19, 2009
Gambar2 pemimpin bermoral yang patut dicontohi
"saya tak boleh terima pemimpin yang tak bermoral" katanya. Mari tengok gambar2 yang menceritakan moral pemimpin yg patut DICONTOHI oleh rakyat!
1)KJ - suami yg tak mahu menyusahkan isteri menyediakan minuman di rumah dan melayannya, balik terus tidur sebab dah minum dan 'makan' di luar.
2) Siapakah yang lebih bersopan santun dari Shahidan? contohilah dia . Sultan Perlis amat 'menyayanginya'..
Mana amukan AMK?
Wednesday, February 18, 2009
DUN PERAK BAKAL BUBAR...90% sahih!
MSK : Hello?ape?iye ke? ok..confirm!roger n out!
kulup : Ape kehenye bang mat?..uhuk! (terbatuk lemas asap rokok perisik rakyat)
MSK : Sumber kite mengkhaborkan Jelapang dan Nasa semput perut dan nak resign!
Dun Perak 90% bubar!
perisik: fuh! cekap spy mat comot cari info ye?
MSK : Isy! bukan mat comot..dia tak bole harap! tahape yang dibuatnya kat Melaka tah..suruh
nyiasat dia lesap..jangan disorok hantu kopek udoh!
sya-reformis : ye benor! ni sms terkini dari spy kite yang menyorok balik tiang lampu istana
kinta!..delegasi umno sedang atur pertemuan dengan raja nazrin di KL untuk
cadang bubar dun..
perisik rakyat : aik? depa pulak beria nak bubar?
MSK : OOHH..SIMPLE je! 2 orang resign akan meruntuhkan kerajaan BN yang
memang haram..
I.S.A : haram jadah!!
MSK : Sabor yeop ! daripada malu tumbang baik depa sarankan bubar dun!
kulupsakah : lagipun zambry dan exco digantung speaker!
perisik rakyat : tulah kebodohan depa yang terlupa speaker masih ade kuase!
sejak bila depa cerdik?hahahaga!!
sya-reformis : bang matt!! ummi hani sms, ajak ke rumah pak karamu, pekena lakse!!
yahooooooooooooo!!!
kami menuliskan perkataan "yahoo!" di tiang jambatan sayong sebelum masuk ke dalam toyota estima MSK..
bila MB digantung...
kuheh!kuheh!
hari ini dalam sejarah! Tapi yelah..kalau dah ada 2 embi camanela nak bayor gaji ye dak? terpaksele Nizar dengan Zambri berlombe-lombe subuh sapiei depan bank nak cucuk duit gaji. sape cepat duit dia punya?
hihi!
ade ke kerabat di raja nak mengaku sultan perak yang kedua?
Tuesday, February 17, 2009
ribut PR, Najib dan Pak Lah
MALAYSIA bakal jadi Myanmar
Apa yang mereka kan lakukan untuk mengekalkan kuasa kerana kalah bererti maut?
Dalam pemilihan parti pun mereka taburkan jutaan wang dan ugutan apatah lagi kehilangan kuasa...
Apakah tidak mustahil Malaysia akan jadi Myanmar? Apabila tentera junta mengambilalih dan mengurung Auu Sang Suu Kyi yang mendapat sokongan padu rakyat dan pemimpin2 parti pembangkang (istilah jahat BN) beroleh kemenangan..
ini kelihatan seperti akan berlaku. Semaklah teori yang dugunapakai oleh negara2 blok komunis dan bandingkan dasar yang kita guna, akan ada persamaan ciri2 tersebut seperti penguasaan total media dan menutup ruang untuk musuh politik bersuara.
Aku malas nak ulas panjang lebar tapi satu saja aku minta renungkan..
JANGAN TAK PERCAYA!
jangan jadi Iraq yang hancur hanya kerana rakyatnya bacul melawan kekejaman Saddam dan menunggu kuasa asing campurtangan..akhirnya?
Ingat!!
tiada kerajaan diktator yang tumbang melalui pilihanraya...melainkan revolusi!
Monday, February 16, 2009
tiba-tiba dalam masa sebulan
tiba2 dalam masa sebulan
Perak bertukar kerajaan
PR penderhaka sultan
dalam masa sebulan
exco Kedah kaki perempuan
adun wanita Pas ditangkap dengan pasangan
Eli tidur tanpa pakaian
tiba2 dalam masa sebulan
2 adun PKR yang ada kes rasuah perempuan
hilang dari pandangan
waktu menjelma di Pekan
berlagak bak si budiman
jangan-jangan..
tiba2 dalam masa sebulan...
Najib kempunan!
Selepas Eli Wong siapa pula?
Friday, February 13, 2009
kemaskini: CIS BEDEBAH! KAMU BIADAB!! - Sultan Selangor kucup Beruk ?
Ampunkan patik CAPAL yang hina kerana biadab tuanku! Biadapkah patik Tuanku? Apa beza patik dengan yang di bawah ni tuanku?
ulang tayang keratan akhbar lama2 yang melingkupkan kekebalan Raja2 dan menegakkan kebebalan...
tuanku pernah tengok memorandum di bawah tak? carilah tuanku yek? Patik pun pinjam kat otai pencinta sejarah, dia kerabat juga Tuanku, tapi digulingkan British sebab Datuk Nenek dia melawan British lalu Selangor diperintah keturunan yang lain yang tunduk dengan British Tuanku,
Shahidan pun pernah derhaka dengan Sultan Kelantan?
Kalau nak tahu Raja2 ni layak ke tak duduki takhta, boleh hubungi Sidan Cigar yang tak diperkenankan oleh Sultan Perlis haritu untuk jadi MB...
Thursday, February 12, 2009
ape khabor kampung teman?
ape khabor kampung teman
ape khabor Sayong apa khabor Bukit Chandan
ape khabor bot penambang
dulu tambangnye sekupang bawak basikal tambah sekupang
kayuhle kami ke Kg Jenalik bawah istana
lalu Clifford lalu Malay College
ape khabor lakse kuale dan ais kacang
udoh lame tak ziarah makam Tok belah apak di Sayong
guru tasawuf Raja Mude yang mangkat dulu
Tok belah mak pulak bekaih pekerja istana
teringat teman jatuh basikal di Masjid Ubudiah
mungkin ade yang terjatuh di tempat yang sama kemarin
disembur gas dan dikejar topi merah dengan belantan
ape ceghite hari ni
ape ceghite nizar
ape ceghite zambri
dua embi di satu negeri
ape ceghite lompat parti
ape ceghite Sultan
..ape ceghite negeri Perak
tanah tumpah darah teman!
Hikayat RAJA pembohong (LAWAK KURANG STRESS)
Alkisah tersebutlah ceritera kononnya ada seorang raja memerintah sebuah negara. baginda dilanda kebosanan yang amat sangat lalu disuruh oleh baginda akan pencacai2nya agar mencanangkan ke seluruh pelusuk jajahannya bahawa satu pertandingan BERCERITA KISAH2 BOHONG akan diadakan dan hadiahnya amat lumayan. Sesiapa yg berjaya menyampaikan ceritanya sehingga raja berkata "cerita kamu ini bohong!" maka dia dianggap pemenang. Yang gagal akan dihukum (biasalah..raja dulu2)
maka ramailah peserta menyertainya ibarat pertandingan nyanyi2 realiti tv lagaknya.hari pertandingan pun tiba, masuklah peserta pertama mempersembahkan cerita bohongnya kepada raja.
"pada zaman akan datang,akan ada tercipta sebuah peti yang bersuara dan bergambar di mana manusia mampu melihat negara2 lain melalui peti itu!"
"beta percaya cerita kamu!" maka kelatlah muka peserta pertama tersebut kerana sudah pastilah hayatnya tinggal beberapa detik saja lagi.
peserta kedua pun masuk mengadap dan memyampaikan ceritanya."ada sebuah negara yang terletak di atas angin,penduduknya berkulit merah, bermata biru dan berambut perang.tubuhnya cukup besar dan tinggi".
"beta tak nampak pembohongan pada cerita kamu".maka meraunglah mamat yang beristeri lapan itu kerana tiadalah lagi peluangnya berkahwin jika dihukum bunuh..
begitulah seterusnya, satu demi satu peserta masuk mengadap dan satu demi satu jualah nyawa terkorban.
yang anak menjadi yatim,
yang bini menjadi balu
yang laki hilang bini
makbapak kurang anak
sehinggalah muncul peserta terakhir, seorang budak botak berperut buncit bermata juling air, Najab namanya. Raja pun tersenyum kerana sudah pastilah budak bengong ini akan terkorban jua seperti yang lainnya.
"nama patik Najab dari negeri Pekan kemahang, cucu kepada Tok Usin lempoyang yang suatu masa dulu pernah menjadi tabib di raja datuk tuanku iaitu Sultan Ghani Shah. Menurut datuk patik, datuk Tuanku dahulu mengidap sejenis penyakit kulit yang amat berbahaya..tokak, panau, kurap dan kayap penuh berselirat di tubuhnya. Datuk patik dengan segala ilmunya telah berjaya menyembuhkannya seperti sediakala. Sepurnama yang lalu datuk patik meninggal dunia dan telah mewasiatkan agar datang menemui Raja sekarang kerana menurut datuk patik, penyakit itu akan berjangkit kepada cucunya. Sebab itulah patik datang ke mari untuk mengubati penyakit tuan....."
"SUDAHH!! BOHONG!! CERITA KAMU TIPU!! KAMU PENDUSTA!! jerit raja belum sempat si Najab menghabiskan ceritanya. Maka terdengar saja pekikan itu oleh hakim2 yang terdiri daripada para menteri (bukan juri sms), maka menaballah akan mereka si Najab sebagai pemenang.
Raja dengan penuh bengkak terpaksa akur dan memberikan hadiah kepada Najab seperti yang dijanjikan tetapi menghukum buang negeri terhadap Najab.
Walaupun cerita itu bohong, tetapi sejak hari itu Raja berasa tidak senang perut kerana baginda selalu perhatikan menteri2, dayang2 dan seluruh pekerja istana akan tersenyum2 simpul sambil berbisik2 bila bertembung dengan baginda, malah kadangkala mereka ketawa di belakang baginda..
demikianlah adanya cerita cedokan dengan tambahan secukup rasa dari patik
Wednesday, February 11, 2009
Nizar gagal tandingi Najib
1- Hanya boleh berbahasa Cina selain Inggeris sedangkan Najib boleh berbahasa Mongolia dan pernah 'naik' Mongolia, kata Bala
2- Anak2 Nizar hanya jadi hafiz tak sehebat anak Najib seperti di bawah, mempunyai ciri2 globalisasi
3- isteri Nizar tak dapat cium Mat Bollywood
4- Nizar berpeluh2 nak dapat Ir tapi suami Najib senang saja dapat Naib Canselor...
ada lagi?
Tuesday, February 10, 2009
NIZAR penuhi kriteria sebagai PM akan datang..
Reformasi Sultan atau Sultan reformasi?
Terlalu banyak berpolitik, memunggah kekayaan dan mengabaikan tanggungjawab sebagai pemimpin yang wajib mendidik telah menyebabkan kudis menjadi barah. Sepatutnya matapelajaran Tatarakyat mesti dijadikan matapelajaran wajib di sekolah yang mengupas tentang Perlembagaan Persekutuan, Kontrak Sosial- di mana kedudukan hak Orang Melayu dan Islam serta di mana pula kedudukan kaum2 lain. Apabila ini difahami dan dihayati maka barulah masing2 menerima dan tidak mempersoalkannya lagi. Inilah kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh nenek moyang kita semasa proses kemerdekaan dan inilah yang harus kita terima, sesiapa yang tidak bersetuju dengan ini maka mereka memanglah bermasalah dan pulanglah ke tempat asal mereka. (kontrak sosial anjuran British ini masih boleh diperdebatkan- tapi biarlah di tajuk yang lain, blog ini bukan tesis)
Sistem pendidikan sekarang sibuk dengan nak lulus periksa, skor berapa A - menggunakan teknik menghafal bukan menghayati. (exam oriented)
Ketaatan orang Melayu dengan Raja mereka tak boleh dinafikan kerana itulah yang mereka warisi dari nenek moyang mereka. Pantang anak Melayu menderhaka kepada Sultan adalah cogankata warisan yang tak boleh dibantah.
Raja yang mengasihi rakyat harus menjadi arkitek mencorak negara menuju kemajuan dengan rakyatnya yang berjiwa hebat. Derhaka adalah taboo bagi orang Melayu. Raja-raja Melayu harus melakukan reformasi jika ingin melihat Malaysia maju dan bersih dari rasuah yang telah membarah dalam negara ini. Akan tetapi jika Raja-raja Melayu bersekongkol dengan kezaliman, maka marahlah rakyat dan bangkitlah mereka dengan sembah derhaka.
Sekian lama bersidang, rakyat tidak pernah tahu apakah yang mereka bincangkan dalam Persidangan Raja-Raja Melayu. Apa iltizam mereka dan apa bentuk perjuangan yang mereka lakukan untuk rakyat selain dari makan elaun puluhan ribu.
Raja Melayu harus lakukan reformasi sebelum reformasi Raja dilakukan oleh rakyat. Apalah Raja tanpa rakyat, tidak bergelar Rajalah mereka tanpa rakyat. Telah terkubur dan hilang kerajaan di raja yang pernah bertapak dalam dunia ini atas kebodohan yang mereka lakukan sendiri. Ada yang digulingkan rakyat dan ada yang dimusnahkan Tuhan tanpa kita lihat kesan yang ditinggalkan hatta seketul batu sekalipun.
Aku secara peribadi menghormati Raja-raja kerana 'Ulil Amri" bukan bikinan manusia tetapi ia kurniaan istimewa dari Illahi sebagai amanah. Bukan Raja saja, manusia malah haiwan dan makhluk seisi alam juga mesti disayangi selama mana ia 'baik' terhadap kita. Tidak mampu aku menghormati pemimpin termasuk Raja yang berperanan memimpin rakyat seperti aku tetapi berkelakuan sumbang, minum arak dan berjudi, kaki perempuan, makan rasuah, berjiwa penakut dan khianat.
Monday, February 9, 2009
Raja, Sultan, Bahasa dan Tuan Melayu...
SIAPA DERHAKA KEPADA SULTAN?
Sunday, February 8, 2009
MP PAS Bkt Gantang meninggal dunia..
PRK lagilah selain Bkt Selambau.....
perjuangan kita sedang dilihat ALLAH dan Dia barangkali sedang memberitahu sesuatu kepada Malaysia
Anwar memang patut undur..
Tetapi masalahnya Anwar masih relevan dan Anwar belum menderhaka kepada rakyat. Bayangkan penganjuran perhimpunan raksasa tanpa Anwar?..Bayangkan kalau Anwar tak umumkan 16 September tempohari apa akan berlaku? Sudah tentu Perak tumbang tak sampai seminggu selepas PRU Mac lalu kerana Adun PR akan terus lompat jika dibeli. Kerana yakin dengan 16 September momokan Anwarlah maka ada Adun yang mengambil sikap 'tunggu dulu'..
sms dari rakan-rakan DAP yang aku terima rata-rata menyatakan kesal dan pening dengan Karpal, itu pandangan peribadi Karpal kata mereka dan ada yang mengadu Karpal adalah liabiliti dalam DAP, Kit Siang takutkan lelaki tua berkerusi roda ini dan hubungan beberapa ahli DAP dengan Kit Siang agak dingin disebabkan Karpal. Karpal juga menimbulkan masalah bila menyatakan "over my dead body" jika PAS mahu menubuhkan kerajaan Islam.
Karpal, biarpun dalam DAP- kepalanya seangkatan Mahathir, Liong Sik, Samy, Rafidah, Keng Yaik dan lain-lain yang telah bermastautin di pusat pelupusan sampah....
..tapi sandiwara masih berepisod!
bukan menang atau kalah, tapi LAWAN!
KITA TAK PERLU MENUMPASKAN MEREKA, TAPI PERANGI MEREKA!!
Anwar berundur...
3 OKT dibebaskan..6 lagi esok!
Saturday, February 7, 2009
terkini! FRU, polis penuh di mahkamah
Sultan sedang beradu lena .. pedulik hapa beta!
JANGAN LUPA ESOK!
JANGAN LUPA DATANG!!
SESUATU YANG MENARIK MENANTI ANDA!!! TAK RUGI PUNYAA UNTUK MEMPERASAPKAN LAGI PENGETAHUAN!!
datang woiiii!! sesapa yang ada di Selangor KL dan berdekatan boleh datanngg!!
kes OKT dicepatkan!
Ummu Asiah minta aku telefon sapa2 lalu kepala aku teringatkan bro Mat Saman Kati..
Mat Saman Kati telah menguruskan...
terima kasih Mat Saman Kati, Sunny Lim!
kopi behrang mentega gamuda
tengahari:- nasi **gamuda dengan sos zambri
malam:- nasi kosong lauk katak kaki 1..
*kopi behrang- kopi kelat berkilat
gamuda- makanan diraja yang agak memabukkan
sos zambri- kicap
Adun Behrang- kenangan bersamamu
Di sebelah kami ada seorang lelaki gelap berdiri tak putus menghisap rokok sampai merimaskan isteri aku, apatah lagi 2 anak OKU aku yang ada asma..lelaki ni langsung tak memandang kami..
Sehingga datanglah beberapa orang berjabat tangan dengannya sambil bertanya "apa khabar YB!" baru aku tahu dia YB..tapi aku memilih tak bertegur dengan mamat yang nampak hanya melayan orang yang datang bersalam dengannya. Kami bagai tak wujud walau betul2 di sebelahnya..
Sewaktu pulang, isteri aku berkata dalam kereta "Yb mana tu? Nyombong betul! Dahlah tak respek orang lain merokok!"
..bila keluar berita katak lompat ni baru kami perasan, mamat nilah rupanya!
yang mana? tu yang gelap memegang handphone tu..
hampeh!! tentu lepas ni dia ada banyak duit nak isap rokok!
sejarah berulang!
dah lihat tumbang USSR bersama Teori Domino, tembok Berlin ditiup Wind of Change,lenyap Saddam Hussein selepas Marcos,Suharto,Mahathir..
Pak Engku Yusof 73 tahun gembira dapat menyaksikan BN tercungap2.katanya, "lembu yang sedang disembelih memang akan menendang kuat sejenak sebelum mati perlahan2..kuatkan pegangan!"
- menu sarapan pagi esok :gamuda - sejenis makanan keluarga diraja
Friday, February 6, 2009
Harussani vs Nik Aziz?
Nik Aziz kata kerajaan Perak KERAJAAN HARAM!
kalau ada debat untuk Harussani dan Nik Aziz membentangkan hujah masing2 secara langsung di tv best kan?
syaratnya: LIVE dan bukan kerbau moderatornya..
BERITA ANGIN TERKINI!!
BERITA ANGIN....ingat! berita angin selalunya jadi betul!
GAMUDA, a company part owned by azlan's daughter in big trouble. need 1 or 2 billion RM injection, so no choice but to kowtow to najib. money wins over justice.
haha..our economy is fine,our foundation is strong!
OKT direman 2 hari..
dalam court sdr. Bad minta seluar panjang utk memudahkan solat..
aparaaa! seluar pendek busyuk masyam camana nak solat..
dalam lokap pun nak solat gak, mana boleh derhaka dengan Allah...
puak RASUAH takpelah..depa hanya pantang derhaka dengan sultan!
taiko SUK Perak!
OKT direman 1 hari!
- laporan oleh Ummu Asiah yang masih boleh tertawa biarpun suaminya turut ditahan. Demi sebuah perjuangan, gombak-kuala kangsar tidaklah jauh bagi mereka!
GEMPAR!! website pejabat DYMM Sultan Perak mangkat!!
akibat serangan bertalu2, website tersebut telah mangkat hari ini..jenazah telah dikebumi di masjid ubudiah dan direnjis water canon...
cheerss!!
(sambil tunduk bertafakur dan mengesat air hidung)
Perak DarulRASUAH!
- kerajaan RASUAH/BN
- kerajaan umno
peringatan sekali lagi:-
RASUAH bermaksud sebuah parti yang mengaku memperjuangkan bangsa Melayu iaitu persetubuhan kebangsatan melayu bersatu (R.A.S.U.A.H)
umno bermaksud sejenis perbuatan menyogok wang, ganjaran atau apa saja untuk memberi keuntungan kepada satu pihak dengan jalan tak ikut saluran yang betul..
SELAMAT DATANG KE PERAK DARUL RASUAH!
untukmu DYMM!
patik yang hina lagi dihina harap diampun
"mana2 raja yang mati dlm keadaan menipu rakyat,diharamkan syurga ke atasnya"
- firman Allah...
RAKYAT TUANKU DIBEDIL DI LUAR, TUANKU BUAT APA DI DALAM?
say something TO YOUR PERAKIANS (kulup speaking)
*ampun TUHANKU Allah swt,
jangan hukum hambamu syirik kerana menyamakan MAHA MULIA makhlukmu dengan diriMu yg Maha Segala Kehebatan!
Thursday, February 5, 2009
aktivis GMI ditangkap..
KERAjaan (baru)Perak DarulRasuah mengganas!
BODOH!!
belajar undang-undang
tapi otak udang
mintak kena penendang!!
2 daripada 3 hakim masuk neraka..
yang sorang lagi masuk RASUAH!
web pejabat DYMM Sultan Perak dibelasah rakyat!
baca komen di situ dan tinggalkan komen anda!!
Rukunegara Hantu Kopek!!
buku rukunegara aku dilarikan ke Pekan oleh
Hantu Kopek gedempol!!
SULTAN tak perkenan pilihan rakyat
RAKYAT tak perkenan pilihan SULTAN
aku tak pasti ALLAH perkenan tak...
PESAN UNTUK ANAKCUCU!
pada hari ini 5 februari2009 telah nuzul satu hadis Melayu
"dan takutlah kamu kepada Najib, taatilah Sultan melebihi tuhan kamu"
- datukmu yang pernah hidup pada tarikh ini
KULUP SAKAH
cheersss!!
aduh sedapnya kegagalan ini
sedapnya aduh!
aduhai datanglah lagi wahai kecewa
datang tanpa berhenti
kecewakan mereka
mereka rindukan kecewa
pergilah ramai2 ke sana
kecewakan mereka
kasihan mereka
mereka tidak kasihankan
diri mereka
- DINSMAN
-Segelas beer untuk anda sebagai merayakan kemandulan demokrasi.cheers!
Wednesday, February 4, 2009
Najib Yang Maha Kuasa!
Hamba2nya yang taat terus beriman kepadanya kerana yakin dia Maha Berkuasa atas segalanya termasuklah Tuhan Pemberi Rezeki dan Pencabut Nyawa..
Takbuuurr!!
Ayuh! Anak jantan..auw!
Jadi buktikanlah jantina anda dengan meminta bersungguh2 Pilihanraya semula Perak diadakan dan jangan mengelak2 berdalih..setakat ini PR sedang berusaha ke arah itu untuk membuktikan mereka wira yang bersedia bertarung di padang demi menghormati hak rakyat..
BN? ada berani? Seperti sehari dua lalu nampak begitu takut dengan lompat2 ni sampai nak minta akta antilompat, tup2 dah mula tersengih sebab seronok ada monyet nak lompat ke dalam mereka...
BIARKAN RAKYAT SEKALI LAGI MEMILIH SIAPA UNTUK MEREKA..SAMA ADA BN ATAU PR MENANG, HORMATI WALAUPUN KELEBIHAN 1 KERUSI.
Benci pulak aku tengok rakyat dibodoh2kan macam lembu yang tak berGERAK dalam 6 kotak rahsia yang terpaksa berdebar2 akibat silap mata badut2 ni..
To be a man you must beat a man.Whoooowww!!
- Ric Flair
Tuesday, February 3, 2009
Hantu Kopek sorok Perakexpress? Hantu Raya muncul di Perak
Khuatir dengan keselamatan tauke laman web berpengaruh tersebut yang semakin panas dengan info kemelut kerajaan Perak, pawang aku menelefon Mat Saman Kati untuk merisik apakah beliau juga menjadi mangsa terbaru Hantu Kopek..
Oh!! Tidak..Perakexpress overload, kerja2 menghalau saki-baki gangguan teknikal sedang dijalankan dan bakal pulih!...
kus semangaaattt!!
Jauhkan kami dari gangguan kerana hantu raya juga sedang merayau2 di Perak!
Hantu raya yang sudah tidak dikehendaki tuan lamanya kini sedang bergentayangan tanpa arah kerana tuan barunya pun seperti tak berapa percaya dengan kesaktiannya..
syy! Kalau ternampak ada lembaga merayau membawa beberapa buah kotak misteri jangan tegur..itu mungkin hantu raya yang sedang mengacau Selangor dengan lembu2nya!!Zam-zam ala Kazamm!!
TEMPAT PERSEMBUNYIAN MEREKA TERBONGKAR!
Osama Laden mengeluh komplen pada aku sebab lobang gua Tora Boranya dirampas oleh Bala,Ayah Pin, Saifulliwat dan 2 Adun PKR sehingga dia terpaksa tidur di luar gua menyebabkan keselamatannya terjejas...
Osama juga khuatir kerana dia seringkali terlihat satu lembaga gedebab wanita dengan muka berkilat akan datang menemui mamat2 tersebut..Hantu Kopek itu sering mengugutnya agar lompat segera ke lobang parti RASUAH agar kerajaan baru dapat disetubuhkan di Mongolia..
akhir kata Osama pesan, JANGAN MAKAN UMNO!!
Monday, February 2, 2009
MISTERI HANTU KOPEK...
sebenarnya nak suruh balik sebab dah masuk Maghrib..
tapi ada jugak kite dengar cerita bebudak dulu hilang sampai satu kampung cari tak jumpe..akhirnya selepas 'ghostbuster' melayu dipanggil kita akan terjumpa budak ni tertidur atau kebingungan di celah2 pokok atau di tempat2 yang sebenarnya tak susah dicari pun...dan budak ni pun akan berkata yang dia nampak orang2 sedang mencarinya tapi tak boleh buat apa2..
AWAS! HANTU KOPEK muncul semula...antara yang pernah jadi mangsa disorok hantu kopek ni ialah Bala, Ayah Pin, Saifulliwat, 2 Adun PKR Perak,
Mengapa mereka disorok hantu kopek ni tak tahulah..ia masih misteri!
Hantu Kopek ni khabarnya dibela oleh orang Pekan! ada juga yang mengatakan orang Pekan ni yang dibela Hantu kopek ni...