Tolaklah fahaman ideologi kepartian, sama ada aku PAS tau tidak, Nizar bagi aku menepati kriteria sebagai PM Malaysia. Ketokohan Nizar terserlah, popularitinya melonjak dan simpatisan meningkat. Namun bukan itu ukurannya.
Nizar yang gigih membina kerjaya sebagai Ir dan usahawan, giat belajar menguasai bahasa Cina sehingga anak-anaknya juga menjadi sepertinya (malah ada yang jadi hafiz), mampu mendidik serta memimpin solat dan kuliah menjadikan Nizar istimewa dari yang lainnya. Krisis di Perak menonjolkan sifat Nizar yang tegas mempertahankan prinsip mengikut dhamirnya walaupun terpaksa menanggung risiko yang besar. Nizar konsisten, yakin cemerlang. Walau mungkin di antara anda tidak setuju dengan pendirian Nizar dalam isu ini, lihatlah Nizar dari perspektif yang lain sebagai bakal pemimpin ulung.
saranan RPK
RPK menyarankan DSAI, Hj Hadi dan Kit Siang berundur dan beri golongan muda terajui perjuangan. Aku setuju kalau pemimpin BN yang ada sekarang juga berbuat demikian dan memberi peluang orang muda terajui negara. Sekali lagi dengan menolak fahaman kepartian, bolehkah kita bayangkan siapa yang menggantikan pemimpin yang ada..
aku pilih Nizar sebagai PM tapi tak mahu letakkan di sini siapa TPM, Menteri2 Kabinet dan Ketua Pembangkang...
aku serahkan pada kalian, kalau tak mahu cadang di sini, congaklah di kertas sendiri demi mensejahterakan Malaysia..
Boleh?
17 comments:
abis bang nuar, hadi awnag mu mau campak mana?
hish jangan kerana satu isu semua leh jadi...
saya satu undi untuk Nizar!
ketenangan mengatasi segala-galanya!
N4R...
Nizar 4 Rakyat!
TUAN
1. Berhubung dengan Nizar hamba setuju bebenar.
2. Berhubung dengan Anwar, tolong jangan berhenti lagi. Beliau merupakan lambang perpaduan buat masa ini. Tidak dapat dibayangkan PR tanpa beliau.
3. Berhubung dengan Hj Hadi dan Kit Siang, terpulanglah.
Pemimpin datang dan pergi..mungkin TGHA bukan masanya ..tapi calon lainkan ada..
Nizar laluan mu akan kami bentangkan,sabarlah didalam ujian ini,
Aku setuju dengan KS, Nizar ni pemimpin pelapis sesudah Anwar. Semangatnya seperti Anwar. Cuma Anwar permaianan politik dihujung jari dan Nizar belum sampai ketahap itu.
Muktamar PAS akan datang Nizar mungkin calon Timbalan Presiden atau sekurang-kurangnya Naib Presiden. Inilah ketokohan pemimpin yang tidak ditakuti oleh orang bukan Islam. Siapa boleh tersenyum bila puluhan SB disekelilingnya dipejabat SUK semalam. Aku rasa yang namanya Ngeh pun tak mampu tersengeh.
Bukan nak ampu, rupanya selama ini tak siapa tahu ada pemimpin berjiwa Tuah berfikiran Jebat.10 bulan lalu tak siapa mengetahui ketokohannya dan kemampuannya mentadbir Perak sehingga rakyat Perak makin terpikat, kini rakyat Malaysia pula terpikat, bukan sahaja yang Melayu, tapi yang India dan Cinanya.
Madey tak pernah menyangka Anwar mendapat sokongan orang Melayu setelah dipecat dan Sultan Perak pun tidak menyangka Nizar mendapat sokongan rakyat Perak dila dipecat. Cuma Anwar sudah diISAkan tak tahu le Nizar.
Sekiranya sekarang UMNO/BN mempunyai PM dan TPM; Abdullah/Najib (AN), PR juga mempunyai "AN" iaitu Anwar/Nizar. Mungkinkah kedua-dua AN pimpinan BN ini akan tumbang ditangan AN pimpinan PR tak lama lagi. Yang pasti Lim Guan Eng sudah menyepi diri, apakah kerana Anwar sudah rapat dengan Nizar, kawan barunya. Paling kasihan adalah Sultan Perak yang tidak dapat menilai antara kaca dan permata.Perak kehilangan seorang pemimpin yang baru disedari kilauannya akibat kebodohan Sultannya. Ampun Tuanku, patik mohon derhaka.
apis jangan salah faham,
anwar tetap relevan dgn yg lain,
ini cuma andaian bagi menepis RPK
Saya sangat setuju dengan maun, "Paling kasihan adalah Sultan Perak yang tidak dapat menilai antara kaca dan permata. Perak kehilangan seorang pemimpin yang baru disedari kilauannya akibat kebodohan Sultannya."
Dan saya pun nak cakap, "Ampun Tuanku, patik mohon derhaka.'
Tapi, tak ampun pun takpe. Yang penting, keampunan Yang Maha Esa.
And yes, Nizar 4 rakyat!
siapa nizar tu?zuhud ke dia?warak ke dia?..PM patut dtg dr kalangan ulama'..pemimpin yg boleh mengembalikan kegemilangan Islam..fikir2kan la...
Salam Anon,
Kegemilangan Islam tidak hanya bergantung kepada yang ada title ulama' semata tapi mesti mempunyai daya kepimpinan juga. Ambil contoh Saidina Omar Al-Khattab, banyak perkembangan dalam tamadun Islam bermula dari zamannya.
Nabi Muhammad s.a.w yang menyampai risalah Allah juga mempunyai daya kepimpinan, jika tidak tidak akan ada pengikutnya, begitu juga Musa a.s, jika tidak ada keberanian dengan izin Allah dalam kepimpinannya tidak akan tersungkur Firaun yang zalim.
Itu sebab ada Rasul ada Nabi. Nabi ada ilmu tapi kurang daya kepimpinan dan ilmunya hanya untuk diri nya, berbeza mereka yang ada bakat kepimpinan yang dianugerah oleh Allah diutus sebagai Rasul. Lain pula Rasul yang Ulul Azmi, iaitu mereka yang ada anugerah kepimpinan, kesabaran dalam menahan kepahitan ujian Allah, kuat istiqamahnya dll.
bagi aku nizar adalah seorang pemimpin masa hadapan,banyak lagi cabaran dan halangan yg perlu dia tempuh.silap-silap kena masuk gerigi besi dulu baru terbukti.sekurang2nya PR khususnya PAS ada pelapis yg berwibawa dan berbakat besar.Buat masa sekarang anwar adalah pemimpin semua di dalam PR.
ISA banyak membonsaikan insan yang mengaku pejuang..ramai nama2 besar tersungkur dan tewas dengan ISA..
namun masih ada yang terus tegar setelah bebas dari ISA..mereka ini cukup liat..akan tetapi kaedah lain pemerintah ialah dengan menyogok kesenangan...inilah cabaran yang paling BESAR kerana keluarga akan melemahkan semangat perjuangan jika kesusahan melanda, akhirnya sang pejuang tegar pun layu...malah lebih JAHAT dari si zalim
Amin..
Bro saya setuju beno dgn saudara..
Amin..
Nizar ni kalau di hantar Ke GAZA bagus juga, tentu Isreal pening kepala. Hanya yahudi boleh lawan Yahudi.
anony,
zionis je yg balun org dgn cotar,tembak dgn watercanon,rampas tanah peneroka bandar utk bagi taukepemaju,tahan tanpa bicara, bom orang guna c4...
saifuddin nasution, yusmadi penang tu pun best jadi, DAP the best lim guan eng jadi Menteri Kanan
de facto mcm DSAI dan TG Hj Hadi masih berperanan penting dan spiritual leader mcm Tok Guru Nik Abdul Aziz lagi le penting.
YA ALLAH, hancurkan lah pemimpin2 umno bn yang cuba merosakkan keamanan bumi mu Malaysia ini. Mereka melakukan rasuah Ya Allah, Mereka Menculik dan mengugut wakil2rakyat kami Ya Allah, mereka mengambil hak rakyat utk kemewahan mereka Ya Allah. Hancurkan lah mereka2 yang cuba merosakkan "kapal" ini Ya Allah.
Hacurkan lah mereka Ya Allah.
Hacurkan lah mereka Ya Allah.
Hacurkan lah mereka Ya Allah.
Post a Comment