Saturday, February 7, 2009

Adun Behrang- kenangan bersamamu

Beberapa bulan lalu sewaktu menghadiri majlis solat hajat kes Saiful dan majlis kesyukuran kemenangan Anwar dlm PRK Permatang Pauh di rumah Anwar di Bukit Segambut aku, isteri dan anak2 memilih untuk duduk di halaman rumah jauh dari crowd.. rimas!.

Di sebelah kami ada seorang lelaki gelap berdiri tak putus menghisap rokok sampai merimaskan isteri aku, apatah lagi 2 anak OKU aku yang ada asma..lelaki ni langsung tak memandang kami..

Sehingga datanglah beberapa orang berjabat tangan dengannya sambil bertanya "apa khabar YB!" baru aku tahu dia YB..tapi aku memilih tak bertegur dengan mamat yang nampak hanya melayan orang yang datang bersalam dengannya. Kami bagai tak wujud walau betul2 di sebelahnya..

Sewaktu pulang, isteri aku berkata dalam kereta "Yb mana tu? Nyombong betul! Dahlah tak respek orang lain merokok!"

..bila keluar berita katak lompat ni baru kami perasan, mamat nilah rupanya!
yang mana? tu yang gelap memegang handphone tu..
hampeh!! tentu lepas ni dia ada banyak duit nak isap rokok!

7 comments:

Pewaris Melayu said...

tak da modal lain dh ke?
asyik2 nak mengata orang saja

maun said...

Apa salahnye menghibur hati yang lara. Lagipun menghisap rokok tu kan membahayakan kesihatan. Duit dah banyak, jaga-jaga lah kesihatan nanti tak sempat nak tobat yob.

EQUILIBRIUM said...

jangan dia jalan dulu udah. penin najib nak ngatur prk nanti muahahaha

Unknown said...

Ya, hisaplah sampai mampus!

bukit chandanian said...

Salam Sdr Moderator,
Mohon bantuan untuk buat pengumuman di blog saudara, iaitu:

Pihak PAS Kawasan Kuala Kangsar memohon sumbangan orang ramai bagi membiayai jaminan 9 orang sahabat seperjuangan, mangsa kezaliman polis, yang telah ditahan oleh polis semasa kejadian tunjuk perasaan di Masjid Ubudiah, Bukit Chandan tempohari. Mereka akan diikat jamin pada 8hb Februari (Ahad) jam 3.30 petang, di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar.

Berikut adalah akaun bank untuk sumbangan tersebut:
1. Parti Islam Semalaysia Kawasan Kuala Kangsar, RHB Islamic Bank
no ac: 2-58187-00000991
2. Bendahari PAS Kuala Kangsar
Azmi Kamal, Bank Islam no ac:
08040020018015

Terima Kasih
Jazakallah khairan khathira

daLyaanoon said...

baru pulang dari tmn melewar...

dgr cara YB Idham Lim td...mcm tak lama ja KERAjaan haram perak ni...

kita tgk sapa yg kena!

KING CAI said...

Pewaris Melayu = Pembelot Melayu