Sunday, February 8, 2009

Anwar memang patut undur..

Karpal Singh betul kalau menyarankan Anwar berundur dan bertaubat. Anwar bukan maksum, pada aku Anwar juga bukan revolusioner, tetapi politikus yang ingin mencetus reformasi. Anwar boleh berundur jika beliau menderhaka dan mengkhianati rakyat. Sejarah perjuangan zaman berzaman tidak pernah melihatkan rakyat mengkhianati pemimpin akan tetapi pemimpinlah yang menodai perjuangan.

Tetapi masalahnya Anwar masih relevan dan Anwar belum menderhaka kepada rakyat. Bayangkan penganjuran perhimpunan raksasa tanpa Anwar?..Bayangkan kalau Anwar tak umumkan 16 September tempohari apa akan berlaku? Sudah tentu Perak tumbang tak sampai seminggu selepas PRU Mac lalu kerana Adun PR akan terus lompat jika dibeli. Kerana yakin dengan 16 September momokan Anwarlah maka ada Adun yang mengambil sikap 'tunggu dulu'..

sms dari rakan-rakan DAP yang aku terima rata-rata menyatakan kesal dan pening dengan Karpal, itu pandangan peribadi Karpal kata mereka dan ada yang mengadu Karpal adalah liabiliti dalam DAP, Kit Siang takutkan lelaki tua berkerusi roda ini dan hubungan beberapa ahli DAP dengan Kit Siang agak dingin disebabkan Karpal. Karpal juga menimbulkan masalah bila menyatakan "over my dead body" jika PAS mahu menubuhkan kerajaan Islam.

Karpal, biarpun dalam DAP- kepalanya seangkatan Mahathir, Liong Sik, Samy, Rafidah, Keng Yaik dan lain-lain yang telah bermastautin di pusat pelupusan sampah....

..tapi sandiwara masih berepisod!

3 comments:

Pengasas said...

Salam LKS,
Bernas. Tahniah!

Unknown said...

Salam saudara.

Mungkin Anwar hanya tidak releven pada Karpal sahaja. Bagi saya Karpal adalah kapal usang yang menunggu masa untuk karam.

Jadi pada tak payah Karpal pandai-pandai nak minta orang lain berundur sebab dia sendiri yang sepatutnya berundur. Bila dia buka mulut akan membuatkan suasana havoc.

Term Papers said...

Absolute marvelous and realistic information. Enjoyed the reading and what a fabulous story, just saw in the movies.