Mat Comot, blogger paling kacak dekad ini menelefon aku menyatakan kebimbangannya kerana Perakexpress 'hilang' dan gagal dibuka..
Khuatir dengan keselamatan tauke laman web berpengaruh tersebut yang semakin panas dengan info kemelut kerajaan Perak, pawang aku menelefon Mat Saman Kati untuk merisik apakah beliau juga menjadi mangsa terbaru Hantu Kopek..
Oh!! Tidak..Perakexpress overload, kerja2 menghalau saki-baki gangguan teknikal sedang dijalankan dan bakal pulih!...
kus semangaaattt!!
Jauhkan kami dari gangguan kerana hantu raya juga sedang merayau2 di Perak!
Hantu raya yang sudah tidak dikehendaki tuan lamanya kini sedang bergentayangan tanpa arah kerana tuan barunya pun seperti tak berapa percaya dengan kesaktiannya..
syy! Kalau ternampak ada lembaga merayau membawa beberapa buah kotak misteri jangan tegur..itu mungkin hantu raya yang sedang mengacau Selangor dengan lembu2nya!!Zam-zam ala Kazamm!!
3 comments:
Salam KS,
Kalau overload tak pe le, takut-takut melompat ke Perak Bangkit
wuish xkan lah colan Pr nak lompat ke perak bangkit hik hik hik
Apa he KS, Perak Express dah kena blog ke, atau memang dah kena sorok dengan Hantu Kopek
Post a Comment