kawanku-seorang guru sebuah sekolah yang mengajar kemahiran vokasional mengeluh..baru2 ini mereka mengadakan sesi temuduga kepada budak2 lepasan PMR untuk masuk ke sekolah teknik mengambil mata pelajaran kemahiran saja..(SKM-sijil Kemahiran Malaysia- dulu MLVK atau LLPPKK)..
kebanyakannya bebudak yang memohon dan dipanggil temuduga ini keputusannya teruk, tujuan temuduga adalah untuk memilih pelajar yang menyertai kursus ini walaupun lemah tetapi sekurang2nya boleh membaca dan menulis ..
Kawan aku mengeluh kerana ada bebudak yang datang tu masih tak boleh membaca, mengeja dan menulis dengan betul walaupun dah nak masuk 16 tahun..maka mereka gagal temuduga dan balik ke sekolah harian biasa..dan katanya jumlah pelajar begini bukan sedikit..
bebudak ini pasti 'maut' dan hanyut dalam akademik kerana sudah pasti di sekolah biasa mereka kena belajar untuk SPM..sepatutnya mereka diberi peluang belajar kemahiran ketukangan tapi mereka tak layak sebab tak boleh membaca..
apa yang guru2, guru besar malah yang terlibat dengan kementerian pelajaran buat sehingga ada murid yang tercicir begini? sepatutnya di sekolah rendah mesti dipastikan kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) dikuasai murid2..jika tidak, mereka harus dikenalpasti masalahnya sama ada mereka itu 'lembam' atau 'slow learner'..KERANA SIBUK MAHU MENGEJAR GRED DAN PENCAPAIAN SEKOLAH TERBAIK, MEREKA TERABAI..
bagaimana?..tu belum masuk lagi yang tak boleh mengaji al Quran atau mengenal huruf jawi..
wahai menteri pelajaran, hunuskan kerismu dan kejar anak2 buah mu agar mereka betul2 menolong anak Malaysia, kalau sebok dengan Melayu ketahuilah ramai pelajar Melayu yang bernasib begini..
jangan sebok dengan PPSMI- bebudak tercicir mesti diutamakan!!
10 comments:
SEBAB BUTA 3M
1.ibu/apa tak ambil kisah
2.guru diajar gila DG dan gila pangkat
3.KPM gila program sama ada kurikulum atau kokurikulum. murid sekolah rendah khasnya terabai...yg dikejar tak dapat...yg dikendung berciciran....contohnya dasar PPSMI..duit dah berbilion habis pencapaiannya...hanya atas kertas..
Saudara
Terima kasih dan tahniah di atas maklumat dan ulasan saudara. Saya sependapat dengan saudara tentang nasib anak-anak yang terpaksa ke sekolah harian dan menghadapai matapelajaran SPM yang sememangnya di luar kemampuan mereka lantaran lemahnya persediaan mereka ketika di peringkat sekolah rendah. Persoalannya, adakah mereka ini telah diberi pendidikan dan bimbingan yang sewajarnya sewaktu di peringkat rendah? Waktu zaman saya bersekolah rendah dahulu (sekitar tahun 60an)saya tidak nampak ada seorang pun rakan sekolah yang tak boleh menulis dan membaca. Setahu saya tiada pelajar yang digelar lembam sehingga tamat 6 tahun belajar di peringkat rendah masih tak tahu membaca, menulis dan mengira. Mengapa itu berlaku? Mengikut pandangan saya, ada beberapa faktor:
Kerana di sini ruangnya terhad, saya akan berikan dalam komen berikutnya...
Sambungan dari komen saya sebelum ini...
Mengapa itu berlaku? Mengikut pandangan saya, ada beberapa faktor:
1. Komitmen guru zaman 60-70an yang mengajar dengan bersungguh-sungguh dan bebas menghukum murid yang degil, malas dan melakukan kesalahan. Hukuman yang diberi berpatutan dan tidak pernah dipersoal oleh murid/ibu bapa/masyarakat. Malah, murid sendiri takut memberitahu ibubapa jika dihukum kerana ibubapa akan menambah hukuman yang diterima kerana kepercayaan dan hormat ibubapa kepada guru yang memang menunjukkan kesungguhan untuk mengajar. Ini bertentanghan dengan era sekarang. Sesetengah Guru masa kini (saya tidak borong semua) tiada komitmen tinggi dalam mendidik anak-anak. Saya sendiri berpengalaman melihat guru sebegini. Insiden pertama: Suatu hari saya ke kelas anak saya atas sebab tertentu dan terperanjat bila melihat guru yang mengajar pada ketika itu hanya melayan sebahagian pelajar dan membiarkan anak saya bersama rakan yang lain. Ini terjadi hanya kerana anak saya tidak membawa/memiliki buku yang digunakan. Pada hemat saya, beliau mengambil pendekatan bahawa siapa nak belajar datang kepada beliau dengan semua persediaan, jika tidak lantak kau lah! Ini tak sepatutnya berlaku di sekolah rendah yang muridnya memerlukan didikan dan bimbingan. Pelajar seumpama anak saya perlu ditegur/didenda dan ibubapa dimaklumkan supaya mengambil perhatian kepada anak mereka. Saya sendiri atau ibubapa lain mungkin tidak sedar tentang anak mereka yang tidak membawa buku yang diperlukan. Insiden 2: Saya ke sekolah untuk mengambil report card anak saya sambil bertemu guru kelasnya. Sewaktu pertemuan, baru saya dimaklumkan bahawa anak saya selalu tak siapkan kerja sekolah. Masalahnya, saya selalu bertanya kepada anak saya tentang kerja sekolahnya dan diberitahu semua telah dilakukan atau tiada kerja sekolah yang diberi. Saya tidak faham dan kesal mengapa saya mengetahui hal ini pada penghujung semester ketika saya mengambil report card!! Kalau anak saya terus-terusan tidak menyiapkan kerja sekolah, tak bolehkah guru berkenaan melaporkannya kepada saya lebih awal? Sukar sangat ke untuk memanggil saya datang atau menulis nota ringkas untuk memaklumkan saya sebarang masalah atau menelefon? Ini yang saya katakan sebagai mentaliti dan sikap kurang komited guru zaman sekarang terhadap tanggungjawab mendidik berbanding guru zaman saya bersekolah. Saya harap mereka akan dapat menukar sikap.
2. Berkaitan sistem pelajaran, saya juga hairan dan bingung bila pelajar yang dah buta huruf dipaksa memasuki sekolah harian dan perlu belajar subjek PMR dan SPM!!!! Apa akan berlaku kemudian? Bolehkah pelajar tu ikuti pelajaran dan lulus peperiksaan? Orang bodoh pun tahu jawapannya. Habis kalau mereka tak boleh, mengapa diteruskan? Akhirnya mereka akan jadi makin sesat, bodoh, kecewa, keliru dan macam-macam lagi. Kerana itulah ramai murid kategori ini menjadi masalah kepada sekolah. Tiada disiplin, buat bising, vandalism dsb. Mengapa tak sediakan latihan kemahiran seawal yang mungkin? Mereka tak boleh ikuti akademik tetapi boleh lakukan sesuatu kerja kemahiran mengikut minat dan bakat masing-masing. Sesuaikanlah latihan kemahiran berkenaan dengan kebolehan individu. Janganlah yang bodoh lembam nak belajar elektronik dan komputer. Berikanlah kemahiran hard skills yang kurang menggunakan teknologi. Walaupun era kini banyak latihan kemahiran dah tidak sesuai untuk mereka yang kurang pencapaian akademik kerana teknologi yang makin canggih, namun masih banyak bentuk kemahiran yang sesuai dengan golongan yang tercicir. Jadi KPM perlu tukar polisi dan sediakan kemudahan latihan untuk memenuhi keperluan golongan ini. Wahai YB Menteri Pelajaran.... fikir-fikirkan lah........!!
Saudara,
Terima kasih dan tahniah di atas maklumat dan ulasan saudara. Saya sependapat dengan saudara tentang nasib anak-anak yang terpaksa ke sekolah harian dan menghadapai mata pelajaran SPM yang sememangnya di luar kemampuan mereka lantaran lemahnya persediaan mereka ketika di peringkat sekolah rendah. Persoalannya, adakah mereka ini telah diberi pendidikan dan bimbingan yang sewajarnya sewaktu di peringkat rendah? Waktu zaman saya bersekolah rendah dahulu (sekitar tahun 60an)saya tidak nampak ada seorang pun rakan sekolah yang tak boleh menulis dan membaca. Setahu saya, tiada pelajar yang digelar lembam sehingga telah tamat 6 tahun belajar di peringkat rendah masih tak tahu membaca, menulis dan mengira. Mengapa itu berlaku? Mengikut pandangan saya, ada beberapa faktor:
Faktor Pertama: Komitmen guru zaman 60-70an yang mengajar dengan bersungguh-sungguh dan bebas menghukum murid yang degil, malas dan melakukan kesalahan. Hukuman yang diberi berpatutan dan tidak pernah dipersoal oleh murid/ibu bapa/masyarakat. Malah, murid sendiri takut memberitahu ibubapa jika dihukum kerana ibubapa akan menambah hukuman yang diterima kerana kepercayaan dan hormat ibubapa kepada guru yang memang menunjukkan kesungguhan untuk mengajar. Ini bertentanghan dengan era sekarang. Sesetengah Guru masa kini (saya tidak borong semua) tiada komitmen tinggi dalam mendidik anak-anak. Saya sendiri berpengalaman melihat guru sebegini.
Insiden pertama: Suatu hari saya ke kelas anak saya atas sebab tertentu dan terperanjat bila melihat guru yang mengajar pada ketika itu hanya melayan sebahagian pelajar dan membiarkan anak saya bersama rakan yang lain. Ini terjadi hanya kerana anak saya tidak membawa/memiliki buku yang digunakan. Pada hemat saya, beliau mengambil pendekatan bahawa siapa nak belajar datang kepada beliau dengan semua persediaan, jika tidak lantak kau lah! Ini tak sepatutnya berlaku di sekolah rendah yang muridnya memerlukan didikan dan bimbingan. Pelajar seumpama anak saya perlu ditegur/didenda dan ibubapa dimaklumkan supaya mengambil perhatian kepada anak mereka. Saya sendiri atau ibubapa lain mungkin tidak sedar tentang anak mereka yang tidak membawa buku yang diperlukan.
Insiden 2: Saya ke sekolah untuk mengambil report card anak saya sambil bertemu guru kelasnya. Sewaktu pertemuan, baru saya dimaklumkan bahawa anak saya selalu tak siapkan kerja sekolah. Masalahnya, saya selalu bertanya kepada anak saya tentang kerja sekolahnya dan diberitahu semua telah dilakukan atau tiada kerja sekolah yang diberi. Saya tidak faham dan kesal mengapa saya mengetahui hal ini pada penghujung semester ketika saya mengambil report card!! Kalau anak saya terus-terusan tidak menyiapkan kerja sekolah, tak bolehkah guru berkenaan melaporkannya kepada saya lebih awal? Sukar sangat ke untuk memanggil saya datang atau menulis nota ringkas untuk memaklumkan saya sebarang masalah atau menelefon? Ini yang saya katakan sebagai mentaliti dan sikap kurang komited guru zaman sekarang terhadap tanggungjawab mendidik berbanding guru zaman saya bersekolah. Saya harap mereka akan dapat menukar sikap.
(Bersambung ke komen berikutnya...)

(Sambungan dari komen terdahulu)
Faktor kedua: Berkaitan sistem pelajaran, saya juga hairan dan bingung bila pelajar yang dah buta huruf dipaksa memasuki sekolah harian dan perlu belajar subjek PMR dan SPM!!!! Apa akan berlaku kemudian? Bolehkah pelajar tu ikuti pelajaran dan lulus peperiksaan? Orang bodoh pun tahu jawapannya. Habis kalau mereka tak boleh, mengapa diteruskan? Akhirnya mereka akan jadi makin sesat, bodoh, kecewa, keliru dan macam-macam lagi. Kerana itulah ramai murid kategori ini menjadi masalah kepada sekolah. Tiada disiplin, buat bising, vandalism dsb. Mengapa tak sediakan latihan kemahiran seawal yang mungkin? Mereka tak boleh ikuti akademik tetapi boleh lakukan sesuatu kerja kemahiran mengikut minat dan bakat masing-masing. Sesuaikanlah latihan kemahiran berkenaan dengan kebolehan individu. Janganlah yang bodoh lembam nak belajar elektronik dan komputer. Berikanlah kemahiran hard skills yang kurang menggunakan teknologi. Walaupun era kini banyak latihan kemahiran dah tidak sesuai untuk mereka yang kurang pencapaian akademik kerana teknologi yang makin canggih, namun masih banyak bentuk kemahiran yang sesuai dengan golongan yang tercicir. Jadi KPM perlu tukar polisi dan sediakan kemudahan latihan untuk memenuhi keperluan golongan ini. Wahai YB Menteri Pelajaran.... fikir-fikirkan lah........!!
(p.s. Ada banyak lagi yang hendak saya luahkan, namun masa terhad.....cukup sekar ini dahulu. Jumlagi....Wassalam.)
Thank you so much for allotment on your wonderful experiences in this site; it will motivate me more to visit your site more frequently.
Dissertations Writing
Post a Comment