Thursday, February 12, 2009

Hikayat RAJA pembohong (LAWAK KURANG STRESS)

cerita ini ditulis oleh seseorang dan pernah disiarkan di majalah humor gila2 suatu masa dulu, walaupun tak serupa tapi lebih kurang begini,



Alkisah tersebutlah ceritera kononnya ada seorang raja memerintah sebuah negara. baginda dilanda kebosanan yang amat sangat lalu disuruh oleh baginda akan pencacai2nya agar mencanangkan ke seluruh pelusuk jajahannya bahawa satu pertandingan BERCERITA KISAH2 BOHONG akan diadakan dan hadiahnya amat lumayan. Sesiapa yg berjaya menyampaikan ceritanya sehingga raja berkata "cerita kamu ini bohong!" maka dia dianggap pemenang. Yang gagal akan dihukum (biasalah..raja dulu2)


maka ramailah peserta menyertainya ibarat pertandingan nyanyi2 realiti tv lagaknya.hari pertandingan pun tiba, masuklah peserta pertama mempersembahkan cerita bohongnya kepada raja.

"pada zaman akan datang,akan ada tercipta sebuah peti yang bersuara dan bergambar di mana manusia mampu melihat negara2 lain melalui peti itu!"

"beta percaya cerita kamu!" maka kelatlah muka peserta pertama tersebut kerana sudah pastilah hayatnya tinggal beberapa detik saja lagi.


peserta kedua pun masuk mengadap dan memyampaikan ceritanya."ada sebuah negara yang terletak di atas angin,penduduknya berkulit merah, bermata biru dan berambut perang.tubuhnya cukup besar dan tinggi".


"beta tak nampak pembohongan pada cerita kamu".maka meraunglah mamat yang beristeri lapan itu kerana tiadalah lagi peluangnya berkahwin jika dihukum bunuh..

begitulah seterusnya, satu demi satu peserta masuk mengadap dan satu demi satu jualah nyawa terkorban.

yang anak menjadi yatim,
yang bini menjadi balu
yang laki hilang bini
makbapak kurang anak

sehinggalah muncul peserta terakhir, seorang budak botak berperut buncit bermata juling air, Najab namanya. Raja pun tersenyum kerana sudah pastilah budak bengong ini akan terkorban jua seperti yang lainnya.

"nama patik Najab dari negeri Pekan kemahang, cucu kepada Tok Usin lempoyang yang suatu masa dulu pernah menjadi tabib di raja datuk tuanku iaitu Sultan Ghani Shah. Menurut datuk patik, datuk Tuanku dahulu mengidap sejenis penyakit kulit yang amat berbahaya..tokak, panau, kurap dan kayap penuh berselirat di tubuhnya. Datuk patik dengan segala ilmunya telah berjaya menyembuhkannya seperti sediakala. Sepurnama yang lalu datuk patik meninggal dunia dan telah mewasiatkan agar datang menemui Raja sekarang kerana menurut datuk patik, penyakit itu akan berjangkit kepada cucunya. Sebab itulah patik datang ke mari untuk mengubati penyakit tuan....."

"SUDAHH!! BOHONG!! CERITA KAMU TIPU!! KAMU PENDUSTA!! jerit raja belum sempat si Najab menghabiskan ceritanya. Maka terdengar saja pekikan itu oleh hakim2 yang terdiri daripada para menteri (bukan juri sms), maka menaballah akan mereka si Najab sebagai pemenang.
Raja dengan penuh bengkak terpaksa akur dan memberikan hadiah kepada Najab seperti yang dijanjikan tetapi menghukum buang negeri terhadap Najab.

Walaupun cerita itu bohong, tetapi sejak hari itu Raja berasa tidak senang perut kerana baginda selalu perhatikan menteri2, dayang2 dan seluruh pekerja istana akan tersenyum2 simpul sambil berbisik2 bila bertembung dengan baginda, malah kadangkala mereka ketawa di belakang baginda..

demikianlah adanya cerita cedokan dengan tambahan secukup rasa dari patik

2 comments:

maun said...

Pada aku si Najab tu memang suka bercakap bohong itu sebab dia pandai buat cerita bohong. Yang mengajar dia berbohong adalah datuknya Si Usin Lempoyang. Si Usin Lempoyang inilah konspirator utama yang memalukan Raja tersebut.

Kalau disambung cerita ini, aku rasa lama kelamaan Raja akan tertekan dan akan mencari jalan bagaimana nak membersihkan namanya dan mengaibkan semula si Najab juling tu dan menghukum datuknya Si Usin Lempoyang yang mereka-reka cerita untuk memalukan baginda. Bersiap sedia la ko Si Usin Lempoyang apabila budak Najab telah kuaibkan, bisik Raja tu dalam hatinya.

pak muliadi said...

KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.

KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.


KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.