Cara memesan buku SURAT UNTUK ANAK

Cara memesan buku SURAT UNTUK ANAK
dapatkan!

Saturday, February 28, 2009

SMS MISTERI

kemaskini-

terima sms isnin ni kontraktor sampah kawasan jajahan majlis bandaran kajang yg terdiri dari puak umno akan mogok untuk memburukkan imej PR. Dijangkakan kontrak mereka akan tamat hujung mac ni..
harap perkara ni tak berlaku kerana khuatir taktik memburukkan PR akan lebih mempercepatkan lagi runtuhnya BN..kuheh!kuheh!

sebulan sebelum kes liwat Saiful bukhari dulu, aku dah terima sms misteri memberitahu Anwar masih buat kerja2 meliwat di luar negara.bila aku reply atau cuba call,tiada jawapan mahupun ringtone..kartunis zunar juga pernah berbuat demikian tapi tiada jawapan..

sehari dua ni aku kembali terima sms bodoh..semalam aku terima sms:-
"Sah DAP traju PR.ANWAR tunggul.NIZAR ikut ckp NGA & NGEH. LG ENG tendang FAIRUS dr pfolio agama.KHALID ikut ckp RON,TERESA,ELI,AZIZAN sj btahan.Malu jd ahli PAS.

Pengirim ni bernombor 0136746188. sapa tahu dia ni?

Friday, February 27, 2009

sebuah cerita untuk Menteri Pelajaran!

kawanku-seorang guru sebuah sekolah yang mengajar kemahiran vokasional mengeluh..baru2 ini mereka mengadakan sesi temuduga kepada budak2 lepasan PMR untuk masuk ke sekolah teknik mengambil mata pelajaran kemahiran saja..(SKM-sijil Kemahiran Malaysia- dulu MLVK atau LLPPKK)..

kebanyakannya bebudak yang memohon dan dipanggil temuduga ini keputusannya teruk, tujuan temuduga adalah untuk memilih pelajar yang menyertai kursus ini walaupun lemah tetapi sekurang2nya boleh membaca dan menulis ..

Kawan aku mengeluh kerana ada bebudak yang datang tu masih tak boleh membaca, mengeja dan menulis dengan betul walaupun dah nak masuk 16 tahun..maka mereka gagal temuduga dan balik ke sekolah harian biasa..dan katanya jumlah pelajar begini bukan sedikit..

bebudak ini pasti 'maut' dan hanyut dalam akademik kerana sudah pasti di sekolah biasa mereka kena belajar untuk SPM..sepatutnya mereka diberi peluang belajar kemahiran ketukangan tapi mereka tak layak sebab tak boleh membaca..

apa yang guru2, guru besar malah yang terlibat dengan kementerian pelajaran buat sehingga ada murid yang tercicir begini? sepatutnya di sekolah rendah mesti dipastikan kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) dikuasai murid2..jika tidak, mereka harus dikenalpasti masalahnya sama ada mereka itu 'lembam' atau 'slow learner'..KERANA SIBUK MAHU MENGEJAR GRED DAN PENCAPAIAN SEKOLAH TERBAIK, MEREKA TERABAI..
bagaimana?..tu belum masuk lagi yang tak boleh mengaji al Quran atau mengenal huruf jawi..

wahai menteri pelajaran, hunuskan kerismu dan kejar anak2 buah mu agar mereka betul2 menolong anak Malaysia, kalau sebok dengan Melayu ketahuilah ramai pelajar Melayu yang bernasib begini..

jangan sebok dengan PPSMI- bebudak tercicir mesti diutamakan!!

mana-mana ada penyamun!

selama 3 malam berturut2 mulai malam ni 27feb-1mac M.Nasir akan berkonsert di Istana Budaya..tiket habis, aku terlepas sejak 2 minggu lepas..yang tinggal tiket rm200-250 tu pun tak banyak..

Nasir memerlukan 30 tahun untuk beraksi di IB..

tapi lanun cetak rompak masih tak boleh dibanteras sejak setengah abad meskipun polis dan sb kita cekap mengangkat tilam,memeriksa punggung dan menyamar menjadi bapok..

penyanyi/pelakon melayu, pembeli melayu,penguasa melayu,penguatkuasa melayu,menteri KDN melayu...senator artis pun melayu..

biarkan! biarkan!

TERIMA KASIH BN!

karikatur ehsan oleh www.kulatt.blogspot.com/

TOL naik?
terima kaseyy..
SATU LAGI PROJEK KERAJAAN BARISAN NASIONAL..
Tradisi Membela Rakyat,
MODAL INSAN GLOKAL,
Cemerlang, Gemilang, Terbilang...

UBAH GAYA HIDUP ANDA!
MALAYSIA BOLEH!

Masa depan anda lebih terjamin dengan BN!

Thursday, February 26, 2009

sesama kaum pun nak belasahkah?

terbaca berita Karpal karam Singh diserang pemuda pekembar siang tadi aku pun tak sabar menanti berita tv yang jarang sekali aku tonton..ya! insiden tu ada dan bestnya kamera pun sempat rakamkannya..bukan apa, nak tengok taiko mana..

laa...ketua pemuda gombak,megat anak guru silat lincah omar din ropenyeee...apahalla kau rosakkan imej melayu?..bikin malu melayu je..

belek dulu berapa persen darah melayu dalam tubuh kamu?..selebihnya DNA kamu datang dari negeri asal yang sama dengan karpal..

ingat tak majlis kenduri kahwin kamu dulu? kan dipenuhi pesta tarian bhangra dan bollywood? langsung takde tarian melayu..

kau nak pertahankan apa?

Wednesday, February 25, 2009

SAH!Pak Lah surrender dan Najib ambil alih!

aku dapat signal dari sumber terdekat dengan Pak Lah (spy yang menyamar jadi tikus mondok almari macam cerita Musang berjanggut) bahawa konpom PAK LAH surrender dan nak turun dari kerusi mengantuknya...beberapa majlis perpisahan sedang diaturkan selepas pulang dari Europe nanti..hihi!!




it's Najib time! beberapa perkara akan Najib lakukan apabila naik nanti:-



1- gaji kakitangan awam naik dan kebajikan dipertingkat

2- seperti madey yg pernah tukar rentak Negaraku yg dibencinya itu kepada rentak march (Madey marah juga sebab lagu tu ciplak Mamoola Moon- baca buku Madey Mamak Dilemma) Najib dijangka tukar lagu kebangsaan yg disadur dari lagu pop mongolia

3-rakyat miskin dan kroni dibela serentak

4- geng2 pahang seperti jay jarjis dan maznah akan naik

5- madey dan berahim masuk pekembar

TAPI..MASALAHNYA najib tak naik sebab yang akan jadi PM:

ROSMAH..

esok.....!

keruh di hulu
merebak ke kuala di waktu senja
bertautkah kiambang
esok hari
di hilir yang belum pasti jernih?

siapa lucah? PRK atau anak ketua SPRM?

PRK bukit gantang,bukit selambau
terbaru batang ai sarawak..

2 bukit 1 batang..
batang ai pulak tu

Tuesday, February 24, 2009

50 tahun jasa2 umno kepada melayu..(epilog untuk anonymous)

50 tahun perjuangan umno untuk orang melayu-

1) Singapura terlepas...diikuti batu putih setengah kurun kemudiannya
2) melayu tinggal 3% tersengih2 di pulau pinang..
3) melayu kekal kuota 90% di pusat serenti
4) BBMB lingkup difaraidkan ,hari ni ia tinggal sejarah/bergelar CIMB
5) Melayu menyanyi dan berlakon, lanun cetak rompak kaya (osman tikus terkorban)
6)KLCC teguh berdiri, melayu tersengih2 kat laman..di dalam nak kencing pun tak mampu
7) tulisan jawi dihapuskan sampai suratkhabar jawi utusan MELAYU pupus seperti kaum tsamud
8) ramai mengaku melayu masuk umno untuk menikmati keistimewaan jadi kaya walhal ada yang dari kerala, tok syed arab, anak kutty, anak kailan dan bernama jeanne..
9) bangunan zakat dan baitulmal tinggi melangit tapi rancangan bersamamu penuh melayu melarat..
10) bahasa melayu tinggal dalam jamban...

umno pejuang kemerdekaan? hisyy..umno parti melayu berakronim inggeris yang berjuang untuk merdeka tu dah mati dan diharamkan pertengahan 80an...
ia dinamakan umno(baru) dengan ahli 001 nya Dr madey..rujuk buku perlembagaannya..

lama kelamaan perkataan 'baru' dalam kurungan tu dihilangkan oleh madey si penipu..
sepatutnya umno sekarang bernama 'umno baru"..

bukti:- akhbar the straits time dulunya beribu pejabat di singapura dan cawangannya di jalan riong, KL. bila singapura keluar dari Malaysia, ia berpecah, akhbar singapura kekal dengan nama asal tetapi di malaysia bertukar baru bernama the new straits time!

esok :GERAK seekor LEMBU!

PENGUMUMAN PENTING!
Esok 25Feb Rabu 11pg di depan ibu pejabat SPeRMa Putrajaya anak muda akan bakar bukti2 dan dokumen yang pernah dilaporkan kepada SPeRMa..


*Che'gu Barddd!!! tolong jangan bakar laptop yang ada bahan porno bebudak2 ye..sebab bapak SPeRMa amat memerlukannya, kalau tak susah kapal terbang nak terbang sebab co-pilotnya menggigil ketagihan!


LAGI SATU!
ESOK juga jam 2ptg pemuda PR akan bawa *GERAK kepada SPeRMa Selangor, Plaza Masalam, Sek9, Shah Alam sebagai simbol SPeRMA adalah GERAK yang digerakkan *LEMBU!


GLOSARI
*GERAK- sejenis binatang berkaki empat yang gemar memakan rumput, kadang2 bertanduk dan susunya banyak dibuat orang dalam bentuk tin.

** LEMBU- pertubuhan NGO yang dulunya nak banteras rasuah tapi la ni sibuk dengan menternak GERAK selepas perusahaaan kotak-kotaknya gagal..

Monday, February 23, 2009

Jus Soli dan Berahim Ali

Isu Berahim Ali ni maleh nak ulaslah...aku dah lama bagitahu budak dua alam ni jangan dilayan..ada orang kalau kita layan dengan baik dan berdakwah dengan mereka, mereka akan insaf tapi kalau berdakwah dengan katak aku rasa susah sikitlaahh!! mulai hari ni mamat ni kita gelar 'mendiang' saja sebab dia dah nak mati dah!

Jus Soli, suruhanjaya Reid

melihatkan cerita gerombolan nak berlepas ke negara tuan penjajah asal tanah melayu untuk meneliti dan mendapat nasihat tentang undang2 tubuh negeri Perak bagi menghalalkan tindakan mereka merampas negeri tersebut membuatkan teman tergelak..woitt!! kata dah setengah abad merdeka dan maju di bawah BN..tapi bab undang2 pun tak reti lagi ke? Sambut merdeka tiap2 tahun "tanggal 31, bulan ogos 57.." "tiada yang lebih baik memerintah selain BN"..hahaha!!
bab undang2 kantoi...cemerlang ,gemilang temberang dah pecah tembelang...

tulah pasai..negara tanah tumpah sendiri pun orang asing yang bentukkan perlembagaan nya..tak caya cuba tengok senarai nama suruhanjaya Reid yang merangka Perlembagaan di bawah ni..mana orang Melayu tanah melayu?
tak tau kalu pegi cari buku sejarah!

sumbangan API, AWAS. PKM dengan ikon2 seperti Ahmad Boestamam, Shamsiah akeh, Rashid Maidin, Musa Ahmad, Pak Sako, Dr Burhanuddin Helmi dan lain2 korang kesampingkan dan tiada lain selain Umno pejuang kemerdekaan..kuheh!kuheh! bodoh melantun2 sampai 3 generasi!

Sunday, February 22, 2009

Hisham PENDEKAR MELAYU TULEN dan Kuning diRaja


Siapa dah dengar ucapan Ketua Pemuda R.A.S.U.A.H berucap di PWTC dalam perhimpunan menyokong dan mempertahankan institusi Raja2 haritu? kalau belum pi cari dan tengok sendirilah..korang kan terer!
antara ucapannya," TIADA PERHIMPUNAN YANG SUCI MURNI SELAIN DARI PERHIMPUNAN MEMPERTAHANKAN RAJA2!" (kalau tak sama perkataan demi perkataan, maksudnya lebih kurang gitule- sila tengok video itu)..
WAHH!! Perhimpunan menuntut kemerdekaan, perhimpunan Maulidurrasul, perhimpunan solat Jumaat tak sesuci perhimpunan ini..WOOOWW!!
tertera hukum syariat "setitik arak diminum -40 hari amalan tidak diterima".. kalau setin berapa titik dan berapa hari? wahh!!! kalau solat cukup 5 waktu sehari semalam selama 40 hari tak diterima macamana kalau solat tak cukup? Kalau setin macamana?
Bolehkah taat kepada pemimpin yang minum setin tu?
(aku tak suka mempersoalkan amal ibadat orang kerana lebih baik jaga amalan sendiri, sekadar renung2an untuk si penyokong membuta tuli@ mengkhinzirbuta..tih tih tih!)..
KulupSakah(malay nostradamus self proclaim) = paling lawak tengok badut2 berlilit kain kuning di kepala yang bertulis Daulat Tuanku menjadi backing vocal..woii!! mangkuk..kata hormat institusi Raja2..yang boleh pakai kuning tu Raja aje, apa ke jadahnya kome pakei kunin?
dalam istilah Melayu yang susah nak diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris ada bermacam2 jenis kuning.. Kuning langsat, kuning pinang masak, kuning telur, kuning kunyit, kuning tahi.. camane nak terjemahkan rupa warna ni dalam Inggeris?
warna kuning di raja berasaskan kuning apa? Dan kenapa kuning 'itu' digunakan? Korang kalau tak tahu pi baliklah mangkuk, itu pun aku nak ajar ke?

Saturday, February 21, 2009

Thursday, February 19, 2009

Gambar2 pemimpin bermoral yang patut dicontohi

Khir Botox meminta Eli Wong letak jawatan kerana bermasalah moral melalui pembongkaran foto seksinya.
"saya tak boleh terima pemimpin yang tak bermoral" katanya. Mari tengok gambar2 yang menceritakan moral pemimpin yg patut DICONTOHI oleh rakyat!

1)KJ - suami yg tak mahu menyusahkan isteri menyediakan minuman di rumah dan melayannya, balik terus tidur sebab dah minum dan 'makan' di luar.


2) Siapakah yang lebih bersopan santun dari Shahidan? contohilah dia . Sultan Perlis amat 'menyayanginya'..


3) Serba boleh..(yang dipegangnya itu microphone..bukan aiskrim)


4) Sporting, boleh kelihatan intim dengan orang lain!




5) Pelakon yg ada sejarah hitam diberi peluang tampil dan perbaiki diri, namanya tak pernah disebut dalam media cuma masyarakat tahu kerana ia tersebar tak dapat dibendung lagi..tapi Eli dilanyak terus tanpa kasihan!



6) mmmuuaahh! cayang dia busyuk tuuh!





7) Senator yang boleh "Onn" dengan suami sendiri dan suami orang




8)Menteri Pelajaran sedang mengajar anak muda cara2 minum air tin dengan betul..










Mana amukan AMK?


Melihat kemelut politik yang menjadi2 serta serangan ganas umno/BN terhadap PR aku tertanya2 ke mana perginya ketua AMK dan anak2 buahnya..

sehingga minit2 ini tiada kenyataan 'menggugat' dari mereka..


Kes lompat, ugut dan yang terbaru Elizabeth Wong sepatutnya hanya ditangani oleh Anak2 muda, tak perlu tunggu Anwar..

setakat nak dedahkan kes skandal pemimpin Umno sesama dalam parti,huh! kan dulu dah bongkar tapi la ni senyap je..


Khir Botox masih belum cukup dimalukan sebab tu dia masih berani menyalak lagi..Azmin bagi tempoh seminggu dari Jumaat lepas supaya Khir minta maaf, jika tidak dia akan telanjangkan Khir..

Ahhh!! Azmin ..anak muda mana?


Bukan tak boleh jumpa YB atau mana2 ahli majlis untuk meninjau kontrak dan projek...(haha)..tapi seperti yang aku kata dulu, "kita belum menang semua!"..

Perjuangan belum tamat malah makin susah!


Percayalah,

Sehebat mana pun perjuangan Anak muda PKR hari ini masih belum dapat menandingi sehelai bulu hidung perjuangan ketuanya dahulu biarpun mereka menganggap Mat Ezam sudah sesat dan khianat!

yamseng ala spa Q!

fuuuuhhh!!!
layannn SPA q!


bercanda di pasiran pantaiii..
yaammmmseeeeeeengg!!


botol dah kosong tu kak!tambah lagii!!
ada sesiapa nak kata "ini biasaklaahh!! mana ada salah"
Khir Botox-
"saya tak boleh terima pelakon yang takde moral begini. Mereka mesti letak jawatan sebagai pelakon!"

Wednesday, February 18, 2009

DUN PERAK BAKAL BUBAR...90% sahih!

kriiiiiiinnnnngggg!!pakai baju kancinglah suasa! (ringtone matsaman kati)

MSK : Hello?ape?iye ke? ok..confirm!roger n out!
kulup : Ape kehenye bang mat?..uhuk! (terbatuk lemas asap rokok perisik rakyat)
MSK : Sumber kite mengkhaborkan Jelapang dan Nasa semput perut dan nak resign!
Dun Perak 90% bubar!
perisik: fuh! cekap spy mat comot cari info ye?
MSK : Isy! bukan mat comot..dia tak bole harap! tahape yang dibuatnya kat Melaka tah..suruh
nyiasat dia lesap..jangan disorok hantu kopek udoh!

sya-reformis : ye benor! ni sms terkini dari spy kite yang menyorok balik tiang lampu istana
kinta!..delegasi umno sedang atur pertemuan dengan raja nazrin di KL untuk
cadang bubar dun..

perisik rakyat : aik? depa pulak beria nak bubar?
MSK : OOHH..SIMPLE je! 2 orang resign akan meruntuhkan kerajaan BN yang
memang haram..
I.S.A : haram jadah!!
MSK : Sabor yeop ! daripada malu tumbang baik depa sarankan bubar dun!
kulupsakah : lagipun zambry dan exco digantung speaker!
perisik rakyat : tulah kebodohan depa yang terlupa speaker masih ade kuase!

sejak bila depa cerdik?hahahaga!!

sya-reformis : bang matt!! ummi hani sms, ajak ke rumah pak karamu, pekena lakse!!

yahooooooooooooo!!!

kami menuliskan perkataan "yahoo!" di tiang jambatan sayong sebelum masuk ke dalam toyota estima MSK..

bila MB digantung...

Speaker Perak gantung zambri kadir 18bulan dan 6 Exco BN 12 bulan dan dilarang masuk Dewan..

kuheh!kuheh!

hari ini dalam sejarah! Tapi yelah..kalau dah ada 2 embi camanela nak bayor gaji ye dak? terpaksele Nizar dengan Zambri berlombe-lombe subuh sapiei depan bank nak cucuk duit gaji. sape cepat duit dia punya?
hihi!
ade ke kerabat di raja nak mengaku sultan perak yang kedua?

Tuesday, February 17, 2009

bahasa Bung kinabatangan bahasa kebinatangan


jangan marah Bung

membahasakan orang bahasa

Bung wakil kinabatangan

tapi berbahasa kebinatangan

ribut PR, Najib dan Pak Lah

senyum kambing gurun

Akhirnya dalam kelekaan melayan kisah2 Eli, kita terlupa perbicaraan kes Altantuya yang dalam peringkat babak2 akhir!


Najib berjaya.......bijak2!

Sebab apa? sebab anak2 muda PR sedikit kendur menyerang tak seperti zaman Ezam dulu, hari ni anak2 muda ni sedang sibuk minum teh dengan ahli majlis bertanyakan kerja2 yang boleh dibuat..

kita macam dah menang semua!


Pak Lah tak jadi berhenti


Betulkah Pak Lah berhenti? ni bulan terakhir dah ni tapi tiada mana2 jabatan kerajaan, atau bahagian parti dok buat majlis mengenang jasa Pak Lah..

Camana tuu..!!

MALAYSIA bakal jadi Myanmar

Apa yang akan dilakukan oleh pemerintah sesebuah negara apabila rakyatnya sudah tidak mahukan mereka lagi biarpun berbagai janji dan gula2 ditaburkan? apatah lagi setelah berkuasa terlalu lama dan pemimpinnya dikatakan hidup bermewah2an dengan penyelewengan yang mereka lakukan?
Apa yang mereka kan lakukan untuk mengekalkan kuasa kerana kalah bererti maut?
Dalam pemilihan parti pun mereka taburkan jutaan wang dan ugutan apatah lagi kehilangan kuasa...

Apakah tidak mustahil Malaysia akan jadi Myanmar? Apabila tentera junta mengambilalih dan mengurung Auu Sang Suu Kyi yang mendapat sokongan padu rakyat dan pemimpin2 parti pembangkang (istilah jahat BN) beroleh kemenangan..
ini kelihatan seperti akan berlaku. Semaklah teori yang dugunapakai oleh negara2 blok komunis dan bandingkan dasar yang kita guna, akan ada persamaan ciri2 tersebut seperti penguasaan total media dan menutup ruang untuk musuh politik bersuara.

Aku malas nak ulas panjang lebar tapi satu saja aku minta renungkan..
JANGAN TAK PERCAYA!
jangan jadi Iraq yang hancur hanya kerana rakyatnya bacul melawan kekejaman Saddam dan menunggu kuasa asing campurtangan..akhirnya?
Ingat!!
tiada kerajaan diktator yang tumbang melalui pilihanraya...melainkan revolusi!

Monday, February 16, 2009

tiba-tiba dalam masa sebulan

hahaha
tiba2 dalam masa sebulan
Perak bertukar kerajaan
PR penderhaka sultan

dalam masa sebulan
exco Kedah kaki perempuan
adun wanita Pas ditangkap dengan pasangan
Eli tidur tanpa pakaian

tiba2 dalam masa sebulan
2 adun PKR yang ada kes rasuah perempuan
hilang dari pandangan
waktu menjelma di Pekan
berlagak bak si budiman

jangan-jangan..
tiba2 dalam masa sebulan...
Najib kempunan!

Selepas Eli Wong siapa pula?


YB2 PR diminta berhati2 ke tandas awam, ke hotel dan di mana2 kerana pergerakan anda akan diawasi..jangan kencing merata2, jangan larikan anak raja, jangan suntik botox, jangan rogol anak bawah umur, jangan main bom....


Awas!! Pengajaran yang pahit ialah setiap pemimpin bukan saja BERSIH malah mesti dilihat BERSIH!! Ingat Mat Sabu ditangkap khalwat?

tapi mamat PKR yang kata seks itu sedekah haritu memang patut ditunjal kepalanya..nasib baik dah berambus!!


Mungkin ini pengajaran Allah berikan untuk melakukan 'pembersihan' sebelum Pakatan Rakyat menguasa Malaysia..


Eli,

Rileks! Anwar telah melaluinya sejak 10 tahun lalu dan sehingga hari ini mereka terus memburuk2kan imej beliau....mereka gagal!


untuk PEKEMBAR/BN,

rakyat semakin nampak yang anda semakin terdesak! Terkulai berlindung di sebalik Raja!


Khir Toyo!

tahniah! anda dah mula hayati peranan Ketua Pembangkang dan kelihatan semakin selesa dengan jawatan itu. Kekalkan!

Friday, February 13, 2009

kemaskini: CIS BEDEBAH! KAMU BIADAB!! - Sultan Selangor kucup Beruk ?

err...maaf patik biadab Tuanku..kenapa nama keris tu Keris Beruk Berayun? maafkan patik tuanku, nak tanya je...

Ampunkan patik CAPAL yang hina kerana biadab tuanku! Biadapkah patik Tuanku? Apa beza patik dengan yang di bawah ni tuanku?

ulang tayang keratan akhbar lama2 yang melingkupkan kekebalan Raja2 dan menegakkan kebebalan...

sapa biadab tuanku?


depa suruh siasat kalau2 ada Raja2 kowtim projek dengan tauke2 cina, Tuanku..cuba besarkan gambar ni tuanku..kalau tak percaya pergi Arkib Negara tuanku cari paper ni tuanku...




tuanku pernah tengok memorandum di bawah tak? carilah tuanku yek? Patik pun pinjam kat otai pencinta sejarah, dia kerabat juga Tuanku, tapi digulingkan British sebab Datuk Nenek dia melawan British lalu Selangor diperintah keturunan yang lain yang tunduk dengan British Tuanku,




Patik tak bermaksud biadab Tuanku, ampunkanlah patik ye?

...Patik memang biadap dengan Tuhan Tuanku, pagi tadi azan Subuh yang muazin laungkan "sembahyang itu lebih baik dari tidur" tapi patik bangun lambat Tuanku..biadab patik dengan Tuhan...Isyak semalam pun patik lengah2kan Tuanku....

Biadabnya patik ni...




Shahidan pun pernah derhaka dengan Sultan Kelantan?

haa....tak cukup keratan haritu parti PEKEMBAR hina Raja2 aku bongkar lak kisah Shahidan yang pernah dakwa tahu asal-usul Raja dan sedia dedah bukti takhta Sultan Kelantan masa tu...

Kalau nak tahu Raja2 ni layak ke tak duduki takhta, boleh hubungi Sidan Cigar yang tak diperkenankan oleh Sultan Perlis haritu untuk jadi MB...

Berita Harian 1993
haha! kami ada koleksi akhbar lama2 tau...
don't play-play haa!

Thursday, February 12, 2009

ape khabor kampung teman?

ape khabor Peghak
ape khabor kampung teman
ape khabor Sayong apa khabor Bukit Chandan
ape khabor bot penambang
dulu tambangnye sekupang bawak basikal tambah sekupang
kayuhle kami ke Kg Jenalik bawah istana
lalu Clifford lalu Malay College

ape khabor lakse kuale dan ais kacang
udoh lame tak ziarah makam Tok belah apak di Sayong
guru tasawuf Raja Mude yang mangkat dulu
Tok belah mak pulak bekaih pekerja istana
teringat teman jatuh basikal di Masjid Ubudiah

mungkin ade yang terjatuh di tempat yang sama kemarin
disembur gas dan dikejar topi merah dengan belantan

ape ceghite hari ni
ape ceghite nizar
ape ceghite zambri
dua embi di satu negeri
ape ceghite lompat parti
ape ceghite Sultan

..ape ceghite negeri Perak
tanah tumpah darah teman!

Hikayat RAJA pembohong (LAWAK KURANG STRESS)

cerita ini ditulis oleh seseorang dan pernah disiarkan di majalah humor gila2 suatu masa dulu, walaupun tak serupa tapi lebih kurang begini,



Alkisah tersebutlah ceritera kononnya ada seorang raja memerintah sebuah negara. baginda dilanda kebosanan yang amat sangat lalu disuruh oleh baginda akan pencacai2nya agar mencanangkan ke seluruh pelusuk jajahannya bahawa satu pertandingan BERCERITA KISAH2 BOHONG akan diadakan dan hadiahnya amat lumayan. Sesiapa yg berjaya menyampaikan ceritanya sehingga raja berkata "cerita kamu ini bohong!" maka dia dianggap pemenang. Yang gagal akan dihukum (biasalah..raja dulu2)


maka ramailah peserta menyertainya ibarat pertandingan nyanyi2 realiti tv lagaknya.hari pertandingan pun tiba, masuklah peserta pertama mempersembahkan cerita bohongnya kepada raja.

"pada zaman akan datang,akan ada tercipta sebuah peti yang bersuara dan bergambar di mana manusia mampu melihat negara2 lain melalui peti itu!"

"beta percaya cerita kamu!" maka kelatlah muka peserta pertama tersebut kerana sudah pastilah hayatnya tinggal beberapa detik saja lagi.


peserta kedua pun masuk mengadap dan memyampaikan ceritanya."ada sebuah negara yang terletak di atas angin,penduduknya berkulit merah, bermata biru dan berambut perang.tubuhnya cukup besar dan tinggi".


"beta tak nampak pembohongan pada cerita kamu".maka meraunglah mamat yang beristeri lapan itu kerana tiadalah lagi peluangnya berkahwin jika dihukum bunuh..

begitulah seterusnya, satu demi satu peserta masuk mengadap dan satu demi satu jualah nyawa terkorban.

yang anak menjadi yatim,
yang bini menjadi balu
yang laki hilang bini
makbapak kurang anak

sehinggalah muncul peserta terakhir, seorang budak botak berperut buncit bermata juling air, Najab namanya. Raja pun tersenyum kerana sudah pastilah budak bengong ini akan terkorban jua seperti yang lainnya.

"nama patik Najab dari negeri Pekan kemahang, cucu kepada Tok Usin lempoyang yang suatu masa dulu pernah menjadi tabib di raja datuk tuanku iaitu Sultan Ghani Shah. Menurut datuk patik, datuk Tuanku dahulu mengidap sejenis penyakit kulit yang amat berbahaya..tokak, panau, kurap dan kayap penuh berselirat di tubuhnya. Datuk patik dengan segala ilmunya telah berjaya menyembuhkannya seperti sediakala. Sepurnama yang lalu datuk patik meninggal dunia dan telah mewasiatkan agar datang menemui Raja sekarang kerana menurut datuk patik, penyakit itu akan berjangkit kepada cucunya. Sebab itulah patik datang ke mari untuk mengubati penyakit tuan....."

"SUDAHH!! BOHONG!! CERITA KAMU TIPU!! KAMU PENDUSTA!! jerit raja belum sempat si Najab menghabiskan ceritanya. Maka terdengar saja pekikan itu oleh hakim2 yang terdiri daripada para menteri (bukan juri sms), maka menaballah akan mereka si Najab sebagai pemenang.
Raja dengan penuh bengkak terpaksa akur dan memberikan hadiah kepada Najab seperti yang dijanjikan tetapi menghukum buang negeri terhadap Najab.

Walaupun cerita itu bohong, tetapi sejak hari itu Raja berasa tidak senang perut kerana baginda selalu perhatikan menteri2, dayang2 dan seluruh pekerja istana akan tersenyum2 simpul sambil berbisik2 bila bertembung dengan baginda, malah kadangkala mereka ketawa di belakang baginda..

demikianlah adanya cerita cedokan dengan tambahan secukup rasa dari patik

Wednesday, February 11, 2009

Nizar gagal tandingi Najib

Nizar masih belum mampu menewaskan Najib untuk menjadi PM kerana:-

1- Hanya boleh berbahasa Cina selain Inggeris sedangkan Najib boleh berbahasa Mongolia dan pernah 'naik' Mongolia, kata Bala

2- Anak2 Nizar hanya jadi hafiz tak sehebat anak Najib seperti di bawah, mempunyai ciri2 globalisasi


3- isteri Nizar tak dapat cium Mat Bollywood

4- Nizar berpeluh2 nak dapat Ir tapi suami Najib senang saja dapat Naib Canselor...


ada lagi?

Tuesday, February 10, 2009

NIZAR penuhi kriteria sebagai PM akan datang..

Tolaklah fahaman ideologi kepartian, sama ada aku PAS tau tidak, Nizar bagi aku menepati kriteria sebagai PM Malaysia. Ketokohan Nizar terserlah, popularitinya melonjak dan simpatisan meningkat. Namun bukan itu ukurannya.
Nizar yang gigih membina kerjaya sebagai Ir dan usahawan, giat belajar menguasai bahasa Cina sehingga anak-anaknya juga menjadi sepertinya (malah ada yang jadi hafiz), mampu mendidik serta memimpin solat dan kuliah menjadikan Nizar istimewa dari yang lainnya. Krisis di Perak menonjolkan sifat Nizar yang tegas mempertahankan prinsip mengikut dhamirnya walaupun terpaksa menanggung risiko yang besar. Nizar konsisten, yakin cemerlang. Walau mungkin di antara anda tidak setuju dengan pendirian Nizar dalam isu ini, lihatlah Nizar dari perspektif yang lain sebagai bakal pemimpin ulung.
saranan RPK
RPK menyarankan DSAI, Hj Hadi dan Kit Siang berundur dan beri golongan muda terajui perjuangan. Aku setuju kalau pemimpin BN yang ada sekarang juga berbuat demikian dan memberi peluang orang muda terajui negara. Sekali lagi dengan menolak fahaman kepartian, bolehkah kita bayangkan siapa yang menggantikan pemimpin yang ada..
aku pilih Nizar sebagai PM tapi tak mahu letakkan di sini siapa TPM, Menteri2 Kabinet dan Ketua Pembangkang...
aku serahkan pada kalian, kalau tak mahu cadang di sini, congaklah di kertas sendiri demi mensejahterakan Malaysia..
Boleh?

Reformasi Sultan atau Sultan reformasi?


Melayu adalah tonggak negara ini, itu fakta dan hakikat yang sudah diterima rakyat Malaysia. Kegagalan kerajaan BN menerapkan fahaman ini di dalam mata pelajaran Tatarakyat telah menimbulkan kemelut yang mana ada segolongan individu atau kumpulan yang berlindung di sebalik NGO mempersoalkan hak istimewa Bumiputera dan kesamarataan hak kaum dan beragama.

Terlalu banyak berpolitik, memunggah kekayaan dan mengabaikan tanggungjawab sebagai pemimpin yang wajib mendidik telah menyebabkan kudis menjadi barah. Sepatutnya matapelajaran Tatarakyat mesti dijadikan matapelajaran wajib di sekolah yang mengupas tentang Perlembagaan Persekutuan, Kontrak Sosial- di mana kedudukan hak Orang Melayu dan Islam serta di mana pula kedudukan kaum2 lain. Apabila ini difahami dan dihayati maka barulah masing2 menerima dan tidak mempersoalkannya lagi. Inilah kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh nenek moyang kita semasa proses kemerdekaan dan inilah yang harus kita terima, sesiapa yang tidak bersetuju dengan ini maka mereka memanglah bermasalah dan pulanglah ke tempat asal mereka. (kontrak sosial anjuran British ini masih boleh diperdebatkan- tapi biarlah di tajuk yang lain, blog ini bukan tesis)

Sistem pendidikan sekarang sibuk dengan nak lulus periksa, skor berapa A - menggunakan teknik menghafal bukan menghayati. (exam oriented)



Ketaatan orang Melayu dengan Raja mereka tak boleh dinafikan kerana itulah yang mereka warisi dari nenek moyang mereka. Pantang anak Melayu menderhaka kepada Sultan adalah cogankata warisan yang tak boleh dibantah.

Raja yang mengasihi rakyat harus menjadi arkitek mencorak negara menuju kemajuan dengan rakyatnya yang berjiwa hebat. Derhaka adalah taboo bagi orang Melayu. Raja-raja Melayu harus melakukan reformasi jika ingin melihat Malaysia maju dan bersih dari rasuah yang telah membarah dalam negara ini. Akan tetapi jika Raja-raja Melayu bersekongkol dengan kezaliman, maka marahlah rakyat dan bangkitlah mereka dengan sembah derhaka.



Sekian lama bersidang, rakyat tidak pernah tahu apakah yang mereka bincangkan dalam Persidangan Raja-Raja Melayu. Apa iltizam mereka dan apa bentuk perjuangan yang mereka lakukan untuk rakyat selain dari makan elaun puluhan ribu.



Raja Melayu harus lakukan reformasi sebelum reformasi Raja dilakukan oleh rakyat. Apalah Raja tanpa rakyat, tidak bergelar Rajalah mereka tanpa rakyat. Telah terkubur dan hilang kerajaan di raja yang pernah bertapak dalam dunia ini atas kebodohan yang mereka lakukan sendiri. Ada yang digulingkan rakyat dan ada yang dimusnahkan Tuhan tanpa kita lihat kesan yang ditinggalkan hatta seketul batu sekalipun.

Aku secara peribadi menghormati Raja-raja kerana 'Ulil Amri" bukan bikinan manusia tetapi ia kurniaan istimewa dari Illahi sebagai amanah. Bukan Raja saja, manusia malah haiwan dan makhluk seisi alam juga mesti disayangi selama mana ia 'baik' terhadap kita. Tidak mampu aku menghormati pemimpin termasuk Raja yang berperanan memimpin rakyat seperti aku tetapi berkelakuan sumbang, minum arak dan berjudi, kaki perempuan, makan rasuah, berjiwa penakut dan khianat.

Monday, February 9, 2009

Raja, Sultan, Bahasa dan Tuan Melayu...

Kecoh hari ni dengan isu PR derhaka kepada SultaN. Entry sebelum ni telah aku paparkan keratan akhbar siapa yang berlagak lebih hebat dari Sultan..
Parti yang mengaku berjuang untuk Melayu inilah yang memulakannya dahulu di bawah ketuanya Si Mendeliar Kerala-kubang pasu. Parti Melayu bernama omputeh ni ingin kembalikan kekebalan raja2 setelah mereka sendiri merogolnya dulu..
oii!! Kembalikan juga Bahasa Melayu..
Putera umno,wanita umno, puteri umno dan pemuda umno tak SAH!! SEBAB UMNO tu akronim bahasa inggeris,
sepatutnya prince umno, women umno, princess umno, youth umno..kalau tak, tukar umno kepada PEKEMBAR, paling bagus tukar kepada R.A.S.U.A.H.
DERHAKA
Derhaka kepada Raja? Derhaka kepada Sultan?
Sultan tu bahasa Arab...Raja? Rajagopal,Rajakumar..kan dari India..kerana penjajah dulu berpengkalan di East India Company...haha! Melayu menggelupur mencari perkataan yang sesuai..
maksudnya Melayu jangan derhaka pada Sultan Arab (Al Malik- nama lain) atau jangan derhaka dengan Raja India?
...cuba tanya Brunei, mengapa guna PANGERAN?

SIAPA DERHAKA KEPADA SULTAN?

Sapa ngajar derhaka kepada Sultan? wahh..aku dengar di Masjid Kajang tadi ada demonstrasi puak2 yang hentam PR derhaka...cuba tengok Mingguan Malaysia Ahad Nov 1991, muka depan lak tu..


..harta mereka tersimpan rapi tapi depa gegar Sultan suruh isytihar harta...tengok resolusi di bawah..


kalau susah sangat sebab gambar ni melintang, pandai2lah adjust..


adapun Raja itu disembah kerana:-
R- Rela berkhidmat
A- Amanah
J- Jujur
A-Adil
tapi disanggah apabila:-
R- Rakus
A- Angkuh
J- Jahat
A- Aniaya

Sunday, February 8, 2009

MP PAS Bkt Gantang meninggal dunia..

Mat Comot bagitahu tadi..
PRK lagilah selain Bkt Selambau.....
perjuangan kita sedang dilihat ALLAH dan Dia barangkali sedang memberitahu sesuatu kepada Malaysia

Anwar memang patut undur..

Karpal Singh betul kalau menyarankan Anwar berundur dan bertaubat. Anwar bukan maksum, pada aku Anwar juga bukan revolusioner, tetapi politikus yang ingin mencetus reformasi. Anwar boleh berundur jika beliau menderhaka dan mengkhianati rakyat. Sejarah perjuangan zaman berzaman tidak pernah melihatkan rakyat mengkhianati pemimpin akan tetapi pemimpinlah yang menodai perjuangan.

Tetapi masalahnya Anwar masih relevan dan Anwar belum menderhaka kepada rakyat. Bayangkan penganjuran perhimpunan raksasa tanpa Anwar?..Bayangkan kalau Anwar tak umumkan 16 September tempohari apa akan berlaku? Sudah tentu Perak tumbang tak sampai seminggu selepas PRU Mac lalu kerana Adun PR akan terus lompat jika dibeli. Kerana yakin dengan 16 September momokan Anwarlah maka ada Adun yang mengambil sikap 'tunggu dulu'..

sms dari rakan-rakan DAP yang aku terima rata-rata menyatakan kesal dan pening dengan Karpal, itu pandangan peribadi Karpal kata mereka dan ada yang mengadu Karpal adalah liabiliti dalam DAP, Kit Siang takutkan lelaki tua berkerusi roda ini dan hubungan beberapa ahli DAP dengan Kit Siang agak dingin disebabkan Karpal. Karpal juga menimbulkan masalah bila menyatakan "over my dead body" jika PAS mahu menubuhkan kerajaan Islam.

Karpal, biarpun dalam DAP- kepalanya seangkatan Mahathir, Liong Sik, Samy, Rafidah, Keng Yaik dan lain-lain yang telah bermastautin di pusat pelupusan sampah....

..tapi sandiwara masih berepisod!

bukan menang atau kalah, tapi LAWAN!

Ketika ditanya pengikutnya mampukah mereka menumpaskan bala tentera England yang berganda ramainya, William Wallace si wira Scotland berkata:-

KITA TAK PERLU MENUMPASKAN MEREKA, TAPI PERANGI MEREKA!!

Anwar berundur...


Drama diteruskan..
Karpal Singh meminta agar Anwar Ibrahim berundur dari ketua de facto Pakatan Rakyat..

jeng jeng jeng....

ops..yang atas tu bukan Karpal tapi Karam Singh Walia..hehe!

sori..kapal karam..

3 OKT dibebaskan..6 lagi esok!

3 OKT dibebaskan setelah selesai diambil keterangan..sdr Bad Latif aktivis GMI masih direman bersama 5 yang lain sehingga 4.30 ptg esok..

Saturday, February 7, 2009

terkini! FRU, polis penuh di mahkamah

polis, fru buat blok di jalan dekat mahkamah!! takut pengganas kot?

Sultan sedang beradu lena .. pedulik hapa beta!

JANGAN LUPA ESOK!

Kepada kawan2 yang aku dah sms majlis minum teh di rumah aku Isnin 9feb jam 3.00ptg- 10malam (aku sms mula jam 5pm- ah!! datang awal lagi bagus!)

JANGAN LUPA DATANG!!
SESUATU YANG MENARIK MENANTI ANDA!!! TAK RUGI PUNYAA UNTUK MEMPERASAPKAN LAGI PENGETAHUAN!!

datang woiiii!! sesapa yang ada di Selangor KL dan berdekatan boleh datanngg!!

kes OKT dicepatkan!

mengikut asalnya, OKT dihadapkan ke mahkamah jam 3.30ptg tapi diawalkan tanpa ada persediaan dan tiada peguam hadir..

Ummu Asiah minta aku telefon sapa2 lalu kepala aku teringatkan bro Mat Saman Kati..
Mat Saman Kati telah menguruskan...

terima kasih Mat Saman Kati, Sunny Lim!

kopi behrang mentega gamuda

menu pagi ni :- kopi *behrang dengan roti cap jelapang

tengahari:- nasi **gamuda dengan sos zambri

malam:- nasi kosong lauk katak kaki 1..



*kopi behrang- kopi kelat berkilat
gamuda- makanan diraja yang agak memabukkan
sos zambri- kicap

Adun Behrang- kenangan bersamamu

Beberapa bulan lalu sewaktu menghadiri majlis solat hajat kes Saiful dan majlis kesyukuran kemenangan Anwar dlm PRK Permatang Pauh di rumah Anwar di Bukit Segambut aku, isteri dan anak2 memilih untuk duduk di halaman rumah jauh dari crowd.. rimas!.

Di sebelah kami ada seorang lelaki gelap berdiri tak putus menghisap rokok sampai merimaskan isteri aku, apatah lagi 2 anak OKU aku yang ada asma..lelaki ni langsung tak memandang kami..

Sehingga datanglah beberapa orang berjabat tangan dengannya sambil bertanya "apa khabar YB!" baru aku tahu dia YB..tapi aku memilih tak bertegur dengan mamat yang nampak hanya melayan orang yang datang bersalam dengannya. Kami bagai tak wujud walau betul2 di sebelahnya..

Sewaktu pulang, isteri aku berkata dalam kereta "Yb mana tu? Nyombong betul! Dahlah tak respek orang lain merokok!"

..bila keluar berita katak lompat ni baru kami perasan, mamat nilah rupanya!
yang mana? tu yang gelap memegang handphone tu..
hampeh!! tentu lepas ni dia ada banyak duit nak isap rokok!

sejarah berulang!

aku pernah baca tentang runtuhnya kerajaan Balqis pada Sulaiman, Jebat musnahkan kedaulatan, ghaibnya Langkasuka, Abbasiyah,Umaiyah ,Uthmaniah..kesultanan Melayu Melaka..

dah lihat tumbang USSR bersama Teori Domino, tembok Berlin ditiup Wind of Change,lenyap Saddam Hussein selepas Marcos,Suharto,Mahathir..

Pak Engku Yusof 73 tahun gembira dapat menyaksikan BN tercungap2.katanya, "lembu yang sedang disembelih memang akan menendang kuat sejenak sebelum mati perlahan2..kuatkan pegangan!"

- menu sarapan pagi esok :gamuda - sejenis makanan keluarga diraja

THE RETURN OF JEBAT

video

video

Friday, February 6, 2009

Harussani vs Nik Aziz?

Harussani kata engkar perintah Sultan maknanya DERHAKA,
Nik Aziz kata kerajaan Perak KERAJAAN HARAM!


kalau ada debat untuk Harussani dan Nik Aziz membentangkan hujah masing2 secara langsung di tv best kan?

syaratnya: LIVE dan bukan kerbau moderatornya..

BERITA ANGIN TERKINI!!

sms berlegar seluruh negara..
BERITA ANGIN....ingat! berita angin selalunya jadi betul!

GAMUDA, a company part owned by azlan's daughter in big trouble. need 1 or 2 billion RM injection, so no choice but to kowtow to najib. money wins over justice.

haha..our economy is fine,our foundation is strong!

OKT direman 2 hari..

OKT direman 2 hari..
dalam court sdr. Bad minta seluar panjang utk memudahkan solat..
aparaaa! seluar pendek busyuk masyam camana nak solat..

dalam lokap pun nak solat gak, mana boleh derhaka dengan Allah...
puak RASUAH takpelah..depa hanya pantang derhaka dengan sultan!

taiko SUK Perak!


mamat misai tepet ni mengganggu Ir Nizar pagi tadi. Sila ucapkan syabas dan rindu yang tak terhingga di emelnya drrahman@perak.gov.my
biasee diaa tuuu!!

OKT direman 1 hari!

OKT direman 1 hari. Menurut pegawai polis, mereka sepatutnya sudah boleh dibebaskan tapi disebabkan ini kes nasional, majistret akan datang esok Sabtu 7 Feb untuk memutuskan sama ada reman disambung atau tidak. polis sedang mengumpulkan batu2 dan kayu sebagai bahan bukti..tak pasti apakah c4 juga dijumpai..

- laporan oleh Ummu Asiah yang masih boleh tertawa biarpun suaminya turut ditahan. Demi sebuah perjuangan, gombak-kuala kangsar tidaklah jauh bagi mereka!

GEMPAR!! website pejabat DYMM Sultan Perak mangkat!!

AL FATIHAH!
akibat serangan bertalu2, website tersebut telah mangkat hari ini..jenazah telah dikebumi di masjid ubudiah dan direnjis water canon...

cheerss!!
(sambil tunduk bertafakur dan mengesat air hidung)

Perak DarulRASUAH!

2 budak PKR yang ada kes umno melompat ke RASUAH lalu tumbanglah PR berganti kerajaan baru.
- kerajaan RASUAH/BN
- kerajaan umno


peringatan sekali lagi:-

RASUAH bermaksud sebuah parti yang mengaku memperjuangkan bangsa Melayu iaitu persetubuhan kebangsatan melayu bersatu (R.A.S.U.A.H)

umno bermaksud sejenis perbuatan menyogok wang, ganjaran atau apa saja untuk memberi keuntungan kepada satu pihak dengan jalan tak ikut saluran yang betul..

SELAMAT DATANG KE PERAK DARUL RASUAH!

untukmu DYMM!

Ampun yang maha mulia tungku beribu2 ampun sembah
patik yang hina lagi dihina harap diampun
"mana2 raja yang mati dlm keadaan menipu rakyat,diharamkan syurga ke atasnya"
- firman Allah...

RAKYAT TUANKU DIBEDIL DI LUAR, TUANKU BUAT APA DI DALAM?
say something TO YOUR PERAKIANS (kulup speaking)

*ampun TUHANKU Allah swt,
jangan hukum hambamu syirik kerana menyamakan MAHA MULIA makhlukmu dengan diriMu yg Maha Segala Kehebatan!

Thursday, February 5, 2009

aktivis GMI ditangkap..

Saudara Bad Latif, aktivis GMI ditangkap polis di Kuala Kangsar

KERAjaan (baru)Perak DarulRasuah mengganas!

ZIKIR UMNO!

rasuahrasuahrasuahrasuahrasuah.....33X
umnoumnoumnoumnoumnoumno.....33X

BODOH!!

ada seekor orang
belajar undang-undang
tapi otak udang
mintak kena penendang!!

2 daripada 3 hakim masuk neraka..
yang sorang lagi masuk RASUAH!

web pejabat DYMM Sultan Perak dibelasah rakyat!

google web pejabat DYMM Sultan Perak dan pergi ke buku pelawat..

baca komen di situ dan tinggalkan komen anda!!

Rukunegara Hantu Kopek!!

waktu sedang membelek makna KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA,
buku rukunegara aku dilarikan ke Pekan oleh
Hantu Kopek gedempol!!

SULTAN tak perkenan pilihan rakyat
RAKYAT tak perkenan pilihan SULTAN

aku tak pasti ALLAH perkenan tak...

PESAN UNTUK ANAKCUCU!

duhai anak cucuku!
pada hari ini 5 februari2009 telah nuzul satu hadis Melayu
"dan takutlah kamu kepada Najib, taatilah Sultan melebihi tuhan kamu"

- datukmu yang pernah hidup pada tarikh ini
KULUP SAKAH

cheersss!!

aduh sedapnya kecewa ini
aduh sedapnya kegagalan ini
sedapnya aduh!
aduhai datanglah lagi wahai kecewa
datang tanpa berhenti
kecewakan mereka
mereka rindukan kecewa
pergilah ramai2 ke sana
kecewakan mereka

kasihan mereka
mereka tidak kasihankan
diri mereka

- DINSMAN

-Segelas beer untuk anda sebagai merayakan kemandulan demokrasi.cheers!

Wednesday, February 4, 2009

Najib Yang Maha Kuasa!

Dengan kuasa saktinya dibantu oleh malaikat2 termasuklah malaikat maut upahannya, Tuhan rakyat Malaysia yang baru, Dewa Najib telah menghukum penderhakanya dan menggugat kerajaan Perak dengan lafaz "Kun"nya...yakinlah rakyat Malaysia dengan kebenaran yang dibawanya di kaca tv dan media cetak..

Hamba2nya yang taat terus beriman kepadanya kerana yakin dia Maha Berkuasa atas segalanya termasuklah Tuhan Pemberi Rezeki dan Pencabut Nyawa..

Takbuuurr!!

Ayuh! Anak jantan..auw!

Tak kira anda BN atau PR, sila raba benda di dalam seluar atau kain anda, apakah ia terletak molek di situ?
Jadi buktikanlah jantina anda dengan meminta bersungguh2 Pilihanraya semula Perak diadakan dan jangan mengelak2 berdalih..setakat ini PR sedang berusaha ke arah itu untuk membuktikan mereka wira yang bersedia bertarung di padang demi menghormati hak rakyat..
BN? ada berani? Seperti sehari dua lalu nampak begitu takut dengan lompat2 ni sampai nak minta akta antilompat, tup2 dah mula tersengih sebab seronok ada monyet nak lompat ke dalam mereka...

BIARKAN RAKYAT SEKALI LAGI MEMILIH SIAPA UNTUK MEREKA..SAMA ADA BN ATAU PR MENANG, HORMATI WALAUPUN KELEBIHAN 1 KERUSI.

Benci pulak aku tengok rakyat dibodoh2kan macam lembu yang tak berGERAK dalam 6 kotak rahsia yang terpaksa berdebar2 akibat silap mata badut2 ni..

To be a man you must beat a man.Whoooowww!!
- Ric Flair

Tuesday, February 3, 2009

Hantu Kopek sorok Perakexpress? Hantu Raya muncul di Perak

Mat Comot, blogger paling kacak dekad ini menelefon aku menyatakan kebimbangannya kerana Perakexpress 'hilang' dan gagal dibuka..
Khuatir dengan keselamatan tauke laman web berpengaruh tersebut yang semakin panas dengan info kemelut kerajaan Perak, pawang aku menelefon Mat Saman Kati untuk merisik apakah beliau juga menjadi mangsa terbaru Hantu Kopek..

Oh!! Tidak..Perakexpress overload, kerja2 menghalau saki-baki gangguan teknikal sedang dijalankan dan bakal pulih!...
kus semangaaattt!!

Jauhkan kami dari gangguan kerana hantu raya juga sedang merayau2 di Perak!
Hantu raya yang sudah tidak dikehendaki tuan lamanya kini sedang bergentayangan tanpa arah kerana tuan barunya pun seperti tak berapa percaya dengan kesaktiannya..

syy! Kalau ternampak ada lembaga merayau membawa beberapa buah kotak misteri jangan tegur..itu mungkin hantu raya yang sedang mengacau Selangor dengan lembu2nya!!Zam-zam ala Kazamm!!

TEMPAT PERSEMBUNYIAN MEREKA TERBONGKAR!

Agak terkejut pagi tadi apabila mendapat telefon dari seseorang yang bersungut kerana tempat persembunyiannya yang sempit semakin padat dan melemaskan..

Osama Laden mengeluh komplen pada aku sebab lobang gua Tora Boranya dirampas oleh Bala,Ayah Pin, Saifulliwat dan 2 Adun PKR sehingga dia terpaksa tidur di luar gua menyebabkan keselamatannya terjejas...

Osama juga khuatir kerana dia seringkali terlihat satu lembaga gedebab wanita dengan muka berkilat akan datang menemui mamat2 tersebut..Hantu Kopek itu sering mengugutnya agar lompat segera ke lobang parti RASUAH agar kerajaan baru dapat disetubuhkan di Mongolia..

akhir kata Osama pesan, JANGAN MAKAN UMNO!!

Monday, February 2, 2009

MISTERI HANTU KOPEK...


Kecik2 dulu kalau main pada waktu senja sampai tak ingat nak balik, orang tua akan menyakat kite mengatakan nanti disorok oleh hantu kopek...
sebenarnya nak suruh balik sebab dah masuk Maghrib..
tapi ada jugak kite dengar cerita bebudak dulu hilang sampai satu kampung cari tak jumpe..akhirnya selepas 'ghostbuster' melayu dipanggil kita akan terjumpa budak ni tertidur atau kebingungan di celah2 pokok atau di tempat2 yang sebenarnya tak susah dicari pun...dan budak ni pun akan berkata yang dia nampak orang2 sedang mencarinya tapi tak boleh buat apa2..

AWAS! HANTU KOPEK muncul semula...antara yang pernah jadi mangsa disorok hantu kopek ni ialah Bala, Ayah Pin, Saifulliwat, 2 Adun PKR Perak,
Mengapa mereka disorok hantu kopek ni tak tahulah..ia masih misteri!

Hantu Kopek ni khabarnya dibela oleh orang Pekan! ada juga yang mengatakan orang Pekan ni yang dibela Hantu kopek ni...

JANGAN PELIK JANGAN PANIK!


JANGAN PANIK...


takde apa2..


wayang ini hanya proses biasa untuk menghuruharakan seseorang yg berangan nak jadi CAMRY(bukan Perdana) Menteri si Najis.
2 badut tu?
..ahhh!

maleh nak cakaplaahh!!
ropenye YB2 kite ramei yg berbakat jadi pelawak!